kelab rakan masjid: Jun 2010


SALAM UKHWAH
Sekarang Kelab Rakan Masjid Al-Firdaus (KRM Firdaus) masih lagi dalam kelulusan peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Blog ini sedang membuat penambahbaikan untuk memantapkan perjalnan KRM di semester akan datang. Di bawah adalah sedikit sebanyak akan kandungan kertas kerja penubuhan KRM Firdaus. (Tekan tajuk untuk paparan penuh)

PENGENALAN
Dalam dunia yang semakin moden ini, Islam selalunya dipinggirkan dalam kehidupan seharian sehingga masyarakat semakin jauh dari syariat islam yang sebenar. Kejauhan dari syariat Islam ini menyebabkan masyarakat Islam semakin lemah dan mundur dari mereka dari golongan yang lain. Oleh itu, penubuhan Kelab Rakan Masjid di Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu diharap dapat menjadi satu langkah kanan dalam mengubah arus pendidikan terutamanya supaya golongan pendidik yang keluar dari Institut Pendidikan Guru ini akan dapat membantu guru pelatih membentuk intelektual Islam dan dapat menegakkan syiar Islam dalam kehiduapan peribadi mereka.

”Pemimpin tidak boleh dicetak. Dan pemimpin tidak lahir di dalam bilik kuliah tapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didokong oleh umat.”- Bapak Natsir

RASIONAL
Menyedari hakikat ini, kami merasakan perlunya satu anjakan paradigma ke arah menyatukan guru pelatih muslim di kampus ini agar agenda pentarbiyahan dan penjanaan bakal guru yang cemerlang, profesional keguruan yang gemilang dan pemimpin negara yang terbilang dapat direalisasikan. Justeru, penubuhan Kelab Rakan Masjid IPGKSM digagaskan agar keperluan semasa seperti kebajikan, keamanan dan kesejahteraan guru pelatih kampus ini dapat dipenuhi sepenuhnya.

Rasionalnya penubuhan Kelab Rakan Masjid adalah untuk memenuhi keperluan kepada Suatu organisasi yang menguruskan surau Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan secara teratur dan bersistematik. Selain itu, ia juga dapat menyediakan platform kepada pelajar untuk menguruskan aktiviti yang berasaskan masjid.

NAMA KELAB
Kelab Rakan Masjid
Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu.

TEMA / MOTO
”Membina Jati Diri Muslim Berasaskan Masjid”


LOGO

MATLAMAT
Mewujudkan suasana keislaman dalam kalangan guru pelatih dengan aktiviti yang berlandaskan syariat islam dengan menjadikan institusi masjid sebagai pusat.

OBJEKTIF
1. Melahirkan para guru yang dapat menyebarkan dan mengamalkan syiar Islam yang menyeluruh dalam kehidupan seharian mereka.
2. Melahirkan para guru yang mempunyai motivasi diri yang tinggi yang mampu mendidik anak didik dalam mempertahankan agama Islam, bangsa dan negara.
3. Mencungkil bakat dan menyediakan pelatih-pelatih guru bagi mewakili Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dalam pertandingan yang bercorak islam.
4. Mengeratkan hubungan antara semua pelatih guru dalam Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Diharapkan segala usaha penubuhan mendapat keredhaan Allah. Kami juga berharap ia akan mendapat kerjasama daripada Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

Sekian.
Muhammad Hafifi Bin Sulaiman
Pengerusi Kelab Rakan Masjid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...