Tayangan Perdana Minggu Penghayatan Islam 2011
Tempat: Dewan al-khindi
Masa: lepas Isya'
Tarikh : 12 September 2011
VALLEY OF THE WOLVES PALESTINE
SINOPSIS: Filem dibuka dengan adegan pembunuhan di atas kapal Marmara Mavi yang menyoroti pada populariti daerah Turki.
........................................................
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya kpd Allah SAW.. Semalam bertempat di pawagam IPG Sultan Mizan telah release filem ni. Sambutan tidak kurang hebatnya. Apa yang dapat penulis katakan disini, tayangan ini adalah yang paling best yang pernah penulis join. Bukan apa, filem ini memang boleh gugur jantung kalau tengok...!
Permulaan sahaja sudah menggetarkan hati penonton-penonton. Apa yang dapat dilihat, betapa kejamnya Israel Laknatullah terhadap penduduk Palestin. Mungkin apa yang dipertonton hanyalah lakonan semata-mata mengikut pengetahuan dan kreativiti pengarah filem. Namun pernah tak kita terfikir realiti kehidupan saudara-saudara kita disana? adakah lebih teruk lagi dari itu?
Pertengahan cerita yang sangat pilu menggoncang kantung airmata semua penonton. Kelihatan para penonton terutamanya muslimat mengalirkan airmata pada beberapa scene yang menyedihkan. Bayangkan ibu dan anak dibunuh. Anak yang cacat yang terpaksa duduk diatas kerusi roda ditinggalkan sendirian dalam rumah dan Israel merobohkan rumah tersebut. Penulis ingat lagi beberapa skrip dalam filem itu..
"Allah ma'an (Allah bersamamu)"
Tahniah dan syabas buat team tayangan perdana dan semua yang menjayakan. Tanpa penonton yang sanggup hadir apalah sangat tayangan semalam. :)
.....................................................................
corat-coret malam tadi :)
14 penonton bertuah membawa pulang hadiah masing-masing dalam sesi cabutan bertuah di akhir majlis.
Selepas tamat tayangan filem, disusuli dengan sedikit bingkisan muhasabah buat hati-hati yang dahagakan makanan ruhiyyah. Bagus!
Saudara YDP Wan Norlail berjaya membawa pulang hadiah. Dengar cerita (sumber sohih) masa dapat nombor siap baca doa diaminkan beberapa orang yang ada disekitarnya ditemani hujan renyai-renyai. maqbul doa saudara YDP.
Pengiring YDP untuk memberikan hadiah kepada penonton bertuah , tersengih apabila nombor yang disebutkan adalah miliknya. Dia pun dah ada atas stage.
Kelihatan kelibat Ustaz Zamri semasa tayangan. Syukran ustaz sudi luangkan masa untuk kami.
Gerai-gerai jualan tidak kurang mendapat sambutan. Sambil menonton sambil mengunyah.
Majlis bersurai sekitar jam 12 malam.
*Tahun depan buat lagi ye :)
sekian
0 ulasan:
Catat Ulasan