kelab rakan masjid: Gotong- royong dan tabir surau baru!!!

Gotong- royong dan tabir surau baru!!!

Pada 25 April 2012 bersamaan 3 Jamadil Akhir 1433 H, Biro Hal Ehwal  Agama Islam dan Kerohanian Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan dengan kerjasama Kelab Rakan Masjid telah mengadakan satu program gotong – royong perdana. Program ini adalah terbuka kepada semua guru pelatih insitut ini dan tiada sebarang yuran penyertaan yang dikenakan kepada guru pelatih. Semua pensyarah di insitut ini juga dijemput hadir bersama- sama bagi menyertai program ini. Program ini diadakan di Surau Al-Firdaus, IPG KSM.
Program ini bermula pada jam 5.00 petang di surau IPG KSM, iaitu selepas menunaikan solat Asar. Program ini diadakan bertujuan untuk membersihkan surau dan juga disamping mengeratkan silaturrahim antara guru pelatih IPG KSM yang hadir.
            Antara aktiviti yang dijalankan ialah memasang tabir surau yang baru, mengemas pinggan mangkuk surau dan membersihkan kawasan dalam dan luar surau. Di akhir program ini, jamuan ringan telah disediakan kepada semua guru pelatih.
Akhirnya, program ini berjaya ditamatkan pada pukul 6.30 petang. Syukur,  program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Semoga program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.





Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

1 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...