kelab rakan masjid: peristiwa sadis di bulan rejab .

peristiwa sadis di bulan rejab .

Tanggal 23 Rejab 1432 .
Suasana kelam dan gelap .

langit tak membenarkan cahaya rembulan bersinar pada ketika itu walau secebis cuma.
cahaya bulan malam itu diganti dengan hujan dan petir . guruh pun turut menyertai pesta sambar menyambar di langit ciptaan Illahi .

dentuman demi dentuman .
pancaran demi pancaran.

suasana di dada langit pada malam itu seperti enaknya bom Israel  meratah tangisan anak-anak Palestin yang meratap tubuh layu ummi dan abi mereka .
dentuman yang menggegarkan gegendang telinga dan menegakkan setiap helai bulu roma.





namun begitu, fenomena tersebut tidak menggugat semangat segelintir pelajar. Langkah tetap di atur menuju ke surau yang serba sederhana, tidak gah seperti indahnya Masjid Kristal.

Setiap helaian kitab Allah yang tidak akan hilang hingga hari kiamat diselak satu persatu . Huruf-huruf yang bercantum membina satu ayat dan membawa makna yang sangat mendalam dibaca dengan penuh tartil .
Dan guruh-guruh itu, masih lagi berbunyi dan berperang.



Setelah berapa lama perang di dada langit belum selesai,satu dentuman kuat kedengaran . 
Yang pasti, bukan dari bunyi guruh, petir atau halilintar.
Di bahagian sayap perempuan, jemaah berpandangan sesama sendiri.
wajah berubah dan pelbagai ekspresi muka berjaya dilahirkan. 

terkejut.
terkedu

terperanjat


Kemudian, seorang daripada jemaah muslimah terpaku melihat air yang turun dari atas siling.
air hujan mula mencurah-curah jatuh membasahi karpet surau.

...........................................................

Setelah dikenal pasti , rupa-rupanya bunyi dentuman tadi kerana siling surau al-Firdaus telah runtuh.
Karpet surau terpaksa di angkat keluar kerana basah dek air hujan yang melimpah ruah.


siling yang sudah berlubang

rak-rak juga terpaksa dialihkan

karpet terpaksa diangkat keluar




tiada lagi karpet yang tertinggal




yang tinggal hanyalah kenangan


Kini, karpet surau di ganti dengan tikar dan alhamdulillah, masih ada lagi insan yang ingin menjejakkan kaki di surau al-firdaus meskipun tiada lagi karpet.

Semoga Allah memberi rahmat dan rezkiNya kepada mereka-mereka ini ..amin.

Begitulah peristiwa sadis yang berlaku sepanjang bulan Rejab ini.
dan setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Pasti.

Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNya.

Wallahualam. (n_n)


Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...