kelab rakan masjid: Disember 2011

alhamdulillah dengan izin Allah dapat juga update tentang program ini yang sekian lama tertangguh peng update annya..maaf bagi para pembaca yang tertunggu dengan post ini(kalau ada^^)


tanggal 23 september 2011 satu konsert yang menampilkan artis terkenal tanah air, iaitu kumpulan nasyid yang semakin melonjak namenye iaitu kumpulan NICE dan FITRI HARIS bekas kumpulan UNIC bersama kumpulan MOSPEADA yang membuat penampilan khas bersama fitri haris.  setelah melalui pelbagai rintangan halangan cabaran dan onak duri, akhirnya konsert ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya ..x nak panjang ceghita..mari layan gamborr..







antara muslimat yang hadir (ni baru sikit..ramai lagi sebenarnya)


muslimin pun x nak ketinggalan


coret-moret:


pihak penjaga tiket tidak putus-putus menerima kunjungan penonton yang masing-masing nampak teruja je wajah-wajah. al maklumlah pertama kali ni anjur program besar macam ni jemput artis.malah, penonton dari luar maktab pun ada sertai..pensyarah pun ramai yang hadir bersama keluarga. pihak sponsor turut membekalkan air free untuk setiap yang hadir..untunglahh...walau hujan lebat tidak menghalang untuk mereka terus hadir...yang menariknya,malam tu ada tema tersendiri tau iaitu baju warna ungu..jadi nampak cantik seragam je bile kebanyakan yang hadir sporting pakai warna ungu,..terima kasih ye atas ke sportingan anda semua..


ni terlebih teruja ke apa

antara pensyarah yang hadir bersama keluarga

ungu x ungu sampai pakaian dan prop pun semua ungu
                                                           
Persembahan mantap pembukaan
 kumpulan NICE


pandangan depan.nampak sikit akhi2 kita ni


coret-moret:


kumpulan NICE ni nampak cool je performance mereka. tapi sebenarnya ahli kumpulan  mereka ada yang x dapat disebabkan masalah-masalah tertentu..dan diganti tempatnya..mereka ni nampak malu-malu je bile nak berkomunikasi dengan hadirin...mungkin ini pengalaman pertama beraksi di maktab dan mereka ni pun baru juga dalam industri nasyid dan semakin melonjak dengan lagu 'delusi ummu'..tapi lagu tu x dinyanyikan pula malam tu..mungkin lain masa boleh request..apapapun tahniah kumpulan NICE kerana menyampaikan lagu dengan vokal yang mantap dan penuh mesej. sokonglah industri nasyid tanah air ya!
antara lagu yang dinyanyikan: nur muhammad, sesekali diuji, insya Allah,


penampilan khas sajak untuk somalia; saudari  yogeswary


saudara asyraf




coret-moret:


untuk pengetahuan pembaca. sajak tersebut dikarang sendiri hasil orignal tanpa ciplak dari internet,majalah mahupun surat khabar oleh seorang pelajar pai..ha..lepas ni siapa nak dapatkan khidmat beliau boleh PM kat chatbox ye..memang boleh menitiskan air mate bila penyajak-penyajak mendeklamasikan sajak ini sambil diiringi oleh video tentang kebuluran teruk yang berlaku di somalia..terharu dengan ke sportingan saudari yogeswari ke konsert ini siap deklamasi sajak pulak tu..vanekem ye^^ 


cabutan bertuah 1


akhi fitri bersam background music dan back singer (MOSPEADA)


                                 


usik mengusik sakat menyakat bersama peminat


coret-moret:


fitri meminta sesiapa yang berani untuk tampil ke atas pentas. dua orang saudara ini  telah naik ke pentas bagi menyahut sahutan fitri. mereka diminta untuk menyanyikan lagu suasana hari raya versi mereka sendiri al maklum lah masih dalam mood raya ni. dan siapa yang mendapat sorakan paling gemuruh dari penonton dia bakal mendapat vcd percuma album fitri yang memuatkan lagu barunya antaranya bacaan zikir daripada beliau. seisi dewan gamat dengan lawak selamba dari fitri dan peminat tersebut. mana tidaknya, bila ditanya apa tips suare sedap?? jawab si saudara berbaju hitam antaranya kena makan buah oren..haha.akhirnya, dua-dua peminat tersebut dapat album tu..untunglah..

cabutan bertuah 2


coret-moret:


ramai ajk je yang bertuah malam tu...aii ada apa-apa ke ni??hehhe


coret moret:

fitri turun dari pentas untuk mengajak penonton bersama mengalunkan zikir  yang  beliau  alunkan. yang melucukan bila semua bertempiaran lari dari fitri dek kerana malu dan segan tertunduk-tunduk  untuk menyanyi bersama beliau. sampai fitri terpaksa mengejar beberapa penonton untuk berzikir bersamanya..kecoh dewan seketika..dan penonton sporting apabila turut berzikir apabila disuakan mikrofon..bak kate abg fitri kita ni.."kita nak berzikir ni, kenapa nak malu2 pulak..'haha macam-macam..

acara penutup.




coret-moret:

fitri berduet dengan Nice untuk menyanyikan lagu bertajuk 'kemanan' sempena dengan  beberapa negara yang bergolak dan kemudiannya fitri mengajak semula kumpulan nasyid dari sekolah dan penonton serta kanak-kanak naik ke pentas menyanyikan lagu 'zapin hari raya'..p/s: melihat beberapa orang di pentas yang tidak hafal lirik lagu, penulis teruja nak naik ke pentas untuk menyanyi sebab hafal liriknya namun hasrat terpaksa dipendamkan dek tengok ruang kat pentas macam sudah tidak muat..T_T





tidak melepaskan peluang utnuk bergambar


                                       





                                       



sesi autograf bersama peminat





laku betul semua gerai yang menjual pada malam tersebut..tahniah di atas kerja keras  anda hingga  membuatkan kami  kenyang perut suka hati
                                     
akhir kata, terima kasih kepada pengarah IPGKSM, pengarah MKPI, pengarah program, ahli jawatankuasa, para hadiri serta semua kru-kru dan sesiapa yang terlibat secara lansung mahupun tidak. sebarang cacat cela harap dimaafi dan doakan agar konsert bermanfaat seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang..insya Allah gambar-gambar lain  di konsert ini  akan di upload pada masa akan datang...teruskan menyokong industri nasyid tanah air!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...