kelab rakan masjid: Rahsia sujud pada perkembangan otak manusia

Rahsia sujud pada perkembangan otak manusia

JERTEH - Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka  otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara 
sempurna. Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak  akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika  seseorang itu sujud ketika bersembahyang.



"Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di  Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam 
kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor  tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan  darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.



"Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut  mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam," katanya  dalam kenyataan pada Majalah Buletin Bulanan MICNA Jordan di sini, 
hari ini. Beliau berkata, doktor tersebut tertarik untuk memeluk  Islam semasa membuat kajian saraf yang 
dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia  tidak dimasuk darah.


"Pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang  secukupnya untuk berfungsi secara lebih normal," katanya. Menurutnya, doktor tersebut amat kagum dengan penemuan  tersebut sehingga ia tidak dapat 
diterima oleh akal fikiran. "Kini doktor tersebut memeluk Islam dan dengan itu beliau 
telah membuka sebuah klinik yang  bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Kini beliau membuat 
ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui al-Quran dan Hadis Nabawi. "Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa,  madu lebah, biji hitam (black Seed) dan sebagainya," jelasnya.


Beliau berkata, manusia yang tidak bersembahyang apatah  lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal  tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat 
keputusan secara normal.



"Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia  kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan 
perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka  mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah. "Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya  secara lebih normal." tambahnya.

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...