kelab rakan masjid: Program Diskusi Buku : Fitnah-fitnah Dajjal

Program Diskusi Buku : Fitnah-fitnah Dajjal

Bismillahirrahmanirrahim..

Dajjal. Bercakap tentang dajjal, bermacam-macam pandangan tipikal berbentuk negatif yang lahir di minda kita. Ada yang menzahirkannya dengan mengatakan dajjal itu ada mata satu, berlaku kejam dengan membunuh seluruh umat Islam yang beriman, dan mempunyai syurga dan neraka di sebelahnya.

Tetapi, ada pendapat lain mengatakan dajjal itu adalah simbol kepada Amerika Syarikat, Israel dan konco-konconya yang amat terkenal dengan kekejaman dalam usaha menguasai dunia.

Persamaannya, Dajjal ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah pemusnah alam dan membawa fitnah yang sangat besar sehingga mengundang malapetaka yang amat dasyat. Itulah petanda besar dunia semakin hampir dengan penghujungnya.

Namun, berikutan dengan pelbagai pandangan yang agak bercanggahan itu, maka terbitlah pelbagai buku, risalah, ensiklopedia dan sebagainya hasil terjemahan minda masing-masing. Lalu, buku-buku itulah yang kita jadikan sumber rujukan untuk menimba ilmu pengetahuan sedangkan kita sendiri ragu tentang kesahihannya.

Oleh sebab itu, KRM dengan penuh berdedikasi telah mewujudkan sebuah program yang amat bagus dan bijak sekali iaitu program bedah buku. Maksud bedah di sini, bukanlah seperti bedah yang ada gaya doktor pakar sakit tulang atau apa-apa jenis pakar yang menggunakan gunting, pisau segala. Hancurlah buku itu jika kami membedahnya dengan cara sebegitu ganas. Lagipun kami di sini untuk menjadi guru, bukan doktor.


Program Bedah Buku atau lebih mesra dipanggil Program Diskusi Buku ini sudah tentulah berkisarkan fitnah-fitnah dajjal seperti yang dicelotehkan di atas tadi. Setelah berbincang secara optimis, akhirnya pihak KRM telah sepakat memilih buku Fitnah-fitnah Dajjal oleh 'Abdullah Al-Qairi bin Haji Salleh.

Jawatankuasa untuk program ini telah ditubuhkan. Perbincangan secara serius telah diadakan dan kata-kata sepakat ditetapkan dengan memilih dua orang Ustaz terhebat dari JAPIM, iaitu Ustaz Kamil sebagai Ahli Panel Pertama manakala Ustaz Zamri sebagai Ahli Panel kedua.

Maka tanggal 27 April 2011, berjalanlah program ini dengan lancar dengan penuh semangatnya di Surau Al-Firdaus selepas waktu maghrib. Masing-masing datang dengan semangat ingin menimba ilmu dengan tebal. Lalu masjlis itu menjadi sangat aman tanpa sebarang rasa mengantuk dari godaan syaitonirrajim laknatullah.

Sehabis 'menggeledah' buku itu, solat Isyak dilakukan dan terdapat sedikit jamuan ringan sebagai penutup majlis. Dari raut wajah ahli jemaah, masing-masing terpamer kepuasan yang sukar ditafsirkan. Lalu, biro publisiti menjalankan tugas.

"Apa pendapat anda dengan program diskusi buku ini?"

Jemaah 1 : Sangat bagus! Semester depan buat lagi ya!

Jemaah 2 : Benar-benar seronok kerana mendapat pengetahuan dan ilmu yang menyeronokkan!

Jemaah 3 : Terbaik! Setelah mengikuti program ini, baru saya tahu siapakah dajjal yang sebenarnya dan fitnah yang dibawanya...

Tetarik dengan kata-kata Ahli Jemaah yang ketiga.. "Baru saya tahu siapakan dajjal yang sebenarnya dan fitnah yang dibawanya.." Anda tahu siapa dajjal yang sebenarnya? Fitnah yang bagaimana yang dibawa oleh dajjal itu? Persoalan itu hanya akan terjawab jika anda sanggup berhabis duit untuk ilmu dan pengetahuan dengan membeli buku ini..

Mahu? Berikan nama anda kepada :

Muslimah : Nadiah Mohd Khairi unit Pengajian Islam & Al-Quran 1
Muslimin : Mohd Abrar Mohd Yusuf unit Pengajian Islam & Al-Quran 1

Setiap saat yang dilalui membawa kita ke penghujung. Tanda-tanda kiamat yang dijanjikan mula terzahir satu demi satu. Semoga kekuatan iman dan keyakinan terhadap Allah serta mengamalkan segala yang diperintahNya mampu menangkis fitnah dajjal dalam kehidupan kita, InsyaAllah..

jom layan gambar-gambar yang sempat diambil semasa program berjalan..

penceramah dan moderator

panel 1 : ustaz Zamri Rajab

panel 2 : Ustaz Kamil

muslimin

muslimat

Buat team Diskusi Buku..tahniah! buat para hadirin hadirat yang sudi meluangkan diri datang ke majlis ilmu, teruskan dan terima kasih. insya Allah masa yang diluangkan moga-moga mendapat keberkatan daripada Allah swt dan Allah melapangkan masa kalian. amin. sekian wassalam.


Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

1 ulasan:

Tanpa Nama says :

subhanallah penulisan yang indah dan pendekatan yang baik alhamdulillah. teruskan menulis dan meneruskan aktiviti yang bermanfaat.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...