Pada 19 Jun 2012 bersamaan 29 Rejab 1433 H, Biro Hal Ehwal Agama Islam dan Kerohanian Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral telah mengadakan satu kuliah maghrib bersempena dengan Isra’ Mikraj. Program ini adalah terbuka kepada semua guru pelatih insitut ini dan tiada sebarang yuran penyertaan yang dikenakan kepada guru pelatih. Semua pensyarah di insitut ini juga dijemput hadir bersama- sama bagi menyertai program ini. Program ini diadakan di Surau Al-Firdaus, IPG KSM.
Program ini bermula pada jam 8.00 malam iaitu selepas selesai solat Maghrib berjemaah. Kuliah telah disampaikan oleh Dr. Abdullah bin Mohamad dari Jabtan Pengajian Islam dan Moral IPG KSM. Tujuan utama program ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada guru pelatih mengenai Isra’ Mikraj. Selain itu, program ini diadakan bertujuan untuk memantapkan rohani para guru pelatih dan juga disamping mengeratkan silaturrahim antara guru pelatih IPG KSM yang hadir.
Selepas kuliah tersebut, guru pelatih juga diberi peluang untuk memberi soalan mengenai apa sahaja khususnya berkaitan Isra’ Mikraj kepada penceramah. Guru pelatih juga telah diedarkan sehelai risalah yang mengandungi pelbagai makluamat mengenai Isra’ Mikraj.
Akhirnya, program ini berjaya ditamatkan pada pukul 9.00 malam. Semua guru pelatih solat berjemaah setelah selesai kuliah tersebut. Syukur, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Semoga program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
Pada 29 April 2012 yang lalu bersamaan 7 Jamadilakhir 1433H iaitu hari Ahad, Biro Hal Ehwal Agama Islam dan Kerohanian dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Sultan Mizan telah mengadakan Program Tautan Hati: Kisah di Syria bertempat di Surau al-Firdaus. Program ini merupakan program kedua anjuran Biro Hal Ehwal Agama Islam dan Kerohanian bagi semester ini. Kami telah menjemput En. Zulkifle bin Abdul Rahman, pensyarah Jabatan Sains IPG Kampus Sultan Mizan untuk memberi ceramah dan info mengenai apa yang berlaku di Syria. Program Tautan Hati: Kisah di Syria ini telah berlangsung bermula selepas solat Maghrib hingga pukul 9.30 malam. Sambutan dari guru pelatih IPG Kampus Sultan Mizan sangat menggalakkan dan dianggarkan hampir 130 orang yang hadir bagi mendengar ceramah ini.
Selepas menunaikan solat Maghrib berjamaah, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu saudara Muhammad Abrar bin Mohd Yusof. Seterusnya, tanpa melengahkan masa, pengerusi majlis menjemput penceramah jemputan pada malam itu, iaitu En. Zulkifle bin Abdul Rahman untuk menyampaikan ceramahnya. Program ini sangat menarik dan telah berjaya menarik minat ramai pelajar IPG Kampus Sultan Mizan untuk datang ke surau bagi mendengar ceramah yang disampaikan.Selain itu, penyampaian penceramah yang menarik dan diselangi dengan tayangan video penderitaan rakyat Syria yang menyentuh perasaan menambahkan lagi kekhusyukan pendengar untuk mendengar ceramah tersebut hingga ke akhir. Tambahan pula, En. Zulkifle bin Abdul Rahman merupakan orang yang berpengalaman dan sentiasa mengikuti perkembangan tentang hal-hal pergolakan yang berlaku di negara-negara Islam.Tidak hairanlah semangat yang berkobar-kobar semasa memberikan ceramahnya mampu menjadikan pendengar seperti turut merasai penderitaan rakyat Syria yang berada di sana.
Tepat pukul 9 malam, En. Zulkifle bin Abdul Rahman mengakhiri ceramahnya kerana masa yang diberikan telah pun tamat walaupun masih banyak lagi maklumat yang ingin disampaikan dan dikongsi dengan guru-guru pelatih. Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada En. Zulkifle bin Abdul Rahman oleh Timbalan Yang Di Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar iaitu saudara Che Mohammad Rozairi. Selepas itu, semua peserta menunaikan solat Isyak berjamaah dan seterusnya En. Zulkifle bin Abdul Rahman dijemput untuk menjamu selera sebelum berangkat pulang. Para peserta juga disediakan sedikit jamuan ringan.
Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi supaya dapat memberikan kesedaran dan pendedahan tentang masalah dan pergolakan yang berlaku di negara-negara Islam seperti Syria. Walaupun kita tidak merasai sendiri apa yang dirasai oleh rakyat Syria namun diharapkan usaha-usaha seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu menyelami dan mengurangkan penderitaan mereka di sana. Semoga usaha ini mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Assalamualaikum semua....
Pada hari Selasa iaitu 8 Mei 2012 yang lalu, satu program solat hajat berjemaah diadakan bersempena dengan peperiksaan yang akan datang. Solat hajat dimulakan selepas selesai menunaikan solat Isyak berjemaah.
Akhir kalam, good luck kepada semua guru pelatih IPG KSM yang bakal menghadapi peperiksaan. Bittaufiq wan najah. Chaiyok!..
Langgan:
Catatan (Atom)