kelab rakan masjid: April 2011




insha ALLAH akan diadakan program 'DISKUSI BUKU'. berikut adalah maklumat lanjut mengenai program ini:

tarikh: 21 April 2011 (rabu)
masa: selepas solat maghrib berjemaah 
tempat: surau Al-firdaus IPG KSM
panel jemputan: 1)ustaz Mohd Kamil Bin Jaafar (JAPIM)
2) Ustaz Mohd Zambri Bin Rajab (JAPIM)
tajuk buku yang dibincangkan: FITNAH-FITNAH DAJAL




panel 1:ustaz kamil

زمري أبو بشار

panel 2: ustaz zamri


jamuan ringan akan disediakan dan kehadiran seluruh warga IPG KSM amatlah dialu-alukan. marilah kita sama-sama menghadirkan diri ke majlis ilmu ini. tidak lama, hanya sekejap.luangkanlah masa untuk ALLAH nescaya ALLAH akan meluangkan lebih masa untukmu wahai bakal guru sekalian. firman ALLAH dalam surah Muhammad ayat 47 yang berbunyi: "wahai orang-orang yang beriman!jika kamu menolong (agama) ALLAH, nescaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"

ha..marilah same2 kita hadir..x rugi...ini mungkin dapat menjadi bekal kita di akhirat apabila menghadirkan diri ke majlis ilmu ALLAH ini kerana kita ini hamba yang masih sedikit amalnya...wallahualam





Pada tanggal 29 Mac 2011 hari Selasa bersamaan  24 Rabiulakhir 1432 hijrah. (Selasa)
satu program iaitu Seminar Pemantapan Solat telah dianjurkan oleh  Biro Agama Dan Pendidikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM Kampus Sultan Mizan dengan kerjasama Kelab Rakan Masjid Kampus Sultan Mizan. 

Biro Agama dan Pendidikan IPGM KSM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Seminar Pemantapan Solat bagi memantapkan ibadah solat para pelajar. Program  ini adalah buat julung-julung kalinya diadakan dalam tahun ini di IPGM KSM.

Sebelum seminar, ujian diagnostik akan diadakan bertujuan menilai pengetahuan asas dalam solat. Soalan ini akan diedarkan sebelum seminar berlangsung. InsyaAllah, penganjuran seminar ini  imej IPGM KSM sebagai sebuah institusi yang sentiasa aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk manfaat warganya.

Antara objektif seminar ini diadakan ialah untuk   mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar semasa solat. selain untuk memberi pendedahan  mengenai cara solat yang betul menurut mazhab Syafii, memberi maklumat-maklumat semasa mengenai permasalahan atau isu-isu berkaitan solat, dan dapat mengetahui teknik-teknik dan cara-cara solat semasa sakit dan musafir.




Program bermula  pada pukul  2.30 petang dengan bacaan doa bagi memberkati majlis oleh    Allah S.W.T. Kemudian pada pukul 2.45 Petang adalah pembentangan kertas kerja 1 dengan tajuk Rukhsah Solat Dalam Musafir, Sakit & Permasalahan Khas Dalam Solat yang dibentangkan oleh Us. Hj. Mohd Yusof Bin Hj Ismai. kemudian, pada pukul 3.35 Petang  para hadirin diberi peluang untuk bersoal jawab dengan penceramah. seterusnya, pada pukul 3.45 Petang adalah pembentangan kertas kerja 2 oleh Us. Mohd. Zamri bin Rajab dengan tajuk: Teknik Solat Rasulullah S.A.W Menurut Mazhab As-Syafi’e. kemudian diteruskan dengan Sesi soal jawab dan pada pukul 5.00 petang  Jamuan ringan, Solat dan Bersurai

Sesungguhnya Seminar Pemantapan Solat yang akan dianjurkan ini dapat memberi faedah kepada para pelajar dalam usaha memantapkan solat. Di samping itu, pengisian sebegini penting supaya dapat memantapkan solat yang dilakukan.Ilmu pengetahuan yang diperoleh juga dapat dipelajari dengan lebih mendalam melalui seminar ini. Seminar yang diadakan adalah bercirikan pemantapan dalam melakukan solat yang mendatangkan faedah kepada para pelajar.

Selain itu, kebolehan dan keterampilan pelajar dapat diserlahkan melalui penglibatan mereka dalam mengendalikan sesuatu program. Perkara ini amat penting bagi menampilkan citra guru yang unggul di samping memiliki daya tahan fizikal yang tinggi dari segi fizikal, jasmani, rohani dan perkembangan sosial. Diharapkan juga agar program ini dapat menghimpunkan kesepaduan, keakraban dan kemesraan di kalangan para pelajar dengan pensyarah Jabatan Pendidikan Islam & Moral Institut Perguruan Sultan Mizan. Dengan kerjasama daripada semua pihak, maka Seminar Pemantapan Solat ini dapat diadakan dengan berkesan dan lancar sepertimana yang dirancang dan  ditetapkan.

ribuan ucapan jazakumullahu khairan kathira ke atas Jawatankuasa Pelaksana yang banyak memainkan peranan demi memastikan kelancaran program ini. segala kelemahan insya ALLAH akan kami cuba baiki pada masa yang akan datang. moga ALLAH merahmati segala usaha yang kita lakukan sepanjang program ini berlansung




*************************************************************************
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata:

01."Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"


02."Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya:
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. 


Ibrahim menjawab:
03."Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.


Ibrahim melanjutkan:
04."Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"


Ibrahim pun menjawab:
05."Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

sumber : iluvislam.com



p/s : baca. fikir. refleksi. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...