alhamdulillah dengan izin Allah dapat juga update tentang program ini yang sekian lama tertangguh peng update annya..maaf bagi para pembaca yang tertunggu dengan post ini(kalau ada^^)
tanggal 23 september 2011 satu konsert yang menampilkan artis terkenal tanah air, iaitu kumpulan nasyid yang semakin melonjak namenye iaitu kumpulan NICE dan FITRI HARIS bekas kumpulan UNIC bersama kumpulan MOSPEADA yang membuat penampilan khas bersama fitri haris. setelah melalui pelbagai rintangan halangan cabaran dan onak duri, akhirnya konsert ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya ..x nak panjang ceghita..mari layan gamborr..
antara muslimat yang hadir (ni baru sikit..ramai lagi sebenarnya) |
ni terlebih teruja ke apa |
antara pensyarah yang hadir bersama keluarga |
ungu x ungu sampai pakaian dan prop pun semua ungu |
Persembahan mantap pembukaan |
kumpulan NICE |
penampilan khas sajak untuk somalia; saudari yogeswary |
saudara asyraf |
cabutan bertuah 1 |
akhi fitri bersam background music dan back singer (MOSPEADA) |
cabutan bertuah 2 coret-moret: ramai ajk je yang bertuah malam tu...aii ada apa-apa ke ni??hehhe |
tidak melepaskan peluang utnuk bergambar |
sesi autograf bersama peminat |
laku betul semua gerai yang menjual pada malam tersebut..tahniah di atas kerja keras anda hingga membuatkan kami kenyang perut suka hati |
akhir kata, terima kasih kepada pengarah IPGKSM, pengarah MKPI, pengarah program, ahli jawatankuasa, para hadiri serta semua kru-kru dan sesiapa yang terlibat secara lansung mahupun tidak. sebarang cacat cela harap dimaafi dan doakan agar konsert bermanfaat seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang..insya Allah gambar-gambar lain di konsert ini akan di upload pada masa akan datang...teruskan menyokong industri nasyid tanah air!!
salam.
hari ini blog KRM ingin membuat satu perkongsian. semoga melalui perkongsian ini, kita dapat me-repair kekurangan atau kesilapan yang kita pernah lakukan.
tajuk perkongsian kita pada hari ini ialah .....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Hukum Makmum Terlambat Dari Imam
***soalan***
Ustaz. soalan ini tentang ibadah. kalau dlm solat jika sudah sama takbiratul ihram bersama imam sudah dikira berjemaah. Jika dlm solat itu,cth rakat ke-3 kita lambat baca alfatihah hingga imam melebihi 3 pergerakan fardhu dlm rakaat itu.adakah kita masih dlm jemaah lagi walaupun bacaan al fatihah kita lambat melebihi 3 pergerakan fardhu imam .
::Jawapan Ust Zaharuddin Abd Rahman::
Seorang makmum telah dikira mendapat pahala jamaah dan bersama imam jika ia sudah dapat takbiratul ihram atau berdiri tegak bersama imam ( Rawdah At-Tolibin, hlm 153).
Imam An-Nawawi menyebut ; kiranya makmum terlewat satu rukun tanpa uzur, tidak batal solatnya, tetapi jika terlewat dua rukun panjang (seperti sujud dan rukuk) maka solatnya batal secara pasti. (Rawdah al-Tolibin, hlm 165)
Maka dalam hal makmum lambat membaca fatihah, mazhab Syafie dalam ijtihad ( menurut solat Rasulullah SAW ketika di ‘Usfan) mereka meletakkan syarat agar si makmum tidak terlewat sebanyak 3 rukun dari imam (iaitu rukuk dan dua sujud), jika ia merasakan masih mungkin terlewat, hendaklah si makmum memutuskan apa jua bacaannya dan terus rukuk agar tidak ketinggalan 3 rukun dari imam. Jika tidak, solat si makmum akan terbatal. Sebagai contoh, si makmum masih lagi berdiri dalam bacaan fatihahnya tanpa uzur dan imam sudah bangun dari sujud, maka solatnya boleh terbatal.
Bagaimanapun sekiranya terlewat dari 3 rukun itu dengan sebab uzur yang diterima, seperti imam terlampau cepat, makmum takut akan sesuatu, keadaan terlampau sesak, makmum sakit, lupa dan lain-lain yang diterima, maka Imam An-Nawawi menyebut, si makmum boleh memutuskan dirinya dengan imam (mufaraqah) atau yang terpilih menurutnya adalah ; solat tidak batal dan boleh terus sahaja bersama imam (dengan menuruti tertib solat yang asal) dan menggantikan rakaat selepas imam tamat solat. (Rawdah at-Tolibin, hlm 166)
ayuh perbaiki solat kita! (n_n)v
wallahualam.
rujukan:
alhamdulillah syukur pada Allah pada 18 September 2011 telah selamat diadakan DISKUSI BUKU: DETIK-DETIK KONSTANTINOPEL bersama AL-FADHIL USTAZ AB. HAMID BIN ALI
selama ini kita sering mendengar orang memperkatakan tentang KOTA KONSTANTINOPEL..jadi kali ini ustaz hamid tampil sebagai panel diskusi buku untuk membedah buku yang hasil karya beliau sendiri iaitu DETIK-DETIK KONSTANTINOPEL hasil dari tesis beliau sendiri..
banyak persoalan yang bermain di minda para pembaca akhirnya dapat dirungkaikan menerusi soalan yang diajukan oleh MC, saudara Jeffri kepada panel.
hadirin yang hadir juga banyak melontarkan pendapat dan pengalaman sendiri yang mantap-mantap belaka dan mereka sebenanrya layak juga menjadi panel pada hari tersebut. contoh Encik Zulkifli dari jabatan sains turut berkongsi pengalaman beliau ketika menghadiri seminar adakah Parameswara yang membuka melaka..mungkin lain kali boleh dijemput ya..
kita sudah menyaksikan 6 buah pasukan nasyid muslimat berentap bagi merebut kejuaraan NASYID MKPI 2011..
sekarang, marilah kita sama-sama menyaksikan
PERTANDINGAN NASYID MUSLIMIN
yang bertempat di dewan al-khindi (karpet lawa) pada malam ini (18 september 2011) selepas isya'
ayuh!!berilah sokongan pada kumpulan nasyid kegemaran anda... yang pastinya
SIAPAKAH YANG BAKAL BERGELAR JUARA NASYID MUSLIMIN BAGI MKPI 2011 INI???
SAMA-SAMA KITA NANTIKAN!!!
p/s:muslimin dan muslimat dijemput hadir^^
alhamdulillah pada tanggal 11 september yang lepas telah diadakan program MALAM AMAN PALESTIN yang bertempat di SURAU AL-FIRDAUS nan indah permai selepas isya'.
tatkala kaki penulis masuk ke surau...terkesima dengan banner AMAN PALESTIN yang sangat besar..sekaligus rasa tiba-tiba semangat hendak berjuang..seperti melangkah ke medan perang pun ada..
kemudian MC majlis iaitu saudara fatha dari PAI 2 mengambil alih tugas dan menjemput penceramah iaitu ustaz mohd al-hadi dari agensi wakil aman palestin
antara yang hadir |
dengan pembukaan video yang sungguh menyayat yang menunjukkan ramai rakyat palestin yang tercedera dan terbunuh akibat serangan dari laknatullah YAHUDI, hati sudah cukup untuk membuatkan kami tersentuh dan mengingat kembali kesengsaraan rakyat palestin yang dulunya pernah digembar-gemburkan penderitaannya di dada akhbar namun kini ia semakin dilupakan....
kemudian ustaz membentangkan slide powerpoint nya yang banyak berkisarkan tentang sejarah palestin. yang menariknya, ustaz turut menyelitkan gambar beliau dan rakan aman palestin yang lain ketika membawa misi keamanan di sana. jadi, penulis turut merasai dan dapat melihat suasana sebenar di palestin tersebut.
kemudian akhirnya ceramah diakhiri dengan video penutup dengan lagu yang menaikkan semangat para hadirin untuk terus berjuang membantu rakyat palestin dan untuk islam..walaupun kita tidak berada di tempat mereka, namun banyak usaha yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka seperti memboikot barangan laknatullah yahudi.
pada malam itu juga tabung palestin turut dijalankan...
moga semangat kita bukan pada program ini sahaja, moga kekal sampai bila-bila...semoga ada sesuatu yang kita lakukan untuk menyelamatkan saudara seislam kita..insya ALLAH...
TERIMA KASIH PADA YANG SUDIR HADIR MALAM TERSEBUT..MOGA ALLAH RAMHATI KALIAN....
ANDA STRESS DENGAN ASSIGMENT??
INGINKAN HIBURAN??
MARILAH BERHIBUR DENGAN HIBURAN ISLAMI...
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE DEWAN AL-KHINDI MALAM INI (14 SEPTEMBER 2011)
MASA: 9.00 MALAM
menampilkan 8 kumpulan nasyid yang bakal berentap bagi merebut kejuaraan tahun ini..
SIAPAKAH YANG BAKAL MENJADI JUARA????
ONLY MUSLIMAT ALLOWED!!
Tayangan Perdana Minggu Penghayatan Islam 2011
Tempat: Dewan al-khindi
Masa: lepas Isya'
Tarikh : 12 September 2011
VALLEY OF THE WOLVES PALESTINE
SINOPSIS: Filem dibuka dengan adegan pembunuhan di atas kapal Marmara Mavi yang menyoroti pada populariti daerah Turki.
........................................................
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya kpd Allah SAW.. Semalam bertempat di pawagam IPG Sultan Mizan telah release filem ni. Sambutan tidak kurang hebatnya. Apa yang dapat penulis katakan disini, tayangan ini adalah yang paling best yang pernah penulis join. Bukan apa, filem ini memang boleh gugur jantung kalau tengok...!
Permulaan sahaja sudah menggetarkan hati penonton-penonton. Apa yang dapat dilihat, betapa kejamnya Israel Laknatullah terhadap penduduk Palestin. Mungkin apa yang dipertonton hanyalah lakonan semata-mata mengikut pengetahuan dan kreativiti pengarah filem. Namun pernah tak kita terfikir realiti kehidupan saudara-saudara kita disana? adakah lebih teruk lagi dari itu?
Pertengahan cerita yang sangat pilu menggoncang kantung airmata semua penonton. Kelihatan para penonton terutamanya muslimat mengalirkan airmata pada beberapa scene yang menyedihkan. Bayangkan ibu dan anak dibunuh. Anak yang cacat yang terpaksa duduk diatas kerusi roda ditinggalkan sendirian dalam rumah dan Israel merobohkan rumah tersebut. Penulis ingat lagi beberapa skrip dalam filem itu..
"Allah ma'an (Allah bersamamu)"
Tahniah dan syabas buat team tayangan perdana dan semua yang menjayakan. Tanpa penonton yang sanggup hadir apalah sangat tayangan semalam. :)
.....................................................................
corat-coret malam tadi :)
14 penonton bertuah membawa pulang hadiah masing-masing dalam sesi cabutan bertuah di akhir majlis.
Selepas tamat tayangan filem, disusuli dengan sedikit bingkisan muhasabah buat hati-hati yang dahagakan makanan ruhiyyah. Bagus!
Saudara YDP Wan Norlail berjaya membawa pulang hadiah. Dengar cerita (sumber sohih) masa dapat nombor siap baca doa diaminkan beberapa orang yang ada disekitarnya ditemani hujan renyai-renyai. maqbul doa saudara YDP.
Pengiring YDP untuk memberikan hadiah kepada penonton bertuah , tersengih apabila nombor yang disebutkan adalah miliknya. Dia pun dah ada atas stage.
Kelihatan kelibat Ustaz Zamri semasa tayangan. Syukran ustaz sudi luangkan masa untuk kami.
Gerai-gerai jualan tidak kurang mendapat sambutan. Sambil menonton sambil mengunyah.
Majlis bersurai sekitar jam 12 malam.
*Tahun depan buat lagi ye :)
sekian
Apakah sumbangan anda pada saudara seIslam di Palestin??ayuh kita selami penderitaan
dan pengorbanan mereka mempertahankan Islam di sana...so, jom dgr ceramah nie.
CERAMAH AMAN PALESTIN
tarikh: 11.9.2011masa: slpas isyak
tempat: surau al-Firdaus
tempat: surau al-Firdaus
penceramah : ust. Mohd Al-Hadi Bin Muhamad Al-Hafiz (agensi wakil aman palestin)
semua warga ipg dijemput hadir
*semua muslim dan muslimat sem 1 diwajibkn hadir
semua warga ipg dijemput hadir
*semua muslim dan muslimat sem 1 diwajibkn hadir
Langgan:
Catatan (Atom)