kelab rakan masjid: 4.Bagaimana Nasrani masuk ke Jazirah Arab

4.Bagaimana Nasrani masuk ke Jazirah Arab

Selepas itu, ketika Yaman diperintah oleh keturunan Tabban yang bernama Zu Nuwas. Ketika itu ada seorang rahib Nasrani dari Syam yang beragaman tauhid. Dia keluar dari Syam untuk berdakwah ke Afrika. Dalam perjalanan dia diserang oleh perompak, ditangkap dan dijual kepada seorang lelaki dari Najran. Kemudian lelaki itu berpindah ke Jazirah Arab. Menurut sejarah nama rahib ini Femeon. Femeon telah menjadi hamba. Disamping dia berkhidmat dengan tuannya dia juga beribadat diwaktu rehat dan sangat kuat beribadat dengan agamanya. Satu malam tuannya masuk ketempat Femeon lalu didapati Femeon ini bercahaya cahaya. Tuannya tanya apa rahsianya. Femeon mengambil peluang berdakwah kepada tuannya tentang agama Nasrani. Orang Najran ketika itu menyembah pokok. Kata Femeon kepada tuannya, bagaimana kalau Tuhan aku dapat mengalahkan tuhan kamu, apakah engkau mahu menyembah Tuhan aku? Kata Najran itu, kalau memang Tuhan kamu dapat mengalahkan tuhan aku, aku masuk agama kamu. Lalu dikumpulkan orang ramai ditempat adanya pokok yang menjadi sembahan orang-orang Najran. Femeon datang ke situ bersembahyang dan berdoa kepada Allah agar memberi hidayah kepada orang orang Najran kepada agama tauhid. Akhirnya Allah datangkan kilat membakar pokok itu. Dengan peristiwa itu orang orang Najran semuanya masuk agama Nasrani.

Selepas itu ada seorang lelaki dari Najran bernaama Abdullah bin Tsabit dan beberapa orang pendeta Nasrani dari Najran berpindah ke Yaman. Mereka beribadah secara rahsia di Yaman kerana takut kepada orang orang Yahudi Yaman. Ketika itu Yaman masih diperintah oleh Tubba' yang bernama Zu Nuwas. Ketika itu Zu Nuwas sedang mencari pengganti kepada ahli sihirnya yang dah tua. Dia memilih seorang remaja yang paling cerdik di negerinya untuk mewarisi ilmu sihir dari tukang sihirnya. Setiap hari remaja ini pergi belajar sihir dari tukang sihir raja yang tinggal di bukit. Didalam perjalanan remaja ini ketempat gurunya dia lalu ditempat salah seorang Rahib dari Najran tadi. Dia dapat dengar rintihan Rahib ini dalam ibadahnya, akhirnya dia jatuh hati dengan rintihan dan doa Rahib ini dan mula masuk belajar dengan Rahib ini. Dalam masa yang sama dia juga belajar ilmu sihir dari tukang sihir raja. Lama-kelamaan dia jadi benci dengan sihir dan tidak pergi lagi belajar dengan tukang sihir raja. Dia hanya pergi belajar dengan Rahib tadi. Tukang sihir melapurkan kepada Raja. Lalu Raja menangkap remaja ini, diazab dan dipaksa dia keluar dari agama Tauhid yang dia belajar dari Rahib. Remaja ini tetap dengan pendiriannya hingga Raja Zu Nuwas atau Tubba' Zu Nuwas memerintahkan agar remaja ini dibunuh. Untuk membunuhnya pengawal raja bawa dia ketengah laut untuk dicampakkan ke tengah laut, sampai tengah laut datang ribut, sampan terbalik semua pengawal raja mati tetapi remaja ini pulang mengadap raja dengan selamat, Maha Besar Tuhan. Raja perintah supaya dia dicampak dari atas gunung pula, rakyat semua menyaksikan peristiwa ini. Bila tentara raja nak campak remaja ini dari atas gunung berlaku gempa bumi, semua tentera raja yang membawa remaja ini jatuh dari atas gunung dan remaja ini selamat.

Berbagai cara digunakan oleh Tubba' Zu nuwas untuk menghapuskan remaja beriman ini tetapi tetap tidak berjaya. Akhirnya remaja ini memberi tahu rahsianya kepada Tubba', wahai Tubba' Zu Nuwas, kalau kamu mahu membunuh aku juga hendaklah kamu mengumpulkan rakyat semua dan ikat aku di pokok kemudian ambil panahku ini dan panahlah aku dengan menyebut: dengan nama Allah Tuhan remaja ini. Kalau kamu laksanakan apa yang aku cakap ini baru kamu dapat membunuh aku. Bila Zu Nuwas melaksanakan seperti yang disebut oleh remaja beriman ini barulah Tubba' berjaya membunuh remaja beriman ini. Namun semua rakyat yang menyaksikan peristiwa ini berkata: bagaimana Zu Nuwas dengan kekuasaan dan kegagahannya tidak berjaya membunuh remaja ini melainkan dengan menyebut ; Dengan nama Allah Tuhan remaja ini. Dengan peristiwa itu Allah campakkan iman kedalam hati 20 ribu rakyat Yaman ketika itu, semua mereka beriman dengan agama Tauhid.

Tubba' Zu Nuwas yang terlalu marah dengan peristiwa itu akhirnya memerintahkan tenteranya menggali lubang yang besar dalam bahasa Al Quran disebut " Ukhdud " dan dipenuhkan kayu api didalamnya kemudian dinyalakan api yang besar. Sesiapa yang tidak mahu murtad dari agama tauhid akan dicampakkan kedalam api itu. Hal ini Allah ceritakan pada kita didalam Al Quran dalam surah Al Buruj





والسماء ذات البروج واليوم الموعود قتل أصحاب الأخدود النار ذات الوقود إذ هم عليها قعود وهم على ما يفعلون بالمؤمنين شهود وما نقموا منهم إلا أن يؤمنوا بالله العزيز الحميد
Terjemahannya:

Rasulullah SAW juga ada menceritakan dalam Hadis. Diantara kisah yang sangat mneyentuh, dari kalangan ramai itu ada seorang ibu dengan bayinya yang masih menyusu. Siibu merasa takut dan teragak-agak kerana merasa kesian dengan bayinya yang masih kecil itu untuk dimasukkan kedalam api Tubba’. Ketika itu bayinya talah bercakap kepada ibunya:

يأماه ألقي بنفسك فإنك مقبلة على الجنة
Wahai ibu, jangan takut terjun saja kedalam api itu, sesungguhnya ibu sedang menuju ke suyurga.

Kesemua 20 ribu itu dibunuh kerana mereka beriman dengan Allah yang esa. Mereka tak buat apa apa kesalahan, mereka tidak menentang Raja tapi kerana mereka beriman, Tubba' bakar mereka semua. Dari semua itu ada seorang lelaki yang selamat namanya Daus bin Tsa'labah, dia berjaya melarikan diri dan pergi mengadu kepada Qaisar raja Rom yang juga beragama Nasrani. Menyalalah kemarahan Qaisar bila mendengar Zu Nuwas membakar orang-orang Nasrani di Yaman. Qaisar mengirim wakilnya kepada Najashi raja Habsyah raja Nasrani yang paling dekat dengan Yaman supaya menghantar tentera memerangi Tubba' raja Yaman itu. Najasyi yang juga sangat marah bila mendengar cerita Daus itu terus menyiapkan tentaranya seramai 70 ribu orang. Satu jumlah tentera yang sangat besar ketika itu yang belum pernah berlaku lagi di Jazirah Arab. Tentara ini diketuai oleh panglimanya yang bernama Aryath أرياط - - didalam barisan panglima tentera itu juga ada seorang paglima yang bernama Abrahah.

Bila berlaku peperangan antara tentera Aryath dan tentara Tubba’ Zu Nuwas, tentera Tubba’ telah kalah. Zu Nuwas melarikan diri dan masuk kedalam laut membunuh diri. Dengan itu orang Habsyah menguasai yaman dan Najasyi melantik Aryath menjadi Gabenurnya di Yaman. Bila Aryath menjadi Gabenur dia mula menzalimi rakyat Yaman dan juga tentera tenteranya sendiri. Akhirnya tenteranya yang tak tahan dengan sikap Aryath ini memberontak dibawah pimpinan Abrahah. Bertembunglah dua kumpulan dalam tentera Habsyah, satu yang menyokong Aryath satu lagi yang menyokong Abrahah. Abrahah yang tak mahu berlaku peperangan sesama tentera Habsyah mengajak Aryath bertarung satu lawan satu. Siapa menang dia memerintah Yaman. Dalam pertarungan itu Abrahah berjaya membuhuh Aryath tapi sebelum Aryath terbunuh dia sempat menebas hidung Abrahah. Maka serpihlah hidung Abrahah. Sebab itulah Abarahah ini digelar Abrahah Al Asyram أبرهه الشرم Abrahah yang serpih hidungnya. Dengan itu Abrahah memerintah Yaman.

Bila berita ini sampai pada Najashi, Najashi murka dengan Abrahah yang berani membunuh gabenur yang dilantik oleh Najashi. Najashi bersumpah akan memimpin sendiri tenteranya ke Yaman dan tak akan kembali ke Hasyah melainkan setelah dapat memijak mijak tanah Yaman dan membotakkan kepala Abrahah sebagai satu tanda penghinaan kepada Abrahah. Abrahah ketakutan, dia tak berani melawan Najashi. Namun dengan kepintarannya dia menghantar utusannya mengadap Najashi dan dia hantar bersama utusan ini rambutnya dan tanah Yaman. Katanya kepada Najashi: Wahai Tuanku Najashi, ini Abrahah sudah menyempurnakan sumpah Tuanku. Ini rambut Abrahah dan ini tanah Yaman untuk Tuanku pijak-pijak. Abrahah tetap taat setia dan tunduk kepada Tuanku Najashi. Dengan itu Najashi tidak jadi memerangi Abrahah. Selesailah masalah Abrahah dengan Najashi

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...