Pada 26 April 2012 bersamaan 4 Jamadil Akhir 1433 H, Biro Hal Ehwal Agama Islam dan Kerohanian Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral serta Kelab Rakan Masjid telah mengadakan satu program qiamullai perdana dan betulkan bacaan al- Fatihah. Program ini adalah terbuka kepada semua guru pelatih insitut ini dan tiada sebarang yuran penyertaan yang dikenakan kepada guru pelatih. Semua pensyarah di insitut ini juga dijemput hadir bersama- sama bagi menyertai program ini. Program ini diadakan di Surau Al-Firdaus, IPG KSM.
Program ini bermula pada jam 11.00 malam bagi muslimin dan selepas menunaikan solat Isyak bagi muslimat. Program ini diadakan bertujuan untuk memantapkan rohani para guru pelatih dan juga disamping mengeratkan silaturrahim antara guru pelatih IPG KSM yang hadir.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah membetulkan bacaan al- Fatihah pada sebelah malam dan kemudian guru pelatih muslimin akan tidur beramai- ramai di surau untuk qiamullai pada keesokan harinya. Program membetulkan bacaan diketuai oleh Ustaz Muhammad Kamil dari JAPIM. Selepas qiamullai, sesi tazkirah disampaikan oleh Ahamad Syakir bin Makhtarudin, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Kerohanian. Beliau juga telah mengetuai bacaan al- Mathurat pada pagi itu.
Akhirnya, program ini berjaya ditamatkan pada pukul 6.30 pagi. Syukur, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Semoga program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
Pada 25 April 2012 bersamaan 3 Jamadil Akhir 1433 H, Biro Hal Ehwal Agama Islam dan Kerohanian Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan dengan kerjasama Kelab Rakan Masjid telah mengadakan satu program gotong – royong perdana. Program ini adalah terbuka kepada semua guru pelatih insitut ini dan tiada sebarang yuran penyertaan yang dikenakan kepada guru pelatih. Semua pensyarah di insitut ini juga dijemput hadir bersama- sama bagi menyertai program ini. Program ini diadakan di Surau Al-Firdaus, IPG KSM.
Program ini bermula pada jam 5.00 petang di surau IPG KSM, iaitu selepas menunaikan solat Asar. Program ini diadakan bertujuan untuk membersihkan surau dan juga disamping mengeratkan silaturrahim antara guru pelatih IPG KSM yang hadir.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah memasang tabir surau yang baru, mengemas pinggan mangkuk surau dan membersihkan kawasan dalam dan luar surau. Di akhir program ini, jamuan ringan telah disediakan kepada semua guru pelatih.
Akhirnya, program ini berjaya ditamatkan pada pukul 6.30 petang. Syukur, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Semoga program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
Pada tanggal 16 Februari 2012 bersamaan 23 Rabiul Awal 1433 H, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Biro Hal Ehwal Agama Islam dan Kerohanian Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan telah mengadakan satu program kerohanian iaitu Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Selain daripada majlis ini, program sambutan ini juga telah berlangsung pada 13 Februari 2012 iaitu dengan aktiviti pertandingan membaca khutbah. Tambahan lagi, pertandingan multimedia kreatif juga diadakan sepanjang minggu sambutan tersebut.
Pertandingan multimedia kreatif adalah satu pertandingan yang berkisar menghasilkan video berkaitan dengan Rasulullah. Hal ini bersesuaian dengan objektif menyemai perasaan cinta dan kasih terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pertandingan ini terbuka kepada semua warga IPG KSM. Pertandingan boleh disertai secara individu atau berkumpulan. Sebuah kumpulan yang terdiri daripada guru pelatih 3PISMP telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan ini.
Bagi aktiviti kedua pula ialah pertandingan membaca khutbah, pertandingan ini telah berlangsung pada 13 Februari 2012 iaitu pada hari Isnin. Pertandingan bermula selepas solat maghrib berjemaah di surau al- Firdaus dan juga disambung kembali selepas solat Isyak. Pertandingan ini berakhir dalam pukul 11.00 malam.Pertandingan ini terbuka kepada semua guru pelatih muslimin. Guru pelatih iaitu Shauqi telah memenangi pertandingan ini.
Maka, tibalah pada hari kemuncak sambutan iaitu pada 16 Februari 2012 bersamaan 23 Rabiul Awal 1433 H. Kemuncak sambutan ialah dengan mendengar ceramah Perdana Maulidur Rasul. Majlis bermula pada pukul 10.45 pagi dengan pergerakan semua warga IPG KSM ke Dewan Bendahara. Pada pukul 11.00 pagi, ketibaan Pengarah IPG KSM, En. Zakaria bin Hussin, pensyarah- pensyarah serta penceramah. Tepat pukul 11.15 pagi, ceramah Maulidur Rasul yang bertajuk “Ummati, Ummati, Ummati” dimulakan. Ceramah disampaikan oleh bekas pensyarah IPG KSM iaitu Ustaz Ahmad bin Salleh. Selepas ceramah disampaikan, penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para pemenang dan penceramah. Selain itu, beberapa persembahan telah diadakan dan juga bacaan selawat. Selepas persembahan, majlis bersurai pada pukul 1.30 tengah hari.
Dengan berakhirnya kesemua pertandingan dan ceramah maka berakhirlah program Sambutan Maulidur Rasul 2012. Penceramah dan para pensyarah telah dijemput untuk menikmati jamuan. Syukur, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Semoga program ini akan memberi ilmu yang berguna bagi para peserta dan mengamalkan dalam hidup mereka seharian.
Langgan:
Catatan (Atom)