kelab rakan masjid: Cinta Ukhwah Fillah

Cinta Ukhwah Fillah

Remaja dan cinta- dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwa tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lalu hati remaja sering berkata “ apakah salah kami bercinta?” ya..rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Namun, Allah tidak mengurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang seringkali dilanggar. Disinilah remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah.


Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana Allah mencintai manusia. Allah ingin keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadi. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta terlarang akan membawa banyak implikasi negative dalam kehidupan.


CINTA MUJAHID MUDA

Kini muncul pula fenomena baru, ‘cinta ukhwah’ yang mula bertiup hebat di kalangan para remaja dakwah yang digelar ‘mujahid/mujahidah’ muda. Semoga persoalan yang dilontarkan cukup untuk membuka mata para mujahid muda dalam menafsir erti ukhwah fillah. Menurut seorang ustaz, istilah cinta ukhwah terbit hasil dari islamisasi perasaan cinta remaja yang dialami dan istilah ini jelas ditujukan buat para mujahid muda. Amat malang apabila melihat kesucian ukhwah itu dicemari oleh mereka yang bergelar mujahid muda. Keliru atau mengikut nafsu?

Tidak salah berukhwah tetapi para mujahid harus sedar, wujudnya hijab yang kuat dalam ukhuwwah antara seorang ar-rijal dan an-nisa’. Berhubung secara kerap atau boleh menimbulkan fitnah dan maksiat jelas dilarang dalam agama. Ingatlah mujahid muda, bahawa setiap yang haram itu adalah haram walau apa sekalipun. Cuma kita yang kadang-kadang cuba ‘menghalalkan’ dengan membuat alasan pelbagai itu dan ini.


Kesimpulannya hanyalah satu, bercintalah secara berilmu. Jangan rosakkan dunia intelektual Islam dengan suasana jelik penuh hipokrit. Jangan nanti ilmu hilang, cinta pun melayang. Bersabarlah sebentar atas nama ilmu. Jodoh tak ke mana. Yang akan ke mana adalah nilai diri dan kesan budaya intelektual di kalangan anda. Malulah dengan hati yang baik dan perasaan yang telah lama terdidik yang mungkin lebih tahu berbanding nafsu yang sering mengajak dan kita terus menurut. Jangan memangsakan ungkapan ukhwah fillah hanya untuk menutup niat lain kita. Semoga kita sentiasa dirahmati dan mendapat petunjuk Ilahi..


SEDARLAH WAHAI SAHABAT…

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...