kelab rakan masjid: 2012

Pada 19 Jun 2012 bersamaan 29 Rejab 1433 H, Biro Hal Ehwal  Agama Islam dan Kerohanian Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral telah mengadakan satu kuliah maghrib bersempena dengan Isra’ Mikraj. Program ini adalah terbuka kepada semua guru pelatih insitut ini dan tiada sebarang yuran penyertaan yang dikenakan kepada guru pelatih. Semua pensyarah di insitut ini juga dijemput hadir bersama- sama bagi menyertai program ini. Program ini diadakan di Surau Al-Firdaus, IPG KSM.
Program ini bermula pada jam 8.00 malam iaitu selepas selesai solat Maghrib berjemaah. Kuliah telah disampaikan oleh Dr. Abdullah bin Mohamad dari Jabtan Pengajian Islam dan Moral IPG KSM. Tujuan utama program ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada guru pelatih mengenai Isra’ Mikraj. Selain itu, program ini diadakan bertujuan untuk memantapkan rohani para guru pelatih dan juga disamping mengeratkan silaturrahim antara guru pelatih IPG KSM yang hadir.
            Selepas kuliah tersebut, guru pelatih juga diberi peluang untuk memberi soalan mengenai apa sahaja khususnya berkaitan Isra’ Mikraj kepada penceramah. Guru pelatih juga telah diedarkan sehelai risalah yang mengandungi pelbagai makluamat mengenai Isra’ Mikraj. 
Akhirnya, program ini berjaya ditamatkan pada pukul 9.00 malam. Semua guru pelatih solat berjemaah setelah selesai kuliah tersebut. Syukur, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Semoga program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.








Pada 29 April 2012 yang lalu bersamaan 7 Jamadilakhir 1433H iaitu hari Ahad, Biro Hal Ehwal Agama Islam dan Kerohanian dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Sultan Mizan telah mengadakan Program Tautan Hati: Kisah di Syria bertempat di Surau al-Firdaus. Program ini merupakan program kedua anjuran Biro Hal Ehwal Agama Islam dan Kerohanian bagi semester ini. Kami telah menjemput En. Zulkifle bin Abdul Rahman, pensyarah Jabatan Sains IPG Kampus Sultan Mizan untuk memberi ceramah dan info mengenai apa yang berlaku di Syria. Program Tautan Hati: Kisah di Syria ini telah berlangsung bermula selepas solat Maghrib hingga pukul 9.30 malam. Sambutan dari guru pelatih IPG Kampus Sultan Mizan sangat menggalakkan dan dianggarkan hampir 130 orang yang hadir bagi mendengar ceramah ini.
Selepas menunaikan solat Maghrib berjamaah, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu saudara Muhammad Abrar bin Mohd Yusof. Seterusnya, tanpa melengahkan masa, pengerusi majlis menjemput penceramah jemputan pada malam itu, iaitu En. Zulkifle bin Abdul Rahman untuk menyampaikan ceramahnya. Program ini sangat menarik dan telah berjaya menarik minat ramai pelajar IPG Kampus Sultan Mizan untuk datang ke surau bagi mendengar ceramah yang disampaikan.Selain itu, penyampaian penceramah yang menarik dan diselangi dengan tayangan video penderitaan rakyat Syria yang menyentuh perasaan menambahkan lagi kekhusyukan pendengar untuk mendengar ceramah tersebut hingga ke akhir. Tambahan pula, En. Zulkifle bin Abdul Rahman merupakan orang yang berpengalaman dan sentiasa mengikuti perkembangan tentang hal-hal pergolakan yang berlaku di negara-negara Islam.Tidak hairanlah semangat yang berkobar-kobar semasa memberikan ceramahnya mampu menjadikan pendengar seperti turut merasai penderitaan rakyat Syria yang berada di sana.
Tepat pukul 9 malam, En. Zulkifle bin Abdul Rahman mengakhiri ceramahnya kerana masa yang diberikan telah pun tamat walaupun masih banyak lagi maklumat yang ingin disampaikan dan dikongsi dengan guru-guru pelatih. Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada En. Zulkifle bin Abdul Rahman oleh Timbalan Yang Di Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar iaitu saudara Che Mohammad Rozairi. Selepas itu, semua peserta menunaikan solat Isyak berjamaah dan seterusnya En. Zulkifle bin Abdul Rahman dijemput untuk menjamu selera sebelum berangkat pulang. Para peserta juga disediakan sedikit jamuan ringan.
Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi supaya dapat memberikan kesedaran dan pendedahan tentang masalah dan pergolakan yang berlaku di negara-negara Islam seperti Syria. Walaupun kita tidak merasai sendiri apa yang dirasai oleh rakyat Syria namun diharapkan usaha-usaha seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu menyelami dan mengurangkan penderitaan mereka di sana. Semoga usaha ini mendapat keredhaan Allah S.W.T.





Assalamualaikum semua....


        Pada hari Selasa iaitu 8 Mei 2012 yang lalu, satu program solat hajat berjemaah diadakan bersempena dengan peperiksaan yang akan datang. Solat hajat dimulakan selepas selesai menunaikan solat Isyak berjemaah. 

         Akhir kalam, good luck kepada semua guru pelatih IPG KSM yang bakal menghadapi peperiksaan. Bittaufiq wan najah. Chaiyok!.. 


Pada 26 April 2012 bersamaan 4 Jamadil Akhir 1433 H, Biro Hal Ehwal  Agama Islam dan Kerohanian Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral serta Kelab Rakan Masjid telah mengadakan satu program qiamullai perdana dan betulkan bacaan al- Fatihah. Program ini adalah terbuka kepada semua guru pelatih insitut ini dan tiada sebarang yuran penyertaan yang dikenakan kepada guru pelatih. Semua pensyarah di insitut ini juga dijemput hadir bersama- sama bagi menyertai program ini. Program ini diadakan di Surau Al-Firdaus, IPG KSM.
Program ini bermula pada jam 11.00 malam bagi muslimin dan selepas menunaikan solat Isyak bagi muslimat. Program ini diadakan bertujuan untuk memantapkan rohani para guru pelatih dan juga disamping mengeratkan silaturrahim antara guru pelatih IPG KSM yang hadir.
            Antara aktiviti yang dijalankan ialah membetulkan bacaan al- Fatihah pada sebelah malam dan kemudian guru pelatih muslimin akan tidur beramai- ramai di surau untuk qiamullai pada keesokan harinya. Program membetulkan bacaan diketuai oleh Ustaz Muhammad Kamil dari JAPIM. Selepas qiamullai, sesi tazkirah disampaikan oleh Ahamad Syakir bin Makhtarudin, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Kerohanian. Beliau juga telah mengetuai bacaan al- Mathurat pada pagi itu.
Akhirnya, program ini berjaya ditamatkan pada pukul 6.30 pagi. Syukur, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Semoga program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.




Pada 25 April 2012 bersamaan 3 Jamadil Akhir 1433 H, Biro Hal Ehwal  Agama Islam dan Kerohanian Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan dengan kerjasama Kelab Rakan Masjid telah mengadakan satu program gotong – royong perdana. Program ini adalah terbuka kepada semua guru pelatih insitut ini dan tiada sebarang yuran penyertaan yang dikenakan kepada guru pelatih. Semua pensyarah di insitut ini juga dijemput hadir bersama- sama bagi menyertai program ini. Program ini diadakan di Surau Al-Firdaus, IPG KSM.
Program ini bermula pada jam 5.00 petang di surau IPG KSM, iaitu selepas menunaikan solat Asar. Program ini diadakan bertujuan untuk membersihkan surau dan juga disamping mengeratkan silaturrahim antara guru pelatih IPG KSM yang hadir.
            Antara aktiviti yang dijalankan ialah memasang tabir surau yang baru, mengemas pinggan mangkuk surau dan membersihkan kawasan dalam dan luar surau. Di akhir program ini, jamuan ringan telah disediakan kepada semua guru pelatih.
Akhirnya, program ini berjaya ditamatkan pada pukul 6.30 petang. Syukur,  program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Semoga program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.





Pada tanggal 16 Februari 2012 bersamaan 23 Rabiul Awal 1433 H, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Biro Hal Ehwal  Agama Islam dan Kerohanian Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan telah mengadakan satu program kerohanian iaitu Majlis Sambutan Maulidur Rasul.  Selain daripada majlis ini, program sambutan ini juga telah berlangsung pada 13 Februari 2012 iaitu dengan aktiviti pertandingan membaca khutbah. Tambahan lagi, pertandingan multimedia kreatif juga diadakan sepanjang minggu sambutan tersebut.
Pertandingan multimedia kreatif adalah satu pertandingan yang berkisar menghasilkan video berkaitan dengan Rasulullah. Hal ini bersesuaian dengan objektif menyemai perasaan cinta dan kasih terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pertandingan ini terbuka kepada semua warga IPG KSM. Pertandingan boleh disertai secara individu atau berkumpulan. Sebuah kumpulan yang terdiri daripada guru pelatih 3PISMP telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan ini.
Bagi aktiviti kedua pula ialah pertandingan membaca khutbah, pertandingan ini telah berlangsung pada 13 Februari 2012 iaitu pada hari Isnin. Pertandingan bermula selepas solat maghrib berjemaah di surau al- Firdaus dan juga disambung kembali selepas solat Isyak. Pertandingan ini berakhir dalam pukul 11.00 malam.Pertandingan ini terbuka kepada semua guru pelatih muslimin. Guru pelatih iaitu Shauqi telah memenangi pertandingan ini.
Maka, tibalah pada hari kemuncak sambutan iaitu pada 16 Februari 2012 bersamaan 23 Rabiul Awal 1433 H. Kemuncak sambutan ialah dengan mendengar ceramah Perdana Maulidur Rasul. Majlis bermula pada pukul 10.45 pagi dengan pergerakan semua warga IPG KSM ke Dewan Bendahara. Pada pukul 11.00 pagi, ketibaan Pengarah IPG KSM, En. Zakaria bin Hussin, pensyarah- pensyarah serta penceramah. Tepat pukul 11.15 pagi, ceramah Maulidur Rasul yang bertajuk “Ummati, Ummati, Ummati” dimulakan. Ceramah disampaikan oleh bekas pensyarah IPG KSM iaitu Ustaz Ahmad bin Salleh. Selepas ceramah disampaikan, penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para pemenang dan penceramah. Selain itu, beberapa persembahan telah diadakan dan juga bacaan selawat.  Selepas persembahan, majlis bersurai pada pukul 1.30 tengah hari.
Dengan berakhirnya kesemua pertandingan dan ceramah maka berakhirlah program Sambutan Maulidur Rasul 2012.  Penceramah dan para pensyarah  telah  dijemput  untuk menikmati jamuan. Syukur,  program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Semoga program ini akan memberi ilmu yang berguna bagi para peserta dan mengamalkan dalam hidup mereka seharian. 











Pada 11 April 2012 bersamaan 19 Jamadil Awal 1433 H, Exco Hal Ehwal  Agama Islam dan Kerohanian Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan dengan kerjasama Jabatan HalEhwal Pelajar dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral telah mengadakan satu program kerohanian yang berbentuk santai iaitu Coffee Talk: Cinta Rasulullah. Program ini adalah terbuka kepada semua guru pelatih insitut ini dan tiada sebarang yuran penyertaan yang dikenakan kepada guru pelatih. Semua pensyarah di insitut ini juga dijemput hadir bersama- sama bagi menyertai program ini. Program ini julung kalinya di adakan. Program ini lebih berbentuk santai kerana diadakan di kafe.
Program ini bermula pada jam 9.15 malam di kafe IPG KSM, iaiatu selepas menunaikan solat Isyak. Program dimulakan dengan persembahan nasyid IPG KSM iaitu kumpulan As We See. Selepas itu, tazkirah pendek dan tayanyan video telah disampaikan oleh Ahmad Syakir bin Makhtarudin selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Kerohanian, IPG KSM. Para guru pelatih diberi pendedahan tentang cinta Rasulullah iaitu bagaimana kita sebagai umatnya cinta akan Rasulullah. Selain itu, cabutan bertuah juga diadakan pada akhir program. Sebanyak 10 nombor mendapat hadiah.
Di samping itu juga, AJK program juga telah menyediakan satu borang soal selidik untuk program ini bagi melihat respon para guru pelatih. Hal ini berikutan program ini tidak pernah diadakan di insitut ini. Maka, setiap guru pelatih yang hadir akan diberi borang soal selidik untuk diisi.
Akhirnya, program ini berjaya ditamatkan pada pukul 10.30 malam. Syukur,  programiniberjayamencapaiobjektif yang ditetapkan. Semoga program iniakanmemberiilmu yang bergunabagipara guru pelatih dan mengamalkan dalam hidup mereka seharian. 

kumpulan As Wee See


































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...