kelab rakan masjid: SEMINAR PEMANTAPAN SOLAT

SEMINAR PEMANTAPAN SOLAT





Pada tanggal 29 Mac 2011 hari Selasa bersamaan  24 Rabiulakhir 1432 hijrah. (Selasa)
satu program iaitu Seminar Pemantapan Solat telah dianjurkan oleh  Biro Agama Dan Pendidikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM Kampus Sultan Mizan dengan kerjasama Kelab Rakan Masjid Kampus Sultan Mizan. 

Biro Agama dan Pendidikan IPGM KSM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Seminar Pemantapan Solat bagi memantapkan ibadah solat para pelajar. Program  ini adalah buat julung-julung kalinya diadakan dalam tahun ini di IPGM KSM.

Sebelum seminar, ujian diagnostik akan diadakan bertujuan menilai pengetahuan asas dalam solat. Soalan ini akan diedarkan sebelum seminar berlangsung. InsyaAllah, penganjuran seminar ini  imej IPGM KSM sebagai sebuah institusi yang sentiasa aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk manfaat warganya.

Antara objektif seminar ini diadakan ialah untuk   mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar semasa solat. selain untuk memberi pendedahan  mengenai cara solat yang betul menurut mazhab Syafii, memberi maklumat-maklumat semasa mengenai permasalahan atau isu-isu berkaitan solat, dan dapat mengetahui teknik-teknik dan cara-cara solat semasa sakit dan musafir.




Program bermula  pada pukul  2.30 petang dengan bacaan doa bagi memberkati majlis oleh    Allah S.W.T. Kemudian pada pukul 2.45 Petang adalah pembentangan kertas kerja 1 dengan tajuk Rukhsah Solat Dalam Musafir, Sakit & Permasalahan Khas Dalam Solat yang dibentangkan oleh Us. Hj. Mohd Yusof Bin Hj Ismai. kemudian, pada pukul 3.35 Petang  para hadirin diberi peluang untuk bersoal jawab dengan penceramah. seterusnya, pada pukul 3.45 Petang adalah pembentangan kertas kerja 2 oleh Us. Mohd. Zamri bin Rajab dengan tajuk: Teknik Solat Rasulullah S.A.W Menurut Mazhab As-Syafi’e. kemudian diteruskan dengan Sesi soal jawab dan pada pukul 5.00 petang  Jamuan ringan, Solat dan Bersurai

Sesungguhnya Seminar Pemantapan Solat yang akan dianjurkan ini dapat memberi faedah kepada para pelajar dalam usaha memantapkan solat. Di samping itu, pengisian sebegini penting supaya dapat memantapkan solat yang dilakukan.Ilmu pengetahuan yang diperoleh juga dapat dipelajari dengan lebih mendalam melalui seminar ini. Seminar yang diadakan adalah bercirikan pemantapan dalam melakukan solat yang mendatangkan faedah kepada para pelajar.

Selain itu, kebolehan dan keterampilan pelajar dapat diserlahkan melalui penglibatan mereka dalam mengendalikan sesuatu program. Perkara ini amat penting bagi menampilkan citra guru yang unggul di samping memiliki daya tahan fizikal yang tinggi dari segi fizikal, jasmani, rohani dan perkembangan sosial. Diharapkan juga agar program ini dapat menghimpunkan kesepaduan, keakraban dan kemesraan di kalangan para pelajar dengan pensyarah Jabatan Pendidikan Islam & Moral Institut Perguruan Sultan Mizan. Dengan kerjasama daripada semua pihak, maka Seminar Pemantapan Solat ini dapat diadakan dengan berkesan dan lancar sepertimana yang dirancang dan  ditetapkan.

ribuan ucapan jazakumullahu khairan kathira ke atas Jawatankuasa Pelaksana yang banyak memainkan peranan demi memastikan kelancaran program ini. segala kelemahan insya ALLAH akan kami cuba baiki pada masa yang akan datang. moga ALLAH merahmati segala usaha yang kita lakukan sepanjang program ini berlansung



Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...