kelab rakan masjid: Ogos 2011

rasa mengantuk??


letih??


bosan??


jom menjamu mata anda dengan gambar-gambar sempena ramadhan yang menarik ni!!































TO BE CONTINUED.....(we will put the picture capture soon)^^


happy 18 ramadhan eid mubarak





























Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.


1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap

Pada hari sabtu yang lepas, satu program yang menarik telah berlangsung di surau al-firdaus iaitu Program Rehlah Badar Masyi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para peserta menghayati peristiwa perang Badar yang berlaku di dalam Bulan Ramadan.Program ini telah berjaya diadakan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta .


Program ini bermula dengan qiamulail. Peserta telah turun untuk qiamulail bersama-sama dengan urusetia seawal jam 4.30 pagi. Setelah selesai melakukan qiamulail, para peserta bersahur beramai-ramai dengan menjamah sedikit makanan yang telah disediakan. Walaupun sedikit, tetapi berbaloi untuk mengalas perut hingga ke waktu berbuka. Para peserta kelihatan berselera menjamah makanan yang dihidangkan walaupun hanya beberapa  keping roti dan beberapa teguk air.Di sini, kita sudah dapat melihat nilai-nilai yang diamalkan oleh nabi diterapkan supaya para peserta menghayati Rehlah Badar Masyi ini. 


Setelah semua perut di isi, tibalah masanya untuk menyahut seruan ilahi, semua para peserta mengerjakan solat subuh berjemaah bersama-sama.


Setelah selesai mengerjakan rukun iman yang kedua, program diteruskan dengan tayangan video mengenai Rehlah Badar Masyi . Tayangannya sangat menarik dan telah menarik perhatian para peserta.Hilang rasa mengantuk yang menguasai.Semua mata tertumpu pada skrin yang memaparkan sejarah dan kronologi peristiwa Perang Badar yang berlaku di zaman Rasulullah iaitu perang yang pertama dalam islam. 

Kemudian, para peserta diberi masa rehat dan mengurus diri untuk mengikuti tentatif seterusnya.





Seterusnya, para peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing - masing ,di dalam kumpulan juga peserta dikehendaki pergi ke setiap checkpoint untuk mendapatkan tugasan yang telah ditetapkan. di sini, kami sangat diuji bila mana hujan turun dengan lebatnya tanpa henti. ini menyebabkan kami terpaksa menukar kepada PLAN B kami iaitu ber 'masyi' di susur galur gajah. namun, hujan yang turun ini tidak sedikitpun mengganggu gugat semangat ajk dan para peserta untuk ber 'masyi'..inilah dikatakan hujan rahmat..walaupun hakikatnya pada perang badar hujan turun pada waktu malam sebelum mereka pergi berperang





















checkpoint 1 : Belakang dewan Ibnu Khaldun
Tugasan : Para peserta diberikan sedikit taklimat mengenai peraturan dan perjalanan program . Peserta diberikan kertas majong untuk pembentangan di akhir program.










checkpoint 2 : di Perpustakaan
Tugasan         : Peserta dikehendaki mencari sampul surat yang terdapat nombor kumpulan                  masing-masing.Di dalam sampul surat tersebut mengandungi soalan yang perlu dibentangkan dan dibincangkan di akhir program. Peserta juga telah diberikan senarai beberapa orang para sahabat yang terlibat di dalam perang badar dan perlu mengingati nama-nama tersebut untuk disebutkan selepas pembentangan.


walaupun hujan turun dengan lebatnya, namun langkah tetap diayun dengan penuh waja
checkpoint 3 : di Kafe
Tugasan : Mendengar tazkirah mengenai Perang Badar


checkpoint 4 : di Surau
Tugasan : Para peserta perlu membentangkan soalan yang diterima


















 Setelah tamat membentangkan soalan yang di terima, majlis penutup pula menyusul melabuhkan tirainya. Di isi dengan ucapan YDP Majlis Perwakilan Pelajar kita iaitu saudara Wan Nurlail bin Wan Said menunjukkan berakhirnya program Rehlah Masyi ini. Kemudian, acara menyampaikan hadiah di sampaikan kepada kumpulan pemenang.Di harap program seumpama ini dapat diteruskan lagi supaya dapat memupuk kerjasama dan menjalinkan ukhuwah sesama kita...


Sekian......








coming soon this AUGUST!!!


JOM SERTAI!!!!!!!!!!!!!!!!!!




tak tahu nak buat apa masa rehat??


DHUHA lah jawapannya!!





kepada seluruh warga IPG Kampus Sultan Mizan anda semua dijemput untuk mengimarahkan surau Al-Firdaus di bulan ramadhan kareem ini untuk menunaikan solat dhuha bersama memandangkan waktu REHAT  kita tidak lagi singgah ke kantin untuk makan..



LOKASI: SURAU AL-FIRDAUS IPGKSM
MASA: 10.00-11.00 PAGI


SOLAT DHUHA MENARIK REZEKI DAN MENOLAK KEPAPAAN

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.

Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis 
riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)




asyik isi bagi makanan kat perut ja,  mai pakat bagi makanan pada rohani pula^^

Assalaamualaikum.

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu akbar..



10 ogos 2011 bersamaan 10 ramadhan 1432..
berlalulah fasa pertama dalam bulan Ramadhan..
moga-moga kita semua tergolong dalam golongan yang Allah limpahkan rahmat dan kehadiran fasa kedua kita memperoleh ampunanNya pula.. Insya Allah.

Walaupun sudah berlalu 10 Ramadhan, namun kehangatannya masih dirasai. tidak wajar andai semangat dan rasa ingin ihya'kan Ramadhan dirasai pada hari pertama, kedua sahaja. tapi perlulah berterusan hingga ke penghujung bulan mulia ini. jadi, sambutlah Ramadhan dengan jiwa yang tenang seperti ketibaan orang yang kita C.I.N.T.A..
dengan ucapan ahlan wasahlan ya Ramadhan..Ramadhan Kareem..Ramadhan Al-mubarak..

............................................................................................

Dalam bulan mulia ini juga banyak kebaikan2 yang singgah di surau Al-Firdaus. Alhamdulillah sedikit transformasi berlaku keatasnya. Moga jasa baik insan-insan berhati mulia menginfaqkan sedikit wang mereka sehinggakan surau kami diperindah dengan kehadiran KARPET baru!

Pada 7 ogos yang lepas termeterailah sejarah karpet baru surau kami. Alhamdulillah. rezeki bulan puasa. walaupun semua berpuasa tetapi tenaga tetap disumbangkan demi surau kita. moga-moga Allah melihat setiap perbuatan kita dan diterima disisinya.

Orang-orang kuat surau iaitu ustaz-ustaz mengetuai kerja kami. mudah bila bekerja beramai-ramai. Jom kita layaan gambar sekitar transformasi surau :)


bekerja keras

tolong menolong

sebelum


tikar tinggal lah sepi


belum grand :)


membanting tulang


karpet pasang terbalik dlm sekelip mata kami bjaya terbalikkan balik :)




ape agaknya Ustaz Yusri dok cakap tuu~




menyapu smbil tazkirah


puasa-puasa pon takpe buat kerja


sepakat


Ustaz Zawaei turut membantu


Ustaz Aziz turut serta


hampir selesai




selesai :)

kalau teringin nak tengok keadaan surau kesayangan kita sekarang, moh ler pakat-pakat ke surau semua. surau juga rumah Allah. bak kata orang, "bilik kawan-kawan kita boleh lepak, tapi bagaimana pula dgn bertandang ke rumah Allah?? tepuk dada tanya iman :) 

sekian..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...