kelab rakan masjid: Mac 2009

Word Formation Processes


Abdul Mutalib ini, Allah rezekikan dengan 10 orang anak lelaki dan 6 orang anak perempuan. Antara anak lelakinya Saidina Abbas dan Saidina Hamzah yang masuk Islam dikalangan anak anak Abdul Mutalib, kemudian Abu Talib, nama sebenarnya Abdul Manaf, Abu Lahab, nama sebenarnya Abdul U'zza. Mereka berdua ini sempat bertemu dengan Islam tapi tidak masuk Islam. Yang mati sebelum Islam, Abdullah ayahanda Rasulullah Saw, Hijin, Dhirar, Muqaddam, Zubair dan Harist. Anak anak perempuannya pula, Sofiyah, Umu Hakem, Atikah, Umaimah, Arwa dan Barrah.

Abdul Mutalib ini ketika menggali Zamzam, ketika Quraish menghalangnya, ketika itu hanya ada seorang anak lelaki iaitu Harist yang mempertahankannya. Dia merasa lemah dan kurang tidak seperti orang lain yang banyak anak-anak lelaki. Bahkan ketika itu ada yang berkata kepadanya, wahai Abdul Mutalib apakah kamu berani menyanggah kami sedangkan kamu sendiri tidak punya anak-anak lelaki yang boleh mempertahankan kamu. Selepas Quraish mengakui Zamzam kepunyaannya, dia bernazar kalau Allah kurniakan 10 orang anak lelaki kepadanya dia akan korbankan salah seorang dari mereka. Allah kabulkan doanya, Abdul Mutalib mendapat 10 orang anak lelaki. Yang kesepuluh, Abdullah ayahanda Rasulullah Saw. Bila Abdullah dah dewasa, Abdullah inilah anak yang paling disayangainya. Abdul Mutalib bila tawaf di kaabah ketika itu, diikuti dibelakangnya sepuluh orang anak-anak lelakinya yang gagah gagah. Dia bersyukur kepada Allah dan sampailah masanya untuk dia menunaikan nazarnya. Abdul Mutalib pergi jumpa -Kahin - pendeta Kaabah meminta Kahin membuat undian kepada anak-anaknya siapa yang akan jadi korban. Dalam hati Abdul Mutalib, janganlah terkena pada Abdullah, yang lain siapa pun tak apa. Tapi undi kena kepada Abdullah. Walaupun dengan hati yang berat dan hiba, Abdul Mutalib nekad untuk melaksanakan nazarnya. Orang sepertinya tak mungkin mungkir dengan nazarnya. Akhirnya dibawalah Abdullah dekat dengan Esaf untuk disembelih disitu. Bila Quraish nampak hal itu, Quraish menahannya. Abdul Mutallib berkeras juga, kecohlah disitu. Dalam kekecohan itu, tolak menolak antara Abdul Mutalib dan Quraish terluka kepala Abdullah. Sebab itulah Abdullah ini terkenal dengan gelaran Al Asyajj iaitu yang berparut dikepala. Quraish terus memujuk Abdul Mutalib : Wahai Abdul Mutalib, engkau ketua Mekah, kalau engkau sembelih juga anak engkau, nanti hal ini akan jadi sunnah, jadi teradisi kepada Arab, siapa yang dapat sepuluh orang nak lelaki kena sembelih salah seorang darinya. Inikan hal yang berat dan menghilangkan kebahagiaan. Kalau masing-masing sembelih anak lelaki sendiri, dimana kebahagiaan lagi. Tolong jangan buat wahai Abdul Mutalib, nanti jadi sunnah. Tapi Abdul Mutalib dah nazar dan dia mesti tunaikan nazarnya. Akhirnya dirujuk hal ini kepada pendeta Bani Saad. Pendeta ini tanya berapa diat (ganti rugi kepada orang yang dibunuh) seorang lelaki yang merdeka pada Quraish. Kata mereka 10 ekor unta betina. Kata pendeta kalau begitu buat undian antara Abdullah dan 10 ekor unta. Kalau undian kena pada Abdullah tambah lagi 10 ekor unta sampailah undian kena pada unta. Bila buta undian kena pada Abdullah, tambah sepuluh ekor unta lagi, undi lagi, kena lagi pada Abdullah, tambah unta lagi, begitulah sampai 100 ekor unta baru undi kena pada unta. Ketika itu Abdul Mutalib minta diulang lagi undian untuk memastikan bahawa memang undian kena pada unta, tiga kali diulang undian kena pada unta. Maka Abdul Muatlib menyembelih 100 ekor unta sebagai ganti kepada anak kesayangan Abdullah ayahannda Rasulullah Saw. Sebab itulah Rasulullah ada menyebut :

أنا ابن الذبيحين

Aku ini anak kepada dua orang yang nak disembelih

Yang pertama Nabi Ismail AS dan yang kedua Abdullah ayahanda Baginda. Oleh kerana pada kedua-duanya ini akan berlaku Jadual Allah, maka Allah selamatkan kedua duanya dari disembelih.

Begitulah nasab Rasulullah ialah nasab yang paling mulia. Rasulllah dari bangsa Arab bangsa yang Allah pilih untuk menegakkan Islam dan Allah pilih Rasulullah dari bangsa ini dan Allah pilih bahasa Arab sebagai bahasa Al Quran. Rasululah datang dari kabilah yang paling mulia dalam bangsa Arab. Imam Tarmizi ada meriwayatkan satu Hadis.

أنه صلى الله عليه وسلم قام على الممبر فقال من أنا, فقالوا أنت رسول الله عليك السلام فقال أنا أنا محمد بن عبد الله بن عبد المطلب . إن الله خلق الخق ثم جعلهم فرقتين فجعلني من خيرهم فرقة ثم جعلهم قبائل فجعلني في خيرهم قبيلة ثم جعلهم بيوتا فجعلني في خيرهم بيتا وخيرهم نفسا

Bahawa pernah Rasululah Saw naik keatas mimbar dan bertanya siapakah aku, kata para sahbat, kamu Rasulullah keatas kamu sesejahteraan. Kata Rasulullah Aku Muhammd bin Abdullah bin Abdul Muatalib. Sesungguhnya Allah menjadikan makhluknya dan menjadikan mereka dua kumpulan dan Allah jadikan aku dari kumpulan yang terbaik. Kemudian Allah menjadikan mereka berbagai kabilah kemudian Allah melahirkan aku dari kabilah yang paling baik kemudian Allah menjadikan mereka rumah rumah dan Allah menjadikan aku dari rumah yang paling baik dan manusia yang paling baik


Dari kalangan anak Qusai bin Kilab juga Abdul Manaf, diantara anak-anak Abdul Manaf, Mutallib dan Hasyim, diantara anak anak Hasyim, Syaibah. Syaibah ini anak Hasyim dari isterinya yang bernama Umu Hasyim, seorang wanita bangsawan dikalangan kaumnya yang tinggal di luar Mekah, Hasyim tidak panjang umurnya, waktu Syaibah masih kecil lagi dia sudah meninggal dunia. Syaibah dibesarkan oleh ibunya di kabilah ibunya diluar Mekah. Bila Syaibah sudah remaja, bapa saudaranya Mutalib ingin mengambil Syaibah untuk dibawa ke Mekah. Ibunya tidak setuju tapi Mutalib berkeras, Syaibah ini dari keturunan Qusai bin Kilab, dia adalah pemuka Quraisy, dia tidak sepatutnya dia tinggal di luar Mekah. Lagipun dia sudah cukup umur sekarang. Akhirnya siibu minta agar dibuat pilihan kepada Syaibah sendiri, samada dia nak tinggal dengan ibunya atau nak mengikut bapa saudaranya ke Mekah. Syaibah memilih untuk bersama bapa saudaranya Mutalib dan tinggal dengannya di Mekah. Jadi Syaibah ikutlah Mutalib kembali ke Mekah. Mutalib membawa Syaibah naik satu kenderaan dengannya. Syaibah membonceng di belakang Mutalib. Bila sampai ke Mekah, orang ramai melihat Mutalib bawa seorang budak remaja dibelakangnya. Masyarakat yang terbiasa dengan jual beli hamba pada waktu itu menyangka Mutalib membeli hamba baru. Dari situlah Syaibah ini digelar oleh Quraish Abdul Mutalib yang bermaksud hamba Mutalib Akhirnya nama inilah yang masyhur. Inilah dia Abdul Mutalib datuk Rasulullah Saw. Nama sebenarnya ialah Syaibah.

Abdul Muatalib ini bila berkahwin dikurniakan anak sulung lelaki namanya Harist. Bila Harist ini dah agak dewasa, Abdul Mutalib mendapat mimpi pelik. Imam Ibnu Ishak Ulamak sejarah yang besar meriwayatkan dari Sadina Ali mimipi ini, bahwa ada orang datang menyeru Abdul Mutalib dan menyuruhnya menggali At Thibah, Abdul Mutalib tanya pada suara itu apakah Thibah itu? Tapi suara itu dah hilang. Malam kedua mimpi lagi, datang lagi suara itu menyuruhnya menggali Barrah, Apa barrah itu? Tapi suara itu dah hilang. Abdul Mutalib sudah dapat merasakan ada sesuatu yang penting, kerana dia tidak pernah mengalami mimpi begitu sebelum ini. Malam ketiga mimpi lagi, kata suara dalam mimpi itu : احفر المضمونة, gali Madhmunah, apa itu Madhmunah tanya Abdul Mutalib, tapi suara itu dah hilang lagi. Makin Abdul Mutalib merasa ada sesuatu yang besar melalui mimpi tiga malam berturut turut ini. Malam keempat datang lagi suara itu sambil berkata احفر زمزم, galilah Zamzam, ما زمزم؟. Dimanakah Zamzam itu? Kali ini suara itu menjawab.

لا تنذف أبدا ولا تذم تسقي الحجيج الأعظم وهي بين الفرث والدم عند نقرة الغراب الأعصم عند قرية النمل
Dia tak akan kering selama lamanya dan tak akan berkurang , dia akan memberi minum kepada para jemaah haji tetamu Allah yang maha Agung, dia berada diantara perut dan darah, disisi patukan gagak hitam yang ada bulu putih, disisi rumah semut


Maka yakinlah hati Abdul Mutalib bahawa dia diperintahkan untuk menggali Zamzam, Zamzam memang tak asing bagi masyarakat Mekah ketika itu apalagi bagi Abdul Mutalib ketua Mekah ketika itu. Namun mereka tidak tahu dimana terkambus Zamzam itu. Tidak masuk akal pula nak menggali sekeliling Kabah untuk mencari zamzam itu.

Besoknya Abdul Muatlib mengajak anaknya Harist untuk membantunya menggali Zamzam dan untuk mempertahankannya kalau pemuka Quraish yang lain menghalangnya. Mulalah Abdul Mutalib mencari-cari tanda-tanda yang telah diberikan kepadanya dalam mimpi itu. Namun tak ada satu pun tanda yang disebut itu disekitar Kaabah. Tiba-tiba dalam Abdul Mutalib mencari-cari itu, satu rombongan Arab kesitu untuk menyembelih lembu mereka dekat dengan berhala Esaf. Esaf dan Nailah yang ceritanya sudah kita ceritakan sebelum ini. Dari penyembelihan ini berlaku tumpah darah ke tanah. Lembu yang sudah disembelih itu pula, tiba tiba bangun semula dalam keadaan darah menghambur hambur darinya berlari dan jatuh semula disatu tempat lain. Jadi rombongan tadi menyempurnakan sembelihan mereka disitu, dikeluarkan perutnnya dan dilapah disitu.

Maha Besar Tuhan, Maha Mengetahui Tuhan, jadi tahulah Abdul Mutalib, diantara tempat lembu itu mula disembelih tadi dan tempat dia jatuh semula itulah, kawasan untuk dia menggali Zamzam. Tapi kawasannya besar, bagaimana dia nak gali semua kawasan itu. Dia mencari lagi tanda-tanda yang lain pula. Akhirnya dia menjumpai kawasan semut atau kampung semut. Tapi kawasannya masih tetap besar tapi lebih kecil dari kawasan pertama tadi. Dalam masa Abdul Mutalib berfikir-fikir itu, tiba tiba datang seekor gagak hitam yang pada bulunya ada satu bulu berwarna putih. Inilah yang mereka namakan الغراب الأعصم. Gagak itu pula mematuk-matuk ketanah dekat dengan kampung semut tadi. Sekarang tahulah Abdul Mutalib, itulah dia kawasan yang diisyaratkan kepadanya dalam mimpi.

Maha Besar Tuhan, Allah yang boleh mengajar dan memberitahu hamba hambanya dengan berbagai cara. Allahlah yang memberitahu alamat-alamat itu dan Allahlah yang mempersiapkan alamat-alamat itu walaupun ketika Abdul Mutalib datang pada awal tadi, belum ada satupun lagi tanda tanda itu. Inilah kuasa dan ilmu Allah yang tiada batasnya.

Tempat yang diisyaratkan itu terlatak diantara Esaf dan Nailah. Bila Abdul Mutalib mula menggali, gemparlah Quraish. Apa yang kamu gali wahai Abdul Mutalib, mana boleh kamu menggali disini, ditepi Kaabah pula. Ketika itu Abdul Mutalib memerintahkan Harist anaknya untuk menghadapi Quraish, sementara dia sendiri terus menggali tampa berhenti dan tampa menghirau kekecohan orang-orang Quraish itu. Dalam kecoh-kecoh itu Abdul Mutalib dah sampai kepada batu penutup telaga. Ketika itu Abdul Mutalib menjerit الله أكبر الله أكبر Maha Besar Tuhan Maha Besar Tuhan. Dengan itu tahulah Quraish, Abdul Mutalib sudah menjumpai apa yang dia cari. Mereka tanya lagi, apa yang kamu gali wahai Abdul mutalib? kali ini barulah Abdul Mutalib menjawab. Aku menggali Zamzam. Abdul Mutalib terus menggali hinggalah dia bertemu dengan Zamzam.

Ketika itu Quraisy mula tamak, mereka juga nak berkongsi telaga Zamzam itu dengan Abdul Mutalib. Mereka minta Abdul Mutalib menjadikan Zamzam itu hak bersama. Masing-masing tamak untuk berkongsi dengan Abdul Mutalib telaga Zamzam ini, ini satu kemuliaan yang besar bagi mereka. Abdul Mutalib tidak setuju, dia yang menemuiya semula dan pada awalnya mereka semua menghalangnya. Sekarang bila dah jumpa telaga Zamzam mereka nak minta berkongsi dengan Abdul Mutalib menguruskan telaga ini. Abdul Mutalib tidak setuju namun Quraish tetap berkeras. Perselisihan ini hampir menyebabkan perang antara mereka dan Bani Abdul Mutalib. Akhirnya mereka semua bersetuju untuk mencari Hakim untuk memutuskan perselisihan mereka. Mereka semua bersetuju untuk mengambil Kahinah, seorang pendeta wanita yang dihormati dalam masyarakat ketika itu. Pendeta ini dari Bani Saad yang berada di Yathrib. Mereka bergerak ke Yathrib, sampai disana, rupanya kahinah ini sudah pergi ke Khaibar. Mereka mengejarnya ke Khaibar pula. Begitulah kedudukan pendeta dalam masyarakat ketika itu. Ditengah jalan Abdul Mutalib dan orang orangnya kehabisan air, mereka minta air pada pada Quraish yang lain tapi air mereka juga tinggal sedikit untuk mereka pun tak cukup. Ditengah tengah padang pasir yang tak bertepi itu kehabisan air, tidak ada sumber air berdekatan dari situ. Ketika itu orang orang Abdul Mutalib putus harapan untuk mendapat air setelah puas mencarinya tapi tidak mendapatkannya. Akhirnya mereka tanya apa pandangan Abdul Mutalib. Kata Abdul Mutalib, sekarang kita masing masing gali kubur masing masing. Daripada kita semua mati tidak ditanam biarlah seorang saja yang tak ditanam iaitu yang paling akhir mati. Bila dah siap kubur, masing-masing menunggu saat kematian. Namun akhirnya datang fikiran kepada Abu Talib untuk berusaha lagi mencari air. Abdul Muatalib ajak semua orang orangnya mencari lagi air, ketika sibuk sibuk itu, unta Abdul Mutalib sambil bangun dari duduknya terhentak kakinya ketanah. Maka dengan kuasa Allah keluar air dari situ. Semua mereka dapat minum dan masih ada lebihan air lagi. Abdul Mutalib memanggil orang-orang Quraish juga untuk ambil air dari situ. Melihat kejadian yang pelik itu kesemua mereka berkata kepada Abdul Mutalib : Yang memberi kamu minum air ditengah tengah padang pasir ini dialah yang memberikan Zamzam pada kamu. Jadi Zamzam kepunyaan kamu. Mereka tahu, ini tanda Allah ingin memberitahu mereka bahawa Zamzam untuk Abdul Mutalib. Dengan itu -Siqayah- memberi minum kepada jemaah haji dan Zamzam adalah kepunyaan Abdul Mutalib dan keturunannya

Sebelum ini Mekah diperintah oleh Kabilah Jurhum setelah mereka berkongsi telaga Zamzam dengan Siti Hajar. Selepas itu Nabi Ismail berkahwin dengan perempuan Jurhum, maka Mekah terus diperintah oleh zuriat Nabi Ismail sehinggalah datang Bani Khuzaa'h merampas Mekah dari keturunan Nabi Ismail dan Jurhum. Jurhum dihalau keluar dari Mekah. Bani Khuzaah yang dipimpin oleh A'mru bin Lahayy telah membawa agama syirik masuk ke Mekah dan akhirnya tersebar ke seluruh Jazirah Arab. Ada juga keturunan Nabi Ismail yang terus tinggal di Mekah tapi mereka tak punya kuasa dan tidak mendapat tempat lagi di Mekah. Namun keinginan mereka menguasai Mekah kembali tidak pernah padam walaupun Khuzaah telah meguasai Mekah selama 500 tahun sehingga datang Qusai bin Kilab. Qusai bin Kilab ini dari keturunan Nabi Ismail AS dari anak cucu Fihr yang digelar Quraish. Ketika itu Qusai merupakan salah seorang bangsawan Mekah. Allah telah memberi kekuatan dan kekayaan kepadanya.

Akhirnya dia berjaya mengahwini anak perempuan Hulail Ketua Mekah dan Ketua bani Khuza'ah ketika itu. Setelah Hulail mati, Qusai ingin mengembalikan Mekah kepada keturunan Nabi Ismail AS. Dengan itu dia mengistiharkan dirinya menjadi ketua Mekah. Berlaku peperangan antara Quraish yang diketuai oleh Qusai bin Kilab keturunan Nabi Ismail yang merupakan penduduk asal Mekah dan yang mewarisi telaga Zamzam dari Nabi Ismail dengan Bani Khuzaa'h yang merasa mereka juga berhak ke atas Mekah kerana Mekah telah berada dalam tangan mereka lebih dari 500 tahun. Setelah berlaku peperangan yang tak berkesudahan itu, kedua dua pihak bersetuju mencari hakim untuk menyelesaikan pertelingkahan. Mereka memilih salah seorang Hukamak dan orang bijaksana dikalangan Arab untuk menjadi Hakim dalam perebutan mereka. Kedua belah pihak akan bersetuju dengan apa saja yang diputuskan oleh Hakim ini. Nama hakim ini Ya'mur bin Auf. Mereka masing-masing bersumpah dan membawa saksi bahawa mereka akan menerima apa saja keputusan Hakim ini. Ya'mur memanggil kedua belah pihak dan meminta mereka membentangkan hujah masing-masing bahawa merekalah yang berhak keatas Mekah. Bagi Qusai, Mekah ini adalah kepunyaan datuk neneknya. Nabi Ismail adalah orang pertama mendiami Mekah. Zamzam terbuka kerana Nabi Ismail. Nabi Ismail yang membina Kaabah. Khuza'ah walaupun dah memerintah lama tapi mereka adalah perampas kuasa. Sedangkan Khuza'ah ketika itu tak mempunyai hujjah yang konkrit. Ya'mur memutuskan bahawa segala-galanya dikembalikan kepada Qusai bin Kilab. Keistimewaan Siqayah, Rifadah, Hijabah, dan semuanya menjadi hak Qusai bin Kilab. Selepas itu Qusai ini memerintah Mekah dengan bijaksana dan adil. Kehidupan orang Mekah makin makmur dan orang makin sayang dengan Qusai. Qusai membina Darul Nadwah kepada orang-orang Mekah. Darul Nadwah menjadi pusat pemerintahan Mekah, tempat berbincang, tempat melaksanakan akad Nikah dan upacara-upacara social lain. Rasulullah Saw adalah dari zuriat Qusai bin Kilab ini.

Selepas kematian Qusai bin Kilab, kesemua kemulian Quraisy - Rifadah, Hijabah, Sidanah, siqayah, nadwah diwariskan kepada anak sulungnya Abdul Dar. Selepas kematian Abdul Dar perkara ini dibahagikan diantara anak anak Qusai yang lain dan anak anak Abdul Dar. Abdul Mutalib datuk Rasulullah Saw telah mewarisi Siqayah iaitu hak memberi minum kepada jemaah haji. Ketika itu Zamzam sudah tidak ada lagi, sudah hilang sejak Mekah dirampas oleh Bani Khuzaa'h, sejak Amru bin Lahayy membawa masuk agama syirik ke Mekah. Allah selamatkan zam-zam dari kedurjanaan mereka. Abdul Mutalib mengambil air dari luar Mekah untuk jemaah haji. Orang Quraish ini kerana pemurah mereka, mereka juga mencampurkan kedalam air yang disediakan itu, susu dan madu. Begitulah pemurahnya datuk nenek Rasulullah secara khusus dan bangsa Arab secara amnya ketika itu

Word Formation Processes


Jadi selepas Abrahah dan tenteranya Allah musnahkan dengan tentera Ababil. Yaman terus diperintah oleh anak anak Abrahah sampailah kezaman Masruq bin Abrahah. Ketika itu muncul salah seorang keturunan Tubba' raja Yaman sebelum Yaman dikuasai oleh orang orang Habsyah. Namanya Saif bin Abi Yazan. Dia ingin merampas kembali kerajaan Yaman dari orang orang Habsyah. Dia minta pertolongan Qaisar raja rom. Qaisar enggan menolong sebab orang-orang Habsyah beragama Nasrani macam Qaisar juga. Saif minta tolong Raja Arab pula iaitu Raja Nukman bin Munzir, Raja kerajaan Kabilah Manazirah. Dia tak berani menentang Kerajaan Habsyah yang jauh lebih kuat daripadanya. Akhirnya Saif minta tolong Raja Farsi. Ringkasnya Raja Farsi telah menghantar banduan-banduan dari penjara bersama salah seorang panglimanya yang paling gagah memipin pasukan ini ditambah dengan Saif bin Abi yazan dan pengikut pengikutnya. Mereka berjaya mengalahkan tentara Habsyah di Yaman dan Masruq bin Abrahah dibunuh oleh Panglima Farsi ini. Saif berjaya menghalau orang orang Habsyah dari Yaman tapi maslah mereka tak selesai, Farsi pula memerintah mereka. Kisra melantik gabenurnya di Yaman, bermula dengan Mirzaban kemudian Taibujan dan akhirnya sampai ke Bazan. Ketika Rasulullah Saw ditabalkan menjadi Rasul dan mula berdakwah dan memperjuangkan Islam, ketika itu Yaman diperintah oleh Bazan. Bazan akhirnya masuk Islam selepas Rasulullah hijrah ke Madinah sebelum Futuh Mekah. Orang orang Yaman masuk Islam dengan Islamnya Bazan dan Rasulullah Saw mengekalkannya sebagai Gabenor Yaman sampai dia mati



Abrahah masih belum puas hati, dia mahu pujuk Najashi lagi. Lalu dia membina sebuah gereja yang paling besar ketika itu di Yaman. Abrahah namaknnya Al Qulais القليس. Abarahah menghantar lapuran kepada Najashi bahawa dia telah membina sebuah gereja yang paling besar di Yaman dan dia akan memerintahkan semua kabilah Arab datang membuat haji di Yaman. Mulalah Abrahah menghantar utusannya kepada kabulah-kabilah Arab supaya mereka datang haji di Al Qulais. Bila berita ini sampai pada salah satu kabilah Arab yang paling memebesarkan kaabah iaitu Ahlun Nasi' أهل النسيئ . Ada salah seorang dari mereka datang senyap seyap ke Al Qulais lalu dia buang air besar disitu dan disapunya kedinding Al Qulais.

Bila Abrahah tahu bahawa orang yang membuat angakra ini kepada Al Qulais adalah dari Ahlun Nasi' yang sagat membesarkan dan mencintai Kaabah. Abrahah naik berang lalu mempersiapkan tenteranya untuk meruntuhkan Kaabah. Dia membawa sekali gajahnya yang besar yang bernama Mahmud. Dalam perjalanan Abrahah menuju ke kaabah ada beberapa kabilah Arab datang menyerang tentera Abrahah untuk menyekatnya dari meruntuhkan Kaabah. Namun semuanya dikalahkan dengan mudah oleh tentera Abrahah yang gagah dan lengkap dengan senjata itu. Bila Abrahah sampai ke Taif, orang Taif tak berani nak menyekat Abrahah. Sebaliknya mereka berlepas tangan dari Kaabah, bahkan mereka menghantar wakil mereka untuk menunjukkan jalan dan Kaabah kepada Abrahah. Nama wakil orang orang Taif ini Zu Rughal ذو رغل, Sebelum sampai ke Kaabah Zu Rughal mati, dia ditanam ditempat kematiannya. Setelah itu kuburnya jadi tempat orang Arab merejam sebagai penghinaan kepada orang yang khianat kepada kaumnya. Sampai hari ini nama Zu Rughal ini jadi perumpamaan kepada orang yang khianat dikalangan orang Arab. Orang yang khianat disebut Zu Rughal.

Jadi bila tentera Abrahah sampai dekat dengan Mekah, mereka merampas binatang-binatang ternakan orang orang Mekah. Diantara yang mereka rampas 200 ekor unta Abdul Mutallib. Abdul Mutallib datuk Nabi kita yang ketika itu merupakan ketua Mekah datang mengadap Abrahah. Bila Abdul Mutalib masuk mengadap Abrahah, Abrahah turun duduk dibawah dengan Abdul Mutallib kerana menghormati Abdul Mutalib. Melihat perawakannya saja sudah jelas kehebatan dan ketokohannya. Abdul Mutallib minta Abrahah kembalikan binatang ternakannya dan binatang ternakan orang Mekah yang telah dirampas oleh tentera Abrahah. Abrahah terkejut mendengar permintaan itu, Abrahah fikir Abdul Mutallib nak minta belas kasihannya supaya jangan ganggu Kaabah. Kata Abdul Mutallib, Wahai Abrahah, aku ini tuan unta unta ini sebab itulah aku minta dibebaskan unta unta ini, Kaabah itu ada tuannya, yang menjaganya, kalau Kaabah itu Rumah Allah pasti Allah menjaganya

للبيت رب يحميه
Kaabah ada Tuhan yang menjaganya

Dengan itu Abrahah mengembalikan ternakan yang dirampas dan berjanji tidak akan mengganggu orang Mekah, yang penting dia nak robohkan Kaabah. Jadi Abdul Mutallib pulang ke kaumnya membawa semula binatang ternakan mereka yang dirampas dan mengajak mereka keluar dari Mekah ke bukit yang berhampiran. Dari bukit itulah orang orang Mekah dengan hati yang hiba dan cemas memerhatikan apa yang akan dilakukan oleh Abrahah kepada Kaabah.

Pada hari yang telah takdirkan oleh Allah Abrahah mengarahkan tentera bergajahnya ke arah Kaabah untuk merobohkan Kaabah. Maha Besar Tuhan, dengan kuasa Allah Rabbul kaabah, gajah tidak mahu bergerak walaupun dipukul, bila digerakkan ke arah lain dia mahu bergerak, bila dihalakan ke arah kaabah gajah tak mahu bergerak. Ketika itu juga kelihatan awan hitam dilangit, bila kehitaman hitam itu makin dekat rupanya sekumpulan burung burung Ababil setiap seekor burung bawa tiga biji batu kecil. Bila tentera Abrahah tiba burung burung ini melepaskan batu batu kecil ini kepada tentera Abrahah. Maha Besar Tuhan yang maha Gagah, bila batu batu kecil ini mengenai tentera Abrahah mulalah daging-daging mereka berguguran dan menjadi cair. Ramai tentera Abrahah yang mati, bila Abrahah melihat hal itu dia lari menyelamatkan diri tapi batu sudah mengenai badanya. Akhirnya Abrahah dan semua tenteranya semuanya mati tampa kecuali. Allah telah menceritakan pada kita umat akhir zaman cerita ini dalam Al Quran.

ألم تر كيف فعل ربك بأصحاب الفيل الم يجعل كيدهم في تضليل وأرسل عليهم طيرا أبابيل ترميهم بحجارة من سجيل فجعلهم كعصف مأكول

Terjemahanya :

Maha Besar Tuhan, dengan peristiwa ini bertambah besarlah penghormatan orang orang Arab kepada Kaabah terutama bangsa Quraish dan orang orang Mekah yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepala mereka sendiri. Dengan itu tahun itu dinamakan Tahun Gajah عام الفيل. Bermula dengan kejadian ini orang Arab menyusun taqwim mereka dengan peristiwa ini. 5 tahun sebelum tahun gajah, 2 tahun selepas Tahun Gajah, dan seterusnya. Maka Rasulullah SAW Nabi Besar junjungan kita dilahirkan pada tahun ini. Iaitu pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah

Selepas itu, ketika Yaman diperintah oleh keturunan Tabban yang bernama Zu Nuwas. Ketika itu ada seorang rahib Nasrani dari Syam yang beragaman tauhid. Dia keluar dari Syam untuk berdakwah ke Afrika. Dalam perjalanan dia diserang oleh perompak, ditangkap dan dijual kepada seorang lelaki dari Najran. Kemudian lelaki itu berpindah ke Jazirah Arab. Menurut sejarah nama rahib ini Femeon. Femeon telah menjadi hamba. Disamping dia berkhidmat dengan tuannya dia juga beribadat diwaktu rehat dan sangat kuat beribadat dengan agamanya. Satu malam tuannya masuk ketempat Femeon lalu didapati Femeon ini bercahaya cahaya. Tuannya tanya apa rahsianya. Femeon mengambil peluang berdakwah kepada tuannya tentang agama Nasrani. Orang Najran ketika itu menyembah pokok. Kata Femeon kepada tuannya, bagaimana kalau Tuhan aku dapat mengalahkan tuhan kamu, apakah engkau mahu menyembah Tuhan aku? Kata Najran itu, kalau memang Tuhan kamu dapat mengalahkan tuhan aku, aku masuk agama kamu. Lalu dikumpulkan orang ramai ditempat adanya pokok yang menjadi sembahan orang-orang Najran. Femeon datang ke situ bersembahyang dan berdoa kepada Allah agar memberi hidayah kepada orang orang Najran kepada agama tauhid. Akhirnya Allah datangkan kilat membakar pokok itu. Dengan peristiwa itu orang orang Najran semuanya masuk agama Nasrani.

Selepas itu ada seorang lelaki dari Najran bernaama Abdullah bin Tsabit dan beberapa orang pendeta Nasrani dari Najran berpindah ke Yaman. Mereka beribadah secara rahsia di Yaman kerana takut kepada orang orang Yahudi Yaman. Ketika itu Yaman masih diperintah oleh Tubba' yang bernama Zu Nuwas. Ketika itu Zu Nuwas sedang mencari pengganti kepada ahli sihirnya yang dah tua. Dia memilih seorang remaja yang paling cerdik di negerinya untuk mewarisi ilmu sihir dari tukang sihirnya. Setiap hari remaja ini pergi belajar sihir dari tukang sihir raja yang tinggal di bukit. Didalam perjalanan remaja ini ketempat gurunya dia lalu ditempat salah seorang Rahib dari Najran tadi. Dia dapat dengar rintihan Rahib ini dalam ibadahnya, akhirnya dia jatuh hati dengan rintihan dan doa Rahib ini dan mula masuk belajar dengan Rahib ini. Dalam masa yang sama dia juga belajar ilmu sihir dari tukang sihir raja. Lama-kelamaan dia jadi benci dengan sihir dan tidak pergi lagi belajar dengan tukang sihir raja. Dia hanya pergi belajar dengan Rahib tadi. Tukang sihir melapurkan kepada Raja. Lalu Raja menangkap remaja ini, diazab dan dipaksa dia keluar dari agama Tauhid yang dia belajar dari Rahib. Remaja ini tetap dengan pendiriannya hingga Raja Zu Nuwas atau Tubba' Zu Nuwas memerintahkan agar remaja ini dibunuh. Untuk membunuhnya pengawal raja bawa dia ketengah laut untuk dicampakkan ke tengah laut, sampai tengah laut datang ribut, sampan terbalik semua pengawal raja mati tetapi remaja ini pulang mengadap raja dengan selamat, Maha Besar Tuhan. Raja perintah supaya dia dicampak dari atas gunung pula, rakyat semua menyaksikan peristiwa ini. Bila tentara raja nak campak remaja ini dari atas gunung berlaku gempa bumi, semua tentera raja yang membawa remaja ini jatuh dari atas gunung dan remaja ini selamat.

Berbagai cara digunakan oleh Tubba' Zu nuwas untuk menghapuskan remaja beriman ini tetapi tetap tidak berjaya. Akhirnya remaja ini memberi tahu rahsianya kepada Tubba', wahai Tubba' Zu Nuwas, kalau kamu mahu membunuh aku juga hendaklah kamu mengumpulkan rakyat semua dan ikat aku di pokok kemudian ambil panahku ini dan panahlah aku dengan menyebut: dengan nama Allah Tuhan remaja ini. Kalau kamu laksanakan apa yang aku cakap ini baru kamu dapat membunuh aku. Bila Zu Nuwas melaksanakan seperti yang disebut oleh remaja beriman ini barulah Tubba' berjaya membunuh remaja beriman ini. Namun semua rakyat yang menyaksikan peristiwa ini berkata: bagaimana Zu Nuwas dengan kekuasaan dan kegagahannya tidak berjaya membunuh remaja ini melainkan dengan menyebut ; Dengan nama Allah Tuhan remaja ini. Dengan peristiwa itu Allah campakkan iman kedalam hati 20 ribu rakyat Yaman ketika itu, semua mereka beriman dengan agama Tauhid.

Tubba' Zu Nuwas yang terlalu marah dengan peristiwa itu akhirnya memerintahkan tenteranya menggali lubang yang besar dalam bahasa Al Quran disebut " Ukhdud " dan dipenuhkan kayu api didalamnya kemudian dinyalakan api yang besar. Sesiapa yang tidak mahu murtad dari agama tauhid akan dicampakkan kedalam api itu. Hal ini Allah ceritakan pada kita didalam Al Quran dalam surah Al Buruj





والسماء ذات البروج واليوم الموعود قتل أصحاب الأخدود النار ذات الوقود إذ هم عليها قعود وهم على ما يفعلون بالمؤمنين شهود وما نقموا منهم إلا أن يؤمنوا بالله العزيز الحميد
Terjemahannya:

Rasulullah SAW juga ada menceritakan dalam Hadis. Diantara kisah yang sangat mneyentuh, dari kalangan ramai itu ada seorang ibu dengan bayinya yang masih menyusu. Siibu merasa takut dan teragak-agak kerana merasa kesian dengan bayinya yang masih kecil itu untuk dimasukkan kedalam api Tubba’. Ketika itu bayinya talah bercakap kepada ibunya:

يأماه ألقي بنفسك فإنك مقبلة على الجنة
Wahai ibu, jangan takut terjun saja kedalam api itu, sesungguhnya ibu sedang menuju ke suyurga.

Kesemua 20 ribu itu dibunuh kerana mereka beriman dengan Allah yang esa. Mereka tak buat apa apa kesalahan, mereka tidak menentang Raja tapi kerana mereka beriman, Tubba' bakar mereka semua. Dari semua itu ada seorang lelaki yang selamat namanya Daus bin Tsa'labah, dia berjaya melarikan diri dan pergi mengadu kepada Qaisar raja Rom yang juga beragama Nasrani. Menyalalah kemarahan Qaisar bila mendengar Zu Nuwas membakar orang-orang Nasrani di Yaman. Qaisar mengirim wakilnya kepada Najashi raja Habsyah raja Nasrani yang paling dekat dengan Yaman supaya menghantar tentera memerangi Tubba' raja Yaman itu. Najasyi yang juga sangat marah bila mendengar cerita Daus itu terus menyiapkan tentaranya seramai 70 ribu orang. Satu jumlah tentera yang sangat besar ketika itu yang belum pernah berlaku lagi di Jazirah Arab. Tentara ini diketuai oleh panglimanya yang bernama Aryath أرياط - - didalam barisan panglima tentera itu juga ada seorang paglima yang bernama Abrahah.

Bila berlaku peperangan antara tentera Aryath dan tentara Tubba’ Zu Nuwas, tentera Tubba’ telah kalah. Zu Nuwas melarikan diri dan masuk kedalam laut membunuh diri. Dengan itu orang Habsyah menguasai yaman dan Najasyi melantik Aryath menjadi Gabenurnya di Yaman. Bila Aryath menjadi Gabenur dia mula menzalimi rakyat Yaman dan juga tentera tenteranya sendiri. Akhirnya tenteranya yang tak tahan dengan sikap Aryath ini memberontak dibawah pimpinan Abrahah. Bertembunglah dua kumpulan dalam tentera Habsyah, satu yang menyokong Aryath satu lagi yang menyokong Abrahah. Abrahah yang tak mahu berlaku peperangan sesama tentera Habsyah mengajak Aryath bertarung satu lawan satu. Siapa menang dia memerintah Yaman. Dalam pertarungan itu Abrahah berjaya membuhuh Aryath tapi sebelum Aryath terbunuh dia sempat menebas hidung Abrahah. Maka serpihlah hidung Abrahah. Sebab itulah Abarahah ini digelar Abrahah Al Asyram أبرهه الشرم Abrahah yang serpih hidungnya. Dengan itu Abrahah memerintah Yaman.

Bila berita ini sampai pada Najashi, Najashi murka dengan Abrahah yang berani membunuh gabenur yang dilantik oleh Najashi. Najashi bersumpah akan memimpin sendiri tenteranya ke Yaman dan tak akan kembali ke Hasyah melainkan setelah dapat memijak mijak tanah Yaman dan membotakkan kepala Abrahah sebagai satu tanda penghinaan kepada Abrahah. Abrahah ketakutan, dia tak berani melawan Najashi. Namun dengan kepintarannya dia menghantar utusannya mengadap Najashi dan dia hantar bersama utusan ini rambutnya dan tanah Yaman. Katanya kepada Najashi: Wahai Tuanku Najashi, ini Abrahah sudah menyempurnakan sumpah Tuanku. Ini rambut Abrahah dan ini tanah Yaman untuk Tuanku pijak-pijak. Abrahah tetap taat setia dan tunduk kepada Tuanku Najashi. Dengan itu Najashi tidak jadi memerangi Abrahah. Selesailah masalah Abrahah dengan Najashi

Bagaimana pula agama Nasrani, Yahudi dan Majusi bertapak di Jazirah Arab? Orang Najran ketika itu beragama Nasrani, orang Yaman sebahagiannya Yahudi, sebahagian Nasrani, Yathrib yaitu Madinah dan Khaibar pula didatangi oleh orang Yahudi dari Syam. Yahudi paling ramai di Yaman tetapi selepas itu Farsi yang menganut Majusi menawan Yaman. Ketika Rasulullah diutuskan Yaman diperintah oleh kerajaan Farsi. Mari kita ringkaskan cerita yang panjang ini.

Satu ketika Rabiah bin Nasr penguasa Yaman telah bermimpi satu mimpi yang pelik . Mimpi itu telah ditafsirkan oleh Ahli nujum yang menguasai kehidupan masyarakat ketika itu, Kata mereka, mimpi itu bermaksud orang orang Habsyah akan menguasai Yaman sekitar 60 ke 70 tahun lagi. Rabiah ini takut hal itu berlaku keatas zuriatnya, lalu dia membawa semua ahli keluarganya meninggalkan Yaman. Mereka berpindah ke Hirah satu tempat yang berdekatan dengan Irak. Akhirnya mereka menguasai Hirah. Raja Nuaim bin Munzir, raja Hirah itu adalah dari keturunan Rabeah bin Nasr ini.

Ketika itu raja Rom dipanggil Qaisar dan raja Farsi dipangil Kisra, raja habsyah dipanggil Najasyi, dan raja Yaman dipanggil Tubba'. Dalam Al Quran Allah ada menceritakan perihal kaum Tubba' yaitu orang orang Yaman. Ketika itu Yaman diperintah oleh Tubaa' yang bernama Tabban bin As'ad. Dia seorang raja yang terkenal dan selalu keluar berdagang dan melancung. Satu ketika dia keluar berdagang ke Syam ditemani oleh anaknya dan tentara-tenteranya. Sebelum ke Syam mereka singgah di Madinah dulu, anaknya ditinggalkan di Madinah menguruskan perniagaannya di Madinah. Sewaktu Tabban bin As'ad ini pergi ke Syam berlaku selisih faham antara anaknya dan orang orang Madinah sehingga orang orang Madinah membunuh anaknya. Bila Tabban dapat berita ini dia berpatah balik untuk menuntut bela di atas kematian anaknya. Berlaku peperangan antara orang Yaman dan orang Madinah.

Dalam peperangan itu ada satu hal yang sangat menjadi kehairanan bahkan satu yang sangat menarik bagi Tabban. Orang Madinah kerana terlalu pemurah, mereka berperang disiang hari bila sampai waktu malam mereka berenti perang. Di waktu malam orang-orang Madinah menghantar makanan dan minuman kepada tentara Tabban yang memerangi mereka pada siang hari. Sampai begitu mereka memuliakan tetamu walaupun tetamu itu adalah musuh yang memerangi mereka di siang hari. Namun Tabban tetap nak tuntut bela keatas kematian anaknya.

Di tengah peperangan itu datang kepada Tubban pendeta-pendeta Yahudi yang datang dari Syam. Mereka minta nak bertemu dan berbincang dengan Tabban. Setelah mengadap Tubban mereka bertanya apa yang Tubban mahu dari peperangan ini. Tabban memberitahu mereka bahawa dia mahu menghancurkan Madinah. Kata pendeta Yahudi kepada Tabban, kamu tidak akan berjaya, sebaliknya Allah akan musnahkan kamu kerana Madinah ini adalah tempat hijrah Nabi. Begitulah menurut kitab kitab kami. Tabban telah berminta dan tertarik untuk mendalami tentang Taurat. Akhirnya dia memeluk agama Yahudi dan berhenti dari memerangi orang-orang Madinah.

Selepas itu dia dan tenteranya ke Mekah. Ketika itu Bani Huzail memusuhi orang Mekah dan mereka juga tak suka kepada orang Yaman. Mereka mengambil peluang ini untuk melaga lagakan orang Yaman dan orang Mekah. Mereka menceritakan pada Tabban bahawa di Mekah ada satu banggunan iaitu kaabah, di mana dibawah kaabah ini terdapat banyak emas dan permata. Memang ketika itu orang orang Arab menanam emas dan permata di Kaabah sebagai memuliakan Kaabah. Bila Tabban mendengar hal ini datang perasaan tamaknya untuk menguasai harta itu. Terus dia persiapkan tenteranya untuk menyerang Mekah dan Kaabah pula. Pendeta-pendeta Yahudi yang masih ada bersama mereka kerana mengajar mereka agama Yahudi telah menasihat Tabban agar jangan menyerang Mekah dan Kaabah. Kata mereka, yang kami tahu Kaabah inilah satu satunya rumah Allah di atas muka bumi ini. Kalau kamu serang Kaabah, Allah yang akan musnahkan kamu. Tabban menerima nasihat ini dan bertanya pendeta apa yang patut dia buat bila dia masuk Mekah nanti. Kata pendeta yahudi, bila engkau masuk Mekah nanti engkau besarkan Kaabah ini. Macam mana? Tanya Tabban, kata pendeta, engkau tawaf keliling Kaabah. Tabban tanya pendeta : apakah kamu akan tawaf juga? Kata pendeta, kami pun nak tawaf tapi oleh kerana Kaabah ini ketika ini dipenuhi dengan berhala sekelilingnya jadi kami para Ulamak tak sepatutnya tawaf dalam keadaan begini. Tabban telah melaksanakan nasihat pendeta Yahudi. Semasa dia di Mekah dia melihat dalam tidurnya dia memakaikan kelambu pada Kaabah. Tabban memerintahkan orang-orangnya menyiapkan kelambu Kaabah. Dengan itu orang yang pertama memakaikan kelambu pada Kaabah ialah Tabban bin As'ad raja Yaman ini. Selepas itu barulah kabilah Arab menyambung tradisi ini.

Bila Tabban balik ke Yaman dia perintahkan semua rakyatnya menagnut agama Yahudi tapi rakyatnya tak setuju. Rakyat yaman ketika itu menyembah api. Disetiap rumah mereka ada rumah api, kalau mereka bergaduh sesama mereka mereka akan pergi kepada rumah api ini, bila rumah api dibuka siapa yang kena sambar api dulu dialah yang salah. Jadi mereka ambil keputusan untuk berhakim dengan api dalam masalah arahan Tabban ini. Taban pun setuju, dihari yang ditentukan dibawa pendeta Yahudi ke rumah api begitu juga dengan pendeta Majusi yang menyembah api. Bila dibuka pintu rumah api, api menyambar pendeta Majusi, mereka lari menyelamatkan diri. Rakyat tak puas hati, diulang lagi kali kedua, kali ini pendeta Majusi dipaksa jangan lari. Kali inipun api menyambar pendeta Majusi dan akhirnya pendeta Majusi mati terbakar api di situ. Melihatkan peistiwa itu semua rakyat Yaman memeluk agama Yahudi. Begitulah Allah menunjukkan kebesarannya dalam memenangkan agamanya.

Word Formation Processes

Selepas itu datang seorang tokoh Arab dari Bani Khuzaa’h bernama Amru bin Luhayy. Bani khuzaa’h ini telah telah menyerang Bani Jurhum dan menghalau mereka keluar dari Mekah seterusnya Bani Khuzaa'h mengusai Mekah. Amru bin Luhayy inilah orang pertama yang memperkenalkan berhala kepada kaumnya yang kemudian tersebar ke seluruh kabilah Arab yang lain. Memang Amru ini seorang yang kaya dan dermawan, dialah yang menyediakan keperluan orang-orang yang datang mengerjakan haji ke Mekah. Kekayaan dan demawanya itulah yang telah mempengaruhi orang sehingga mereka mendengar cakapnya dan akhirnya menurut perintahnya agar menyembah berhala. Kemudian Amru menukar talbiah Tauhid kepada talbiah syirik. Talbiah tauhid itu , itulah yang jemaah haji baca ketika Ihram.

لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك

Ketaatan hanya untukMu ya Allah, tiada sekutu bagi Mu,sesunguhnya pujian

dan nikmat hanya untukMu,tiada sekutu bagiMu

Amru bin Luhayy telah menambah Talbiah ini kepada :

لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك إلا شريك هو لك تملكه وما ملك

Tiada sekutu bagiMu

melainkan sekutu yang menjadi milikMu engkau

memilikinya dan segala kepunyaanya

Talbiah yang mengesakan Tuhan ini diubahnya menjadi talbiah yang mensyirikkan Tuhan. Bukan setakat itu saja, lepas itu Amru mencipta binatang binatang yang suci pula yang ditaqdiskan antaranya Saaibah, Bahiirah, Haami. Hami ini adalah unta betina yang telah melahirkan sepuluh ekor unta jantan maka ketika itu unta tersebut dinakan Haami dan tidak boleh ditunggang lagi, tidak boleh disembelih, tak boleh disakiti tapi sebaliknya dimuliakan dan dipuja.

Bermula dari situ setiap Kabilah mempunyai berhala mereka sendiri pula. Hubal berhala orang mekah, Wud berhala bani kilab, Suwa' berhala Bani Huzail, Yaghuus berhala Bani Thoyyik dan penduduk Jerash, Yauu'qa berhala Bani Hamazan dan Nasr berhala orang Yaman. Satu kisah menarik, ada berhala yang namanya Isaf dan Naelah, dua berhala yang disembah di kaabah. Sejarah menceritakan Isaf ini asalnya seorang pemuda dari Yaman begitu juga Naelah seorang gadis dari Yaman, mereka sama sama cinta mencintai tapi keluarga tak setuju mereka kahwin. Ringkasnya mereka berjanji bertemu di mekah di musim haji. Akhirnya ketika orang semua tak perasan mereka zina di tepi Kaabah. Lalu Allah tukar mereka berdua menjadi batu. Lepas itu Isaf diletakkan di Safa dan Naelah diletakkan di Marwah sebagai pengajaran dan peringatan kepada orang lain. Bila Amru bin Lahayy datang ke Mekah, dia pindahkan kedua dua batu ini ke kaabah. Ketika itu masyarakat dah mula lupa asal usul batu ini dan akhirnya mereka menjadikan dua batu ini berhala yang disembah. Begitulah penyembahan berhala makin meluas di Semenanjung Arab.

Pernah Saidina umar setelah menjadi Amirul Mukminin dilihat oleh para sahabat menangis dan kemudian tertawa tanpa sebab yang lahir, akhirnya ada yang berani bertanya, Wahai Amirul Mukminin apa rahsia kami melihat tuan menangis kemudian tersenyum tanpa sebab lahir yang kami faham. Maka Saidian Umar menceritakan, dulu aku dan orang orang Quraish sebelum Allah datangkan rahmat Islam, kami sangat benci pada anak perempuan. Ketika aku dapat anak perempuan, dari saat kelahirannya lagi kebencianku sudah bermula, aku pendam rasa benci itu, aku sabar sampailah umurnya 6 tahun, aku dah tak tahan lagi, jadi aku bawa dia kepadang pasir dan aku gali lubang, dia yang ingat aku membawanya berkelah dan untuk bermain main, dia juga turut membantuku menggalai lubang, bila lubang dah siap aku tolak dia kedalam lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir, anakku yang masih belum tahu niatku, masih ingat aku bermain main, dia tolong mengibaskan pasir-pasir dari jangut dan pakaianku, tapi akhirnya aku timbus dia hidup-hidup tampa belas kasihan. Inilah kehidupan kami sebelum kedatangan Rasulullah, kami memuliakan anak lelaki dan menghina anak perempuan bahkan membunuh mereka hidup hidup. Itulah rahsianya, bila aku teringat kisah ini aku menangis. Maha Besar tuhan, Maha Baik Tuhan yang yang menghantar Rasulnya yang membawa satu syariat yang meletakkan perempuan ditempat yang mulia. Marilah kita bersyukur diatas nikmat ini.

Adapun rahsia tersenyumku, satu hari aku keluar dari Mekah, kami kalau keluar dari Mekah biasanya akan membawa bersama batu dari Mekah untuk jadi sembahan kami, tapi hari itu aku lupa nak bawa batu tapi akau ada bawa tamar jadi aku buat berhala dari tamar dan aku sembah tuhan ini, bila makan aku habis mulalah akan makan Tuhan aku ini sedikit demi sedikit. Bila aku teringat kisah ini aku ketawa sendiri. Begitulah kehidupan bangsa Arab Jahiliah. Moga dengan itu kita dapat merasakan bagaiman kebesaran Islam yang telah mengubah bangsa Arab jahiliyah ini kepada peribadi peribadi yang sangat agung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...