kelab rakan masjid: Mei 2011

ANDA STRESS?? MENGANTUK KETIKA STUDY??  


Lujnah ekonomi dengan gandingan mantap bersama setiausaha agung, bendahari kehormat dan seterusnya lujnah publisiti telah bersama-sama memeriahkan musim peperiksaan dengan JUALAN TERHEBAT TERUNGGUL MEE SIPUT JOHOR MARI !!!! mari saksikan proses pembuatan mee siput ini:




langkah 1:
sealer: ABM(alat bantuan menjual)

TARAAA!! da siap!!




sudut pandang dari atas






mai pakat beli!!




dirasmikan oleh naib presiden KRM dan turut diimarahkan oleh ahli KRM serta rakyat blok C yang lain.






dapatkan sementare stok masih ada. 


boleh didapati di sudut-sudut tertentu di blok C!!!   \(n_n)7

Persismu permata berlian menjadi rebutan pejuang 
keutuhan yang tersimpan di balik tabir yang tenang 
        Keayuan yang terpancar disinar cahaya iman 
        itulah muslimah harapan muslimah harapan... harapan 
Gerak langkahnya yang sopan disulam zikir di ingatan 
keyakinan yang mendalam menjadi tangan perjuangan 
        Jasad hayatnya diserahkan untuk sebuah perjuangan 
        itulah muslimah haraapan 
Muslimah puteri harapan 
dikaulah harapan membela Islam yang mulia 
muslimah puteri harapan dikaulah cahaya 
menjadi lambang Islam yang gemilang... 
        Puteri harapan serikandi Islam 
        tetaplah kau dalam perjuangan 
        menjadi sayap kiri di medan 
        meneguhkan benteng pertahanan Islam 
Gamitan leka duniawi tersungkur jauh di hatimu 
kau sematkan kecintaan yang mendalam 
terhadap Tuhanmu...jaga untuk suami tersayang 
        kau didik generasi mendatang 
        untuk agama tercinta....

Pertemuan semalam
manisnya bagai madu yang diteguk
segalanya indah
membalut hati resah untuk tenang
lupa pada kisah silam
yang pilunya bukan kepalang


Pertemuan hari ini
terasa madunya kian susut
entah ...
tertahankan ia pada hukum alam
menghakis sirna yang mendatang
kekal pada azali kejadian


Pertemuan hari esok
makin sukar untuk aku meramalkan
mungkin kemanisan itu akan hilang terus
tapi aku pasti
madu itu pasti akan kembali terisi
andai pertemuan dulu
diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok.


Kau datang lagi..
Kala aku sendiri
kau datang lagi
menghamparkan duri-duri
menikam batin ini
dengan ganasnya
tiada rasa simpati


Aku tahu
kau telah berjanji
akan mengheretku bersamamu
selagi aku bernyawa
dan terus berjuang
menuju jalan yang telah disuratkan


Kau tak pernah puas
dengki dengan kejayaanku
benci dengan perlakuanku
malah kau campakan aku
agar aku terjatuh seperti dirimu


Usahlah dikau berselindung
aku tahu siapa engkau
dan siapa aku


Insan.............
bila kita mencermin diri,
adalah sebaliknya
seminit dengan mendalam
engkau menatap
engkau tanya satu soalan
kepada insan dicermin
untuk siapakah engkau
sememangnya.................


sukar........
hidup seribu insan
namun pasti ada suratan
pasrah akan menyahut
biarpun pahit namun
tetap akan ditelan
kerana hidup sukar
dimengertikan
ibarat mimpi dalam khayalan.


Seandainya
diri ini bisa berkata-kata ke seluruh dunia
juga adanya suara yang kuat bergema
akan kulontarkan satu kata
biar ia berserakkan di mana-mana
biar ia tertusuk di sanubari
remaja, dewasa, lelaki, wanita...
bahawa dunia ini kian hampir akan hujungnya
dunia ini sudah terlalu tua
dunia ini hanya menunggu masa
untuk binasa
hapuskanlah persengketaan
koyakkan segala kekejaman
lunturkan segala maksiat
segala kejahatan
bersihkan diri dengan air suci
agar ia tidak hitam lagi
seandainya itu yang bisa kulakukan
alangkah damainya diri ini
lantaran hati tidak tertanggung lagi
kesedihan, keperitan
melihat segala titik hitam
yang semakin membesar... terlalu besar
takutnya... jika kita dilaknati
takutnya... jika kita tidak dirahmati
takutnya... jika kita enggan diberkati
aduhai semua
cukuplah membalut diri dengan dosa
kita di akhir zaman kini
pantaskan kaki mencari sinar abadi
untuk kebahagiaan yang menanti
di syurgawi...

Sekadar renungan kita bersama
Suatu cerita penyakit jiwa
Bukan sakit kat wad gila
Zahir sihat, jiwa merana


Pandanglah teman renungkan bersama
Manusia dinilai dari iman dan amalnya..
Minta petunjuk moga tak dipersia
Selagi pintu taubat masih terbuka
Isikan dada dengan ilmu agama....
Takkan merana dan rasa sengsara...
Kerana pasti kembali padaNya....
Kejauhan remang rembulan,
dedaun mengusik jendela,
mengapa lena tiada menyapaku,
sedang malam bertandang sudah,
dan embun menyiram tanah.
haruman bunga segar mengharum,
di halaman kelawar berlegar,
mengapa bukan aku itu?
marilah malam,
temanilah sepiku,
saujana alamku terbentang
mengapa...........?
tiada yang sudi bertamu ,
halaman ku kosong terbiar,
dan haruskah aku bermusafir diri,
mencari dalam remang malam..........

JERTEH - Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka  otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara 
sempurna. Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak  akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika  seseorang itu sujud ketika bersembahyang.



"Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di  Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam 
kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor  tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan  darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.



"Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut  mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam," katanya  dalam kenyataan pada Majalah Buletin Bulanan MICNA Jordan di sini, 
hari ini. Beliau berkata, doktor tersebut tertarik untuk memeluk  Islam semasa membuat kajian saraf yang 
dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia  tidak dimasuk darah.


"Pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang  secukupnya untuk berfungsi secara lebih normal," katanya. Menurutnya, doktor tersebut amat kagum dengan penemuan  tersebut sehingga ia tidak dapat 
diterima oleh akal fikiran. "Kini doktor tersebut memeluk Islam dan dengan itu beliau 
telah membuka sebuah klinik yang  bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Kini beliau membuat 
ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui al-Quran dan Hadis Nabawi. "Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa,  madu lebah, biji hitam (black Seed) dan sebagainya," jelasnya.


Beliau berkata, manusia yang tidak bersembahyang apatah  lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal  tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat 
keputusan secara normal.



"Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia  kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan 
perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka  mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah. "Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya  secara lebih normal." tambahnya.

Salam, sambungan daripada sebelum ini,...

Pelbagai fakta dan info menarik mengenai Dajjal telah diperkatakan oleh kedua - dua panel kita. Banyak maklumat yang boleh kita jadikan panduan semasa menjalani kehidupan seharian. Walaupun mungkin terdapat banyak lagi maklumat lain yang tidak sempat diperkatakan, namun kita boleh jadikan Program Diskusi Buku ini sebagai batu loncatan kepada kita semua untuk mengetahui dan mencari lebih banyak lagi maklumat yang berkaitan dengan Dajjal sama ada di internet atau buku.

Oleh itu, disini terdapat beberapa cara yang boleh kita ambil untuk menyelamatkan diri kita daripada fitnah Dajjal, ha..ha, sila lihat di bawah :


1) Menghafal 10 ayat awal dari surah al-Kahf. Dan mengamalkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. (HR Muslim 809)
“Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
2) Bersembunyi atau tinggal di bumi Mekah atau Madinah kerana Dajjal tidak dapat memasuki 2 kota suci tersebut.
“Barang siapa mendengar ada Dajjal maka hendaklah ia bersembunyi darinya. Demi Allah ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia beriman lantas dia mengikutinya kerana banyak syubhat atau kesamaran yang menyertainya.” (HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim)
“Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah & Madinah” (HR Bukhari)
Mungkin banyak lagi cara - cara dan jalan lain yang boleh kita ambil, tetapi kemungkinan juga dua cara di atas ini boleh dijadikan jalan penyelesaian yang terbaik....Mengamalkan 10 ayat pertama dari surah al-kahfi, mudah kan , hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit pon, 
Kedua, seperti apa yang diperkatakan panel pertama kita iaitu ustaz Zamri..kalau dajjal keluar nanti , kita cepat-cepatlah beli tiket ke Mekah atau Madinah sebab dajjal tidak akan dapat menjejakkan kaki dia dekat kedua-dua tanah suci tersebut...jadi bersedialah dari sekarang, tempah tiket awal, kemas barang ...dan lain-lain yang perlu..Rancanglah strategi dengan pantas dan efisien..
sekian, wassalam.....

Bismillahirrahmanirrahim..

Dajjal. Bercakap tentang dajjal, bermacam-macam pandangan tipikal berbentuk negatif yang lahir di minda kita. Ada yang menzahirkannya dengan mengatakan dajjal itu ada mata satu, berlaku kejam dengan membunuh seluruh umat Islam yang beriman, dan mempunyai syurga dan neraka di sebelahnya.

Tetapi, ada pendapat lain mengatakan dajjal itu adalah simbol kepada Amerika Syarikat, Israel dan konco-konconya yang amat terkenal dengan kekejaman dalam usaha menguasai dunia.

Persamaannya, Dajjal ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah pemusnah alam dan membawa fitnah yang sangat besar sehingga mengundang malapetaka yang amat dasyat. Itulah petanda besar dunia semakin hampir dengan penghujungnya.

Namun, berikutan dengan pelbagai pandangan yang agak bercanggahan itu, maka terbitlah pelbagai buku, risalah, ensiklopedia dan sebagainya hasil terjemahan minda masing-masing. Lalu, buku-buku itulah yang kita jadikan sumber rujukan untuk menimba ilmu pengetahuan sedangkan kita sendiri ragu tentang kesahihannya.

Oleh sebab itu, KRM dengan penuh berdedikasi telah mewujudkan sebuah program yang amat bagus dan bijak sekali iaitu program bedah buku. Maksud bedah di sini, bukanlah seperti bedah yang ada gaya doktor pakar sakit tulang atau apa-apa jenis pakar yang menggunakan gunting, pisau segala. Hancurlah buku itu jika kami membedahnya dengan cara sebegitu ganas. Lagipun kami di sini untuk menjadi guru, bukan doktor.


Program Bedah Buku atau lebih mesra dipanggil Program Diskusi Buku ini sudah tentulah berkisarkan fitnah-fitnah dajjal seperti yang dicelotehkan di atas tadi. Setelah berbincang secara optimis, akhirnya pihak KRM telah sepakat memilih buku Fitnah-fitnah Dajjal oleh 'Abdullah Al-Qairi bin Haji Salleh.

Jawatankuasa untuk program ini telah ditubuhkan. Perbincangan secara serius telah diadakan dan kata-kata sepakat ditetapkan dengan memilih dua orang Ustaz terhebat dari JAPIM, iaitu Ustaz Kamil sebagai Ahli Panel Pertama manakala Ustaz Zamri sebagai Ahli Panel kedua.

Maka tanggal 27 April 2011, berjalanlah program ini dengan lancar dengan penuh semangatnya di Surau Al-Firdaus selepas waktu maghrib. Masing-masing datang dengan semangat ingin menimba ilmu dengan tebal. Lalu masjlis itu menjadi sangat aman tanpa sebarang rasa mengantuk dari godaan syaitonirrajim laknatullah.

Sehabis 'menggeledah' buku itu, solat Isyak dilakukan dan terdapat sedikit jamuan ringan sebagai penutup majlis. Dari raut wajah ahli jemaah, masing-masing terpamer kepuasan yang sukar ditafsirkan. Lalu, biro publisiti menjalankan tugas.

"Apa pendapat anda dengan program diskusi buku ini?"

Jemaah 1 : Sangat bagus! Semester depan buat lagi ya!

Jemaah 2 : Benar-benar seronok kerana mendapat pengetahuan dan ilmu yang menyeronokkan!

Jemaah 3 : Terbaik! Setelah mengikuti program ini, baru saya tahu siapakah dajjal yang sebenarnya dan fitnah yang dibawanya...

Tetarik dengan kata-kata Ahli Jemaah yang ketiga.. "Baru saya tahu siapakan dajjal yang sebenarnya dan fitnah yang dibawanya.." Anda tahu siapa dajjal yang sebenarnya? Fitnah yang bagaimana yang dibawa oleh dajjal itu? Persoalan itu hanya akan terjawab jika anda sanggup berhabis duit untuk ilmu dan pengetahuan dengan membeli buku ini..

Mahu? Berikan nama anda kepada :

Muslimah : Nadiah Mohd Khairi unit Pengajian Islam & Al-Quran 1
Muslimin : Mohd Abrar Mohd Yusuf unit Pengajian Islam & Al-Quran 1

Setiap saat yang dilalui membawa kita ke penghujung. Tanda-tanda kiamat yang dijanjikan mula terzahir satu demi satu. Semoga kekuatan iman dan keyakinan terhadap Allah serta mengamalkan segala yang diperintahNya mampu menangkis fitnah dajjal dalam kehidupan kita, InsyaAllah..

jom layan gambar-gambar yang sempat diambil semasa program berjalan..

penceramah dan moderator

panel 1 : ustaz Zamri Rajab

panel 2 : Ustaz Kamil

muslimin

muslimat

Buat team Diskusi Buku..tahniah! buat para hadirin hadirat yang sudi meluangkan diri datang ke majlis ilmu, teruskan dan terima kasih. insya Allah masa yang diluangkan moga-moga mendapat keberkatan daripada Allah swt dan Allah melapangkan masa kalian. amin. sekian wassalam.


1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling popular di seluruh dunia, dan di USA pula nama paling popular ialah ‘Jack’

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diserap dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti busuk

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perhitungan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Ka’bah

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhan paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dianggarkan akan menjadi agama nombor 1 pada tahun 2030

7. Agama Hindu percaya bahawa di dalam Ka’Bah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama ‘Shiva Lingam‘

8. Nabi Muhammad SAW melaksanakan ibadah haji hanya sekali dalam hidupnya

9. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Huffaz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

10. Nama original dari kota suci Madinah adalah “YATHRIB”

11. pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.

12. Berdasarkan data dari Departmen Pertahanan Amerika Serikat. Dari 1,4 juta prajurit di militer Amerika, diperkirakan ada sekitar 3.700 yang beragama Islam ( Muslim ).

13. islam tersebar ke bumi nusantara ketika Nabi Muhammad masih hidup

14. Sebanyak 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11

15. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal dan salah satu yang mencuri itu telah dihilangkan oleh Allah dari bumi

16. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, Baru ditemukan oleh arkeolog Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir

17. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.

18. Jika agama lain boleh mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeza , maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya

19. Para astronomi telah menemukan bahawa planet Bumi telah mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak ada penamat ), radiasi tersebut menembus ke planet mars dan masih berterusan. Saintis mempercayai bahawa radiasi ini memiliki ciri-ciri yang menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

20. Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa terapung di air.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...