kelab rakan masjid: Julai 2011

mee siput datang lagi!!!


anda lapar???


igauan mee siput menjelma???




bersempena dengan ramadhan yang akan berkunjung tidak lama lagi ahli KELAB RAKAN MASJID yang terdiri daripada  lujnah ekonomi,lujnah aktiviti bergandingan lujnah penerangan bersama rakyat-rakyat yang lain terlibat dalam pembikinan mee siput PART 2 ini..jom hayati kisah pembikinan mee siput kali ini


abm(alat bantu memasak) utama: sealer (pandangan sisi)




pandangan atas



proses penuangan sos yang menggugah emosi..kesabaran di perlukan di sini


gumpalan sos yang telah sedia di bungkus,,lazatnyeee!!!


stok-stok mee siput yang sedia untuk dieksport ke serantau asia


cubaan mencuri oleh???



pandangan dari atas mee siput yang nampak rangup...krupp krupp


phew...siap akhirnya...alhamdulillah


''mai pakat beli mai"' kate encik doremon si buntal




selain sesuai dijadikan sarapan..mee siput sangat fleksibel untuk dimakan pada waktu tengahari rembang, petang, malam mahupun waktu sahur..

di sini kami lujnah dan semua ajk KRM ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK yang mulia...nantikan mee siput part 3...errr...kalau ada insya ALLAH...selamat menjamu selera^^



pengerusi majlis: akh hafifi


panel1: ustaz zamri


panel 2: ustaz kamil



muslimin yang hadir




turut hadir: YDP dan mantan YDP 
turut hadir: encik abdul rahman

Add caption







muslimat yang hadir




jualan buku



alhamdulillah...selamat sudah  ifthar jama'ie yang telah diadakan pada hari khamis yang lalu bersamaan 30 jun 2011.satu aktiviti sudah lama menyepi dek mungkin kesibukan ahli-ahli KRM yang bekerjaya.



gambar air sahaja yang sempat ditangkap dek akibat makanan sudah habis licin dihabiskan oleh jemaah dalam kadar beberapa minit sahaja

dan inilah hasilnya..





walaupun kekenyangan namun kuliah ustaz tetap tidak ditinggalkan

khusyuk mendengar selepas mendapat tenaga selepas makan




usai kuliah, semua bergegas untuk solat..cepat!!cepat!!ambil wudhuk nanti terlepas jemaah


 alhamdulillah satu permulaan yang baik untuk semester ini walaupun terdapat sedikit masalah tetapi insya ALLAH pada ifthar yang akan datang segala masalah ini akan diselesaikan..


tahniah kepada ajk ifthar yang bertungkus lumus berhempas pulas membanting peluh dan tulang dalam menjayakan ifthar yang julung-julung diadakan pada semester ini..


jadi warga IPGKSM di luar sana ape tunggu lagi..marilah sama-sama kita mengimarahkan surau dengan aktiviti ini.jika mahu memberi nama silalah tampil ke kelas PAI 1 atau PAI 2 bayaran hanya rm3 sahaja..wallahualam 


Add caption

alhamdulillah pada 5 julai 2011 bersamaan 4 rejab 1432 hijriah telah diadakan satu ceramah isra mikraj di surau al-firdaus yang indah nan permai. walaupun isra mikraj sudah berlalu beberapa hari yang lepas iaitu pada 27 rejab yang lalu, tetapi ia tidak melunturkan semangat muslimin dan muslimat untuk menjayakan ceramah ini dan tunggak utama semestinya ustaz abdullah yang bertindak selaku penceramah malam itu.







usai solat maghrib, ceramah disampaikan oleh ustaz abdullah dengan penuh semangat yang membuatkan para hadirin tidak melepaskan pegangan pen dari menulis butir-butir ilmu yang keluar dari mulut ustaz. walaupun ada sesetengah pihak yang mengatakan sudah jemu mendengar benda yang sama berulang kali, namun pernahkan terfikir filem P RAMLEE yang ditonton berulang kali tidak pula terasa bosan walhal ianya adalah cerita rekaan semata sedangkan isra' mikraj ini merupakan peristiwa yang benar?? fikir-fikirkan





Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.



itulah antara peristiwa yang dialami rasulullah ketika dimikrajkan..


alhamdulillah bilangan jemaah pada malam itu sangat memberansangkan dan semoga kita sama istiqamah dalam menghadiri majlis ilmu^^




khusyuk mendengar...


antara jemaah yang hadir






Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang ertinya:
“Tidaklah sekelompok orang duduk berdzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala kecuali para malaikat mengelilingi mereka, rahmat (Allah) meliputi mereka, ketentraman turun kepada mereka, dan Allah menyebut-menyebut mereka di hadapan (para malaikat) yang ada di sisi-Nya.” (HR. Muslim, no. 2700).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...