kelab rakan masjid: Oktober 2008

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2008

Pada hari Rabu yang lalu, bersamaan 15 Oktober 2008 telah diadakan satu majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008 anjuran Kelab Rakan Masjid. Bertempat di Dewan Bendahara, seramai kira-kira 60 org ahli Kelab Rakan Masjid diraikan dalam majlis tersebut. Majlis bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam. Tujuan diadakan majlis tersebut sebagai tanda penghargaan kepada ahli KRM yang banyak menyokong usaha kelab ini dan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara ahli kelab.
Majlis ini telah lama dirancang dan akhirnya mendapat persetujuan ahli kelab untuk diadakan pada hari tersebut. Segala persiapan menjelang majlis tersebut dibuat secara teliti agar perjalanan majlis lancar. Setelah perbincangan diadakan, menu utama untuk majlis tersebut ialah satay bersama kuah kacang, ayam bakar serta banyak lagi. Ahli Jawatankuasa pelaksanaan majlis tersebut bertungkus lumus untuk memastikan majlis berlangsung dengan meriahnya. Pada sebelah petang ajk terlibat mula membuat persiapan untuk majlis berkenaan. Aturcara majlis bermula dengan ketibaan ahli Kelab Rakan Masjid dan ketibaan dif-dif jemputan. Antara dif-dif jemputan yang hadir ialah Ust A Mazlam bin Ibrahim sebagai Pensyarah Penasihat, Saudara Zaiful Ikhwan bin Abd Kadir sebagai Pengerusi JPP serta Saudara Mohd Rauhan bin Ruslan sebagai Pengerusi KRM. Selepas itu, pengerusi majlis memulakan tugasnya untuk memastikan perjalanan majlis lebih teratur.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pensyarah Penasihat KRM,iaitu Ust A Mazlam bin Ibrahim. Beliau menceritakan pengalaman beliau berjuang untuk memastikan ajaran agama islam tetap mekar dalam di setiap pelajar. Kemudian, disusuli ucapan oleh Saudara Zaiful Ikhwan yang memberi sokongan sepenuhnya segala aktiviti yang dirancang oleh KRM dan berharap kelab ini terus memberi sumbangan kepada institut. Akhir sekali ucapan oleh Pengerusi KRM, Saudara Mohd Rauhan. Beliau memberi harapan agar ahli kelab tidak leka dalam memperjuangkan Islam dan cuba sedaya upaya untuk meneruskan aktiviti yang melibatkan semua ahli supaya kerjasama semua ahli dapat dikukuhkan.
Selepas ucapan dari pengerusi kelab, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Saudara Mohammad Ashraf bin Abdul Rashid. Setelah itu, semua ahli kelab mula menjamu selera. Setelah selesai menjamu selera, dif-dif jemputan mula berangkat pulang. Selepas itu, semua ahli kelab dikumpulkan kerana acara yang dirancangkan untuk ahli kelab akan berlangsung. Tanpa pengetahuan ahli kelab, sebenarnya ahli jawatankuasa majlis pada malam itu telah merancang satu permainan ilmiah kepada semua ahli. Permainan itu dipanggil permainan kotak beracun di mana di dalam kotak yang diedarkan mempunyai soalan yang akan menguji pengetahuan ahli kelab. Pelbagai jenis soalan yang diajukan, dan ahli kelab dapat menjawabnya dengan begitu baik. Selain itu, terdapat juga acara cabutan bertuah diadakan dan hadiah tersebut telah ditanggung sepenuhnya oleh saudara Muhummad Fikri bin Fuazi sebagai salah seorang ahli jawatankuasa majlis tersebut. Kira-kira pada pukul 11.30, majlis bersurai dan semua ahli kelab mula beransur pulang. Seperti yang dirancang, majlis Sambutan Hari Raya anjuran Kelab Rakan Masjid berlangsung meriah dan lancar.

Dicelah - celah Kepayahan
Tiga orang pemuda bersedia untuk memetik mangga di sebuah kebun. Pemilik kebun tersebut tiba bersama peralatan. Dia meminjamkan sebuah galah yang panjang kepada pemuda pertama. Di hujung galah terdapat satu lingkaran bulat yang diikat bersamanya jaring membentuk serkup. Untuk dua lagi pemuda yang sedang menantikan peralatan mereka, dipinjamkannya kayu yang tidaklah panjang mana namun turut mempunyai serkup di hujungnya. Pemilik kebun itu menyatakan dia akan memberi upah setimpal dengan hasil pungutan mangga yang diperolehi.
Pemuda pertama memulakan kerja. Dengan mudah dia menyerkup buah-buah mangga yang bergantungan di pokok-pokok. Pemuda kedua terpaksa memanjat sedikit bagi membolehkannya memetik kerana `galah pendek' yang diberikan pemilik kebun tadi menyukarkannya untuk memetik mangga semudah pemuda pertama. Pemuda ketiga turut mencuba, dia terasa susah. Pemuda ketiga memandang betapa mudahnya pemuda pertama memetik buah-buah mangga tersebut.
Pemuda ketiga itu tidak berpuas hati dan memaki pemilik kebun yang padanya sengaja mahu menyusahkannya. Dia membuang galah kontotnya dan berlalu pergi sambil merungut. Dia persoalkan betapa tidak adilnya pemilik kebun tadi kerana sudah tentulah pemuda pertama dapat mengaut upah lebih banyak tanpa perlu bersusah payah. Dia rasa dizalimi.
Setelah selesai memungut semua mangga-mangga maka pemuda pertama dan kedua tadi pun kembali bertemu pemiliknya dengan hasil pungutan. Pemuda pertama memperoleh lima bakul mangga. Pemuda kedua sekadar memperoleh tiga bakul.
Pemilik kebun memberikan pemuda pertama upahnya. Dia kemudian menghulurkan pemuda kedua upahnya. Pemuda kedua terkejut melihat upahnya sama dengan pemuda pertama sekalipun jumlah pungutan berlainan. Rupanya pemilik kebun yang sangat pengasih dan pemurah itu memberi pemuda kedua lebih sedikit upah kerana mengambil kira kesusahan tambahan yang dirasai pemuda kedua berbanding pemuda pertama.


PEMUDA KETIGA YANG KALAH
Pemuda ketiga itu adalah gambaran orang yang tewas kerana kesusahan yang menimpa dirinya. Dia melihat orang yang lebih senang daripadanya dan menjadikan apa dilihat itu sebagai lesennya untuk merungut merasa sangat susah. Walhal pemilik kebun itu merupakan seorang yang sangat pengasih dan penyayang. Masakan dia tidak akan mengambil kira kesusahan yang dilalui lalu tiada upah lebih akan diberi.
Sekiranya ramai orang yang senang hidupnya bisa tewas dengan sikap tidak bersyukur, orang yang ditimpa kesusahan pula lazim tewas kerana merungut tentang kesusahannya. Lebih dahsyat jika diletakkan Tuhan di kandang tertuduh kerana menjadikan nasibnya susah. Tidak akan mampu terlepas daripada kedua-dua kekalahan besar itu melainkan apabila ia faham tentang fungsinya diciptakan dan faham adanya kehidupan selepas mati.
Perlunya kewujudan alam selepas mati bagi menjustifikasikan keadilan. Seorang pembunuh yang menamatkan ribuan nyawa tidaklah adil sekiranya nyawanya hanya ditamatkan sekali. Keadilan dirasakan tercapai hanya apabila nyawanya ditamatkan beribu kali sesuai dengan kesalahannya. Maka ini hanya dapat dicapai pada hari pembalasan, pada kehidupan selepas mati dan bukan di alam ini.
Atas dasar keadilan dan sifat pemurah Tuhan juga, maka sesiapa yang telah bersusah-susah untuk patuh pada Tuhannya ketika di dunia, Tuhan Maha Pemurah ingin memberi balasan nikmat yang infiniti pada merek a. Nikmat infiniti yang ingin Pencipta alam ini kurniakan mustahil boleh wujud di dalam dimensi ini yang segalanya tidak kekal. Maka sekali lagi, alam selepas kematian perlu untuk itu.
Bicara tentang fungsi. Pencipta sudah menjelaskan siapa kita dalam firman-Nya yang masyhur tentang tujuan diciptakan manusia. Allah Subhana wa Taala berfirman:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Ku. [az-Zariyat 51:56]
Jelas manusia hanya hamba. Hamba yang melalui ujian-ujian untuk tunduk, patuh dan berserah diri kepada Penciptanya. Dewan ujiannya adalah di dunia ini ketika manusia itu hidup.`Passing mark'nya pula adalah kesabaran dan berserah diri kepada Penciptanya. Semua telah `dibocorkan' oleh Allah Subhana wa Ta'ala di dalam firmannya:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. [al-Baqarah 2:155-156]
Tubuh badan, keluarga, kesihatan, nyawa, segalanya hanya pinjaman untuk melalui ujian yang akan memberikan `markah' sebagai bekalan berjumpa Pemilik alam ini. Kehilangan ahli keluarga, kesihatan, harta dan sebagainya bukanlah bererti kita kehilangan sesuatu milik kita, tetapi kita cuma kehilangan pinjaman yang diberikan!
Setiap individu mungkin memperoleh pinjaman yang berbeza-beza kuantiti atau kualitinya untuk melalui ujian di dunia. Seperti juga galah yang dipinjamkan dalam cerita tiga pemuda pemetik mangga diatas. Seseorang mungkin diuji dengan kesihatan yang baik untuk melihat sejauh mana ia bersyukur dengan kesihatan itu dan menggunakannya untuk kebaikan sejagat. Ada pula yang mungkin diuji dengan penyakit kronik. Untuk melihat sejauh mana ia akan bersyukur dan bersabar.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. [al-Baqarah 2:286]
Mungkin ada perkara yang kelihatan sebagai kelebihan bagi mereka yang sihat tubuh badan. Sedar atau tidak, ada juga ruang ganjaran yang tidak mampu diperolehi oleh orang sihat tetapi orang yang tidak sihat mampu menggapainya.


BAGAIMANA IBADAT SI MISKIN MAMPU SETANDING SI KAYA?
Daripada Abu Hurairah radhiallahu `anh, katanya:
Orang-orang fakir Muhajirin datang kepada Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam, lalu mereka bekata: "Orang-orang kaya sudah meraih darjat tinggi serta kenikmatan kekal abadi." Tanya Rasulullah shallallahu `alaihi wassalam: "Kenapa begitu?" Jawab mereka, "Mereka solat seperti kami, berpuasa seperti kami dan mereka bersedekah sedangkan kami tidak dapat bersedekah, mereka memerdekakan hamba sedangkan kami tidak (mampu) memerdekakan hamba. Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda: "Sukakah kamu aku ajarkan kepada kamu amal perbuatan yang dapat memperoleh pahala orang-orang terdahulu serta mendahului pahala orang yang sesudah kamu? dan tidak ada yang lebih utama daripada kamu melainkan orang yang mengamalkan seperti amalanmu" Mereka menjawab: "Baiklah, wahai Rasulullah." Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda: "Hendaklah kamu bertasbih, bertakbir dan bertahmid selepas solat 33 kali." Berkata Abu Shalih: Orang-orang miskin dari kaum Muhajirin kembali kepada Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam dan berkata: "Saudara-saudara kami yang kaya mendengar apa yang kami lakukan, maka mereka melakukan hal yang serupa." Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda: "Itulah kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya" [Sahih Muslim – no:595]
Dalam menghuraikan maksud dan faedah-faedah hadis di atas, ulamak memberikan pelbagai interpretasi. Antara interpretasinya adalah bahawa sebenarnya setiap pihak di dalam hadis tersebut mempunyai kelebihan. Yang kaya dengan kelebihan amalan yang disebutkan di atas, ibadah bersifat harta dan tentu sekali disertakan dengan ujian kesyukuran. Yang miskin pula dengan kelebihan menjadi sebab terdedahnya amalan penuh berkat tersebut kerana mereka bertanya. Bukankah bagi mereka yang memulakan kebaikan, dia memperoleh pahala amalan tersebut dan pahala orang yang mencontohinya? Seperti sabda Nabi shallallahu `alaihi wasallam:
Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. [Sahih Muslim – no:1017]
Dan tentu sekali kemiskinan mereka itu disertai dengan ujian kesabaran terhadap kesukaran hidup. Kedua kelompok mempunyai kelebihan dan ujian mereka tersendiri.
Begitulah Allah Subhanahu wa Ta'ala sentiasa adil. Setiap manusia tidak kira apapun keadaan mereka sentiasa ada ruang untuk mencapai redha-Nya dan memperoleh ganjaran terbaik buat akhirat.
Kita bukanlah dizalimi sekiranya dihinggapi penyakit kronik, miskin, kurang upaya dan sebagainya. Tetapi sebenarnya diuji. Dan dalam ujian berat itu ada ruang yang boleh kita gunakan untuk menggapai redha Tuhan. Yang mungkin ruang tersebut tak mampu ditemui orang yang tidak ditimpa masalah seperti kita.

Kelab Rakan masjid masih dalam proses kelulusan..dari HEP sendiri, mereka sangat menyokong usaha ini. Mungkin kita warga IPSMB turut sama dapat merasakan akan kukurangan program-program agama dan mungkin..kefahaman yang kurang.. termasuklah semua ahli kelab rakan masjid (termasuk ‘pengerusinya’ sekali)..huhu.. Itupun bagi mereka yang dapat merasakan demikian.. yang x dapat rasa 2, check balik la kat mana yang kurang. Balancekan balik...
HEP sangat menyokong usaha ini, bahkan warden asrama memberi kami ruang untuk terus mengadakan program2 agama di institut ini. Pensyarah-pensyarah HEP banyak memberi cadangan dan pendapat yang berguna sehinggakan aku dapat rasakan mereka sangat ingin melihat warga institut ini hidup dengan suasana penuh islam..subhanaAllah.. sangat indah kalau dapat direalisasikan.. Malah ketika aku merasa lemah, KJ HEP sendiri yang membangunkan aku, terus memberi suntikan semangat untuk terus maju ke hadapan. Termasuk pensyarah jabatan RnD yang berterusan memberi tarbiyah kepadaku. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan..

Dari kami sendiri(KRM), kami baru nak berjinak2 dan belajar mengadakan program2 agama sebegini. Maklumlah kebanyakan ahlinya bukan dari latar belakang agama. Termasuk pengerusinya..
Cuma meminta tunjuk ajar dari mereka yang beralatar belakang agama, dan ustaz2 yang ada. Terima kasih pada mereka yang turut sama berada dalam usaha ini. Bagiku sendiri usaha ini memang patut disokong oleh semua orang yang bergelar muslim, terutama yang berda dalam institut ini.. di harapkan semasa tangan kanan ini membina, jangan ada pula tangan kiri yang menjatuhkan. Ingatlah, kita menginstiharkan perang dengan Allah secara tidak sedar. Nauzubillah..

Ermm... itu x penting bagiku.. bagiku yang penting usaha motivasi dan pendidikan Islam itu berterusan. Itu lagi utama daripada penubuhan ini. Itu nombor 2. Boleh diusahakan dengan berbagai-bagai cara. Yang pentiing dikalangan ahli sendiri kesedaran Islam itu sangat mantap. Di situlah adanya kekuatan. Kekuatan bukan ada pada populariti, bukan pada glamour, bukan pada gahnya sesuatu persatuan, tetapi pada sejauh mana ahli2nya membaiki diri.. dalam bahasa yang sebenar, mengusahakan taqwa.. sungguh aku katakan, bukan gurauan. Inilah yang berlaku pada perjuangan-perjuangan di dunia. Mereka sangat berusaha untuk membaiki dir. Mereka bermula dengan logam-logam yang berkarat atau yang kotor. Mereka berusaha membersihkannya. Nah, di situlah terserlahnya kejayaan. Atas bantuan Tuhan. Tuhan akan bantu dengan melihat sejauh mana kita membaiki diri. Xyah kita bicarakan bagaimana Tuhan nak bantu. Itu kerja Tuhan. Xde cmpur aduk dengan kehidupan manusia. Bila-bila masa, di mana kita berada, Tuhan boleh bantu..

Sekarang, usrah induk(pismp) sedang dimantapkan..
Aku harap, usrah KRM induk akan bermula secepat yang mungkin .. Ikhwah dan akhawat..
Merekalah perintis-perintis yang sangat diharapkan. Merekalah logam-logam yang hendak di gilap..
Usrahlah tapak uhuwahfillah itu tersemai.. semoga Tuhan sentiasa menunjukkan jalan ke arah kebaikan itu. Maksudnya, selepas hidayah, tuhan beri taufik pula. Indahnya perjungan jika kita mengenal Tuhan. Kita mencintai Tuhan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...