kelab rakan masjid: 8.Sejarah Abdul Mutalib menggali Zamzam

8.Sejarah Abdul Mutalib menggali Zamzam


Dari kalangan anak Qusai bin Kilab juga Abdul Manaf, diantara anak-anak Abdul Manaf, Mutallib dan Hasyim, diantara anak anak Hasyim, Syaibah. Syaibah ini anak Hasyim dari isterinya yang bernama Umu Hasyim, seorang wanita bangsawan dikalangan kaumnya yang tinggal di luar Mekah, Hasyim tidak panjang umurnya, waktu Syaibah masih kecil lagi dia sudah meninggal dunia. Syaibah dibesarkan oleh ibunya di kabilah ibunya diluar Mekah. Bila Syaibah sudah remaja, bapa saudaranya Mutalib ingin mengambil Syaibah untuk dibawa ke Mekah. Ibunya tidak setuju tapi Mutalib berkeras, Syaibah ini dari keturunan Qusai bin Kilab, dia adalah pemuka Quraisy, dia tidak sepatutnya dia tinggal di luar Mekah. Lagipun dia sudah cukup umur sekarang. Akhirnya siibu minta agar dibuat pilihan kepada Syaibah sendiri, samada dia nak tinggal dengan ibunya atau nak mengikut bapa saudaranya ke Mekah. Syaibah memilih untuk bersama bapa saudaranya Mutalib dan tinggal dengannya di Mekah. Jadi Syaibah ikutlah Mutalib kembali ke Mekah. Mutalib membawa Syaibah naik satu kenderaan dengannya. Syaibah membonceng di belakang Mutalib. Bila sampai ke Mekah, orang ramai melihat Mutalib bawa seorang budak remaja dibelakangnya. Masyarakat yang terbiasa dengan jual beli hamba pada waktu itu menyangka Mutalib membeli hamba baru. Dari situlah Syaibah ini digelar oleh Quraish Abdul Mutalib yang bermaksud hamba Mutalib Akhirnya nama inilah yang masyhur. Inilah dia Abdul Mutalib datuk Rasulullah Saw. Nama sebenarnya ialah Syaibah.

Abdul Muatalib ini bila berkahwin dikurniakan anak sulung lelaki namanya Harist. Bila Harist ini dah agak dewasa, Abdul Mutalib mendapat mimpi pelik. Imam Ibnu Ishak Ulamak sejarah yang besar meriwayatkan dari Sadina Ali mimipi ini, bahwa ada orang datang menyeru Abdul Mutalib dan menyuruhnya menggali At Thibah, Abdul Mutalib tanya pada suara itu apakah Thibah itu? Tapi suara itu dah hilang. Malam kedua mimpi lagi, datang lagi suara itu menyuruhnya menggali Barrah, Apa barrah itu? Tapi suara itu dah hilang. Abdul Mutalib sudah dapat merasakan ada sesuatu yang penting, kerana dia tidak pernah mengalami mimpi begitu sebelum ini. Malam ketiga mimpi lagi, kata suara dalam mimpi itu : احفر المضمونة, gali Madhmunah, apa itu Madhmunah tanya Abdul Mutalib, tapi suara itu dah hilang lagi. Makin Abdul Mutalib merasa ada sesuatu yang besar melalui mimpi tiga malam berturut turut ini. Malam keempat datang lagi suara itu sambil berkata احفر زمزم, galilah Zamzam, ما زمزم؟. Dimanakah Zamzam itu? Kali ini suara itu menjawab.

لا تنذف أبدا ولا تذم تسقي الحجيج الأعظم وهي بين الفرث والدم عند نقرة الغراب الأعصم عند قرية النمل
Dia tak akan kering selama lamanya dan tak akan berkurang , dia akan memberi minum kepada para jemaah haji tetamu Allah yang maha Agung, dia berada diantara perut dan darah, disisi patukan gagak hitam yang ada bulu putih, disisi rumah semut


Maka yakinlah hati Abdul Mutalib bahawa dia diperintahkan untuk menggali Zamzam, Zamzam memang tak asing bagi masyarakat Mekah ketika itu apalagi bagi Abdul Mutalib ketua Mekah ketika itu. Namun mereka tidak tahu dimana terkambus Zamzam itu. Tidak masuk akal pula nak menggali sekeliling Kabah untuk mencari zamzam itu.

Besoknya Abdul Muatlib mengajak anaknya Harist untuk membantunya menggali Zamzam dan untuk mempertahankannya kalau pemuka Quraish yang lain menghalangnya. Mulalah Abdul Mutalib mencari-cari tanda-tanda yang telah diberikan kepadanya dalam mimpi itu. Namun tak ada satu pun tanda yang disebut itu disekitar Kaabah. Tiba-tiba dalam Abdul Mutalib mencari-cari itu, satu rombongan Arab kesitu untuk menyembelih lembu mereka dekat dengan berhala Esaf. Esaf dan Nailah yang ceritanya sudah kita ceritakan sebelum ini. Dari penyembelihan ini berlaku tumpah darah ke tanah. Lembu yang sudah disembelih itu pula, tiba tiba bangun semula dalam keadaan darah menghambur hambur darinya berlari dan jatuh semula disatu tempat lain. Jadi rombongan tadi menyempurnakan sembelihan mereka disitu, dikeluarkan perutnnya dan dilapah disitu.

Maha Besar Tuhan, Maha Mengetahui Tuhan, jadi tahulah Abdul Mutalib, diantara tempat lembu itu mula disembelih tadi dan tempat dia jatuh semula itulah, kawasan untuk dia menggali Zamzam. Tapi kawasannya besar, bagaimana dia nak gali semua kawasan itu. Dia mencari lagi tanda-tanda yang lain pula. Akhirnya dia menjumpai kawasan semut atau kampung semut. Tapi kawasannya masih tetap besar tapi lebih kecil dari kawasan pertama tadi. Dalam masa Abdul Mutalib berfikir-fikir itu, tiba tiba datang seekor gagak hitam yang pada bulunya ada satu bulu berwarna putih. Inilah yang mereka namakan الغراب الأعصم. Gagak itu pula mematuk-matuk ketanah dekat dengan kampung semut tadi. Sekarang tahulah Abdul Mutalib, itulah dia kawasan yang diisyaratkan kepadanya dalam mimpi.

Maha Besar Tuhan, Allah yang boleh mengajar dan memberitahu hamba hambanya dengan berbagai cara. Allahlah yang memberitahu alamat-alamat itu dan Allahlah yang mempersiapkan alamat-alamat itu walaupun ketika Abdul Mutalib datang pada awal tadi, belum ada satupun lagi tanda tanda itu. Inilah kuasa dan ilmu Allah yang tiada batasnya.

Tempat yang diisyaratkan itu terlatak diantara Esaf dan Nailah. Bila Abdul Mutalib mula menggali, gemparlah Quraish. Apa yang kamu gali wahai Abdul Mutalib, mana boleh kamu menggali disini, ditepi Kaabah pula. Ketika itu Abdul Mutalib memerintahkan Harist anaknya untuk menghadapi Quraish, sementara dia sendiri terus menggali tampa berhenti dan tampa menghirau kekecohan orang-orang Quraish itu. Dalam kecoh-kecoh itu Abdul Mutalib dah sampai kepada batu penutup telaga. Ketika itu Abdul Mutalib menjerit الله أكبر الله أكبر Maha Besar Tuhan Maha Besar Tuhan. Dengan itu tahulah Quraish, Abdul Mutalib sudah menjumpai apa yang dia cari. Mereka tanya lagi, apa yang kamu gali wahai Abdul mutalib? kali ini barulah Abdul Mutalib menjawab. Aku menggali Zamzam. Abdul Mutalib terus menggali hinggalah dia bertemu dengan Zamzam.

Ketika itu Quraisy mula tamak, mereka juga nak berkongsi telaga Zamzam itu dengan Abdul Mutalib. Mereka minta Abdul Mutalib menjadikan Zamzam itu hak bersama. Masing-masing tamak untuk berkongsi dengan Abdul Mutalib telaga Zamzam ini, ini satu kemuliaan yang besar bagi mereka. Abdul Mutalib tidak setuju, dia yang menemuiya semula dan pada awalnya mereka semua menghalangnya. Sekarang bila dah jumpa telaga Zamzam mereka nak minta berkongsi dengan Abdul Mutalib menguruskan telaga ini. Abdul Mutalib tidak setuju namun Quraish tetap berkeras. Perselisihan ini hampir menyebabkan perang antara mereka dan Bani Abdul Mutalib. Akhirnya mereka semua bersetuju untuk mencari Hakim untuk memutuskan perselisihan mereka. Mereka semua bersetuju untuk mengambil Kahinah, seorang pendeta wanita yang dihormati dalam masyarakat ketika itu. Pendeta ini dari Bani Saad yang berada di Yathrib. Mereka bergerak ke Yathrib, sampai disana, rupanya kahinah ini sudah pergi ke Khaibar. Mereka mengejarnya ke Khaibar pula. Begitulah kedudukan pendeta dalam masyarakat ketika itu. Ditengah jalan Abdul Mutalib dan orang orangnya kehabisan air, mereka minta air pada pada Quraish yang lain tapi air mereka juga tinggal sedikit untuk mereka pun tak cukup. Ditengah tengah padang pasir yang tak bertepi itu kehabisan air, tidak ada sumber air berdekatan dari situ. Ketika itu orang orang Abdul Mutalib putus harapan untuk mendapat air setelah puas mencarinya tapi tidak mendapatkannya. Akhirnya mereka tanya apa pandangan Abdul Mutalib. Kata Abdul Mutalib, sekarang kita masing masing gali kubur masing masing. Daripada kita semua mati tidak ditanam biarlah seorang saja yang tak ditanam iaitu yang paling akhir mati. Bila dah siap kubur, masing-masing menunggu saat kematian. Namun akhirnya datang fikiran kepada Abu Talib untuk berusaha lagi mencari air. Abdul Muatalib ajak semua orang orangnya mencari lagi air, ketika sibuk sibuk itu, unta Abdul Mutalib sambil bangun dari duduknya terhentak kakinya ketanah. Maka dengan kuasa Allah keluar air dari situ. Semua mereka dapat minum dan masih ada lebihan air lagi. Abdul Mutalib memanggil orang-orang Quraish juga untuk ambil air dari situ. Melihat kejadian yang pelik itu kesemua mereka berkata kepada Abdul Mutalib : Yang memberi kamu minum air ditengah tengah padang pasir ini dialah yang memberikan Zamzam pada kamu. Jadi Zamzam kepunyaan kamu. Mereka tahu, ini tanda Allah ingin memberitahu mereka bahawa Zamzam untuk Abdul Mutalib. Dengan itu -Siqayah- memberi minum kepada jemaah haji dan Zamzam adalah kepunyaan Abdul Mutalib dan keturunannya

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...