kelab rakan masjid: September 2011




MORE DAYS!!!

alhamdulillah syukur pada Allah pada 18 September 2011 telah selamat diadakan DISKUSI BUKU: DETIK-DETIK KONSTANTINOPEL bersama AL-FADHIL USTAZ AB. HAMID BIN ALI









selama ini kita sering mendengar orang memperkatakan tentang KOTA KONSTANTINOPEL..jadi kali ini ustaz hamid tampil sebagai panel diskusi buku untuk membedah buku yang hasil karya beliau sendiri iaitu DETIK-DETIK KONSTANTINOPEL hasil dari tesis beliau sendiri..

banyak persoalan yang bermain di minda para pembaca akhirnya dapat dirungkaikan menerusi soalan yang diajukan oleh MC, saudara Jeffri kepada panel.

hadirin yang hadir juga banyak melontarkan pendapat dan pengalaman sendiri yang mantap-mantap belaka dan mereka sebenanrya layak juga menjadi panel pada hari tersebut. contoh Encik Zulkifli dari jabatan sains turut berkongsi pengalaman beliau ketika menghadiri seminar adakah Parameswara yang membuka melaka..mungkin lain kali boleh dijemput ya..





MALAM INI FINAL STAGE OF ISLAMI'QUIZ!!!










kita sudah menyaksikan 6 buah pasukan nasyid muslimat  berentap bagi merebut kejuaraan NASYID MKPI 2011..


sekarang, marilah kita sama-sama menyaksikan 


PERTANDINGAN NASYID MUSLIMIN 

yang bertempat di dewan al-khindi (karpet lawa) pada malam ini (18 september 2011) selepas isya'


ayuh!!berilah sokongan pada kumpulan nasyid kegemaran anda... yang pastinya 


SIAPAKAH YANG BAKAL BERGELAR JUARA NASYID MUSLIMIN  BAGI MKPI 2011 INI???


SAMA-SAMA KITA NANTIKAN!!!


p/s:muslimin dan muslimat dijemput hadir^^

alhamdulillah pada tanggal 11 september yang lepas telah diadakan program MALAM AMAN PALESTIN yang bertempat di SURAU AL-FIRDAUS nan indah permai selepas isya'.









tatkala kaki penulis masuk ke surau...terkesima dengan banner AMAN PALESTIN yang sangat besar..sekaligus rasa tiba-tiba semangat hendak berjuang..seperti melangkah ke medan perang pun ada..










kemudian MC majlis iaitu saudara fatha dari PAI 2 mengambil alih tugas dan menjemput penceramah iaitu ustaz mohd al-hadi dari agensi wakil aman palestin








antara yang hadir




dengan pembukaan video yang sungguh menyayat yang menunjukkan ramai rakyat palestin yang tercedera dan terbunuh akibat serangan dari laknatullah YAHUDI, hati sudah cukup untuk membuatkan kami tersentuh dan mengingat kembali kesengsaraan rakyat palestin yang dulunya pernah digembar-gemburkan penderitaannya di dada akhbar namun kini ia semakin dilupakan....




kemudian ustaz  membentangkan slide powerpoint nya yang banyak berkisarkan tentang sejarah palestin. yang menariknya, ustaz turut menyelitkan gambar beliau dan rakan aman palestin yang lain ketika membawa misi keamanan di sana. jadi, penulis turut merasai dan dapat melihat suasana sebenar di palestin tersebut.


kemudian akhirnya ceramah diakhiri dengan video penutup dengan lagu yang menaikkan semangat para hadirin untuk terus berjuang membantu rakyat palestin dan untuk islam..walaupun kita tidak berada di tempat mereka, namun banyak usaha yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka seperti memboikot barangan laknatullah yahudi. 


pada malam itu juga tabung palestin turut dijalankan...


moga semangat kita bukan pada program ini sahaja, moga kekal sampai bila-bila...semoga ada sesuatu yang kita lakukan untuk menyelamatkan saudara seislam kita..insya ALLAH...


TERIMA KASIH PADA YANG SUDIR HADIR MALAM TERSEBUT..MOGA ALLAH RAMHATI KALIAN....



ANDA STRESS DENGAN ASSIGMENT??

INGINKAN HIBURAN??

MARILAH BERHIBUR DENGAN HIBURAN ISLAMI...





DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE DEWAN AL-KHINDI MALAM INI (14 SEPTEMBER 2011)

MASA: 9.00 MALAM

menampilkan 8 kumpulan nasyid yang bakal  berentap bagi merebut kejuaraan tahun ini..

SIAPAKAH YANG BAKAL MENJADI JUARA????

ONLY MUSLIMAT ALLOWED!!






Tayangan Perdana Minggu Penghayatan Islam 2011
   Tempat: Dewan al-khindi
Masa: lepas Isya'
Tarikh : 12 September 2011

VALLEY OF THE WOLVES PALESTINE

SINOPSIS: Filem dibuka dengan adegan pembunuhan di atas kapal Marmara Mavi yang menyoroti pada populariti daerah Turki.


Cerita ini mengkisahkan tiga orang agen Turkiye iaitu POLAT ALEMDAR,MAMETI dan ABDULLAH. yang dilatih khas untuk membebaskan Palestin.misi mereka memburu dan membunuh kepala askar Israel yang mendalangi pembunuhan rakyat Turkiye semasa tragedi Marvi Marmara yang bernama Moshe Ben Layzir dan juga Avi.Disamping itu pengarah filem ini juga sempat bermain dengan dialog-dialog yang menjawab segala dakwaan tidak berasas puak Zionis Israel tentang The Promise Land.Pengarah filem ini juga menyelitkan unsur-unsur kerohanian berupa zikir dan salawat yang menjadi nadi dan tunjang kekuatan rakyat Filistin dalam menentang kekejaman rejim Zionis.Meskipun terdapat unsur Rambostan dalam plot / aksi tembak menembak, cerita ini berupaya membuka mata masyarakat dunia bahawa Turkiye (jika mahu) buleh memijak kepala Zionis tanpa belas kasihan.Mungkin tunggu masa.

........................................................


Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya kpd Allah SAW.. Semalam bertempat di pawagam IPG Sultan Mizan telah release filem ni. Sambutan tidak kurang hebatnya. Apa yang dapat penulis katakan disini, tayangan ini adalah yang paling best yang pernah penulis join. Bukan apa, filem ini memang boleh gugur jantung kalau tengok...!

Permulaan sahaja sudah menggetarkan hati penonton-penonton. Apa yang dapat dilihat, betapa kejamnya Israel Laknatullah terhadap penduduk Palestin. Mungkin apa yang dipertonton hanyalah lakonan semata-mata mengikut pengetahuan dan kreativiti pengarah filem. Namun pernah tak kita terfikir realiti kehidupan saudara-saudara kita disana? adakah lebih teruk lagi dari itu? 

Pertengahan cerita yang sangat pilu menggoncang kantung airmata semua penonton. Kelihatan para penonton terutamanya muslimat mengalirkan airmata pada beberapa scene yang menyedihkan. Bayangkan ibu dan anak dibunuh. Anak yang cacat yang terpaksa duduk diatas kerusi roda ditinggalkan sendirian dalam rumah dan Israel merobohkan rumah tersebut. Penulis ingat lagi beberapa skrip dalam filem itu..

"Allah ma'an (Allah bersamamu)"

Tahniah dan syabas buat team tayangan perdana dan semua yang menjayakan. Tanpa penonton yang sanggup hadir apalah sangat tayangan semalam. :)




.....................................................................



corat-coret malam tadi :)


14 penonton bertuah membawa pulang hadiah masing-masing dalam sesi cabutan bertuah di akhir majlis.

Selepas tamat tayangan filem, disusuli dengan sedikit bingkisan muhasabah buat hati-hati yang dahagakan makanan ruhiyyah. Bagus!

Saudara YDP Wan Norlail berjaya membawa pulang hadiah. Dengar cerita (sumber sohih) masa dapat nombor siap baca doa diaminkan beberapa orang yang ada disekitarnya ditemani hujan renyai-renyai. maqbul doa saudara YDP.

Pengiring YDP untuk memberikan hadiah kepada penonton bertuah , tersengih apabila nombor yang disebutkan adalah miliknya. Dia pun dah ada atas stage.

Kelihatan kelibat Ustaz Zamri  semasa tayangan. Syukran ustaz sudi luangkan masa untuk kami.

Gerai-gerai jualan tidak kurang mendapat sambutan. Sambil menonton sambil mengunyah.

Majlis bersurai sekitar jam 12 malam.




*Tahun depan buat lagi ye :)
sekian




Apakah sumbangan anda pada saudara seIslam di Palestin??ayuh kita selami penderitaan

 dan pengorbanan mereka mempertahankan Islam di sana...so, jom dgr ceramah nie.


CERAMAH AMAN PALESTIN

tarikh: 11.9.2011masa: slpas isyak
tempat: surau al-Firdaus
penceramah : ust. Mohd Al-Hadi Bin Muhamad Al-Hafiz (agensi wakil aman palestin)
semua warga ipg dijemput hadir
*semua muslim dan muslimat sem 1 diwajibkn hadir




Assalamualaikum wbt..






Alhamdulillah... dengan izin dan rahmatNya, pada tanggal 24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan 1432h telah diadakan iftar perdana bersama majlis khatam Al-Quran. Iftar perdana ini melibatkan seluruh warga IPG Kampus Sultan Mizan.

Setiap kelas telah diberi tugasan masing-masing di mana ada yang akan menyiang, memotong daging, memasak, menghidang, dan mengemas. Alhamdulillah, kerjasama yang diberikan sangat memuaskan hati ramai pihak dan diharap untuk jamuan perdana yang akan datang, masing-masing akan memberikan kerjasama seperti ini lagi.

*gambar akan menyusul...


Walaupun raya Aidilfitri telah 10 hari berlalu, namun untuk ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kesekian kalinya rasanya masih relevan. Mohon maaf zahir dan batin dari kami Kelab Rakan Masjid IPG Kampus Sultan Mizan buat semua umat Islam.


.. assalamualaikum warahmatullah ..


sempena MINGGU KEFAHAMAN DAN PENGHAYATAN ISLAM 2011 ..


sebuah tayangan akan di adakan untuk semua warga IPG KAMPUS SULTAN MIZAN khususnya ..




maklumat??
seperti yang tertera di kaca komputer riba anda ..




tarikh : 12 SEPTEMBER 2O11


tempat : DEWAN AL-KHINDI ( yang ada karpet lawa )


masa : 9.15 malam




cerita yang bakal ditayangkan ialah ......














SINOPSIS: Filem dibuka dengan adegan pembunuhan di atas kapal Marmara Mavi yang menyoroti pada populariti daerah Turki.

Cerita ini mengisahkan tiga orang agen Turkiye iaitu POLAT ALEMDAR,MAMETI dan
 ABDULLAH. yang dilatih khas untuk membebaskan Palestin.misi mereka memburu dan membunuh kepala askar Israel yang mendalangi pembunuhan rakyat Turkiye semasa tragedi Marvi Marmara yang bernama Moshe Ben Layzir dan juga Avi.



Disamping itu pengarah filem ini juga sempat bermain dengan dialog-dialog yang menjawab segala dakwaan tidak berasas puak Zionis Israel tentang The Promise Land.

Pengarah filem ini juga menyelitkan unsur-unsur kerohanian berupa zikir dan salawat yang menjadi nadi dan tunjang kekuatan rakyat Filistin dalam menentang kekejaman rejim Zionis.



Meskipun terdapat unsur Rambostan dalam plot / aksi tembak menembak cerita ini berupaya membuka mata masyarakat dunia bahawa Turkiye (jika mahu) boleh memijak kepala Zionis tanpa belas kasihan.




tunggu apa lagi ..AYUH!  WARGA IPGKSM .. !


jangan risau..


TIADA CAJ BAYARAN DIKENAKAN!


MASUK ADALAH PERCUMA!!




dan....




ADA CABUTAN BERTUAH BAGI SESIAPA YANG BERTUAH!!!




jangan lepaskan peluang ini!!! 


semoga tayangan ini dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita semua.


amin. insyaAllah  :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...