kelab rakan masjid: UTAMA
Memaparkan catatan dengan label UTAMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UTAMA. Papar semua catatan

Pada hari sabtu yang lepas, satu program yang menarik telah berlangsung di surau al-firdaus iaitu Program Rehlah Badar Masyi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para peserta menghayati peristiwa perang Badar yang berlaku di dalam Bulan Ramadan.Program ini telah berjaya diadakan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta .


Program ini bermula dengan qiamulail. Peserta telah turun untuk qiamulail bersama-sama dengan urusetia seawal jam 4.30 pagi. Setelah selesai melakukan qiamulail, para peserta bersahur beramai-ramai dengan menjamah sedikit makanan yang telah disediakan. Walaupun sedikit, tetapi berbaloi untuk mengalas perut hingga ke waktu berbuka. Para peserta kelihatan berselera menjamah makanan yang dihidangkan walaupun hanya beberapa  keping roti dan beberapa teguk air.Di sini, kita sudah dapat melihat nilai-nilai yang diamalkan oleh nabi diterapkan supaya para peserta menghayati Rehlah Badar Masyi ini. 


Setelah semua perut di isi, tibalah masanya untuk menyahut seruan ilahi, semua para peserta mengerjakan solat subuh berjemaah bersama-sama.


Setelah selesai mengerjakan rukun iman yang kedua, program diteruskan dengan tayangan video mengenai Rehlah Badar Masyi . Tayangannya sangat menarik dan telah menarik perhatian para peserta.Hilang rasa mengantuk yang menguasai.Semua mata tertumpu pada skrin yang memaparkan sejarah dan kronologi peristiwa Perang Badar yang berlaku di zaman Rasulullah iaitu perang yang pertama dalam islam. 

Kemudian, para peserta diberi masa rehat dan mengurus diri untuk mengikuti tentatif seterusnya.





Seterusnya, para peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing - masing ,di dalam kumpulan juga peserta dikehendaki pergi ke setiap checkpoint untuk mendapatkan tugasan yang telah ditetapkan. di sini, kami sangat diuji bila mana hujan turun dengan lebatnya tanpa henti. ini menyebabkan kami terpaksa menukar kepada PLAN B kami iaitu ber 'masyi' di susur galur gajah. namun, hujan yang turun ini tidak sedikitpun mengganggu gugat semangat ajk dan para peserta untuk ber 'masyi'..inilah dikatakan hujan rahmat..walaupun hakikatnya pada perang badar hujan turun pada waktu malam sebelum mereka pergi berperang





















checkpoint 1 : Belakang dewan Ibnu Khaldun
Tugasan : Para peserta diberikan sedikit taklimat mengenai peraturan dan perjalanan program . Peserta diberikan kertas majong untuk pembentangan di akhir program.










checkpoint 2 : di Perpustakaan
Tugasan         : Peserta dikehendaki mencari sampul surat yang terdapat nombor kumpulan                  masing-masing.Di dalam sampul surat tersebut mengandungi soalan yang perlu dibentangkan dan dibincangkan di akhir program. Peserta juga telah diberikan senarai beberapa orang para sahabat yang terlibat di dalam perang badar dan perlu mengingati nama-nama tersebut untuk disebutkan selepas pembentangan.


walaupun hujan turun dengan lebatnya, namun langkah tetap diayun dengan penuh waja
checkpoint 3 : di Kafe
Tugasan : Mendengar tazkirah mengenai Perang Badar


checkpoint 4 : di Surau
Tugasan : Para peserta perlu membentangkan soalan yang diterima


















 Setelah tamat membentangkan soalan yang di terima, majlis penutup pula menyusul melabuhkan tirainya. Di isi dengan ucapan YDP Majlis Perwakilan Pelajar kita iaitu saudara Wan Nurlail bin Wan Said menunjukkan berakhirnya program Rehlah Masyi ini. Kemudian, acara menyampaikan hadiah di sampaikan kepada kumpulan pemenang.Di harap program seumpama ini dapat diteruskan lagi supaya dapat memupuk kerjasama dan menjalinkan ukhuwah sesama kita...


Sekian......



 (Tekan untuk paparan penuh)

Ilmu yang di dasari asas kefahaman yang jelas serta penghayatan yang telus akan membuahkan amal yang bermanfaat. Maka dengan ini, Biro Agama dan Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPG KSM) telah mengambil inisiatif bagi mengadakan Bulan Kefahaman dan Penghayatan Islam untuk pengisian rohani pelajar kampus di samping mewujudkan kerjasama yang utuh antara mereka khususnya dan mempraktik amalan- amalan insan guru yang mulia umumnya sebagai bakal pendidik kelak.

Bulan kerohanian tahun 2010 yang bakal diadakan ini merupakan kesinambungan kepada Minggu Kebudayaan dan Penghayatan Islam pada tahun 2007 yang julung kali diadakan sehinggalah tahun-tahun berikutnya yang turut berlalu dengan jayanya. Amatlah diharap agar bulan tersebut bakal memberi kesan yang lebih mendalam terhadap pelajar dalam aspek pemupukan nilai murni yang lebih praktikal dalam kehidupan seharian sebagai guru pelatih. Penganjuran Bulan Kefahaman dan Penghayatan Islam ini juga bakal mencerminkan imej IPG KSM sebagai sebuah institusi guru yang sentiasa aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk manfaat warganya.

OBJEKTIF

1)    Memupuk perpaduan, ukhwah dan jalinan kemesraan di antara pentadbir, pensyarah, pelajar dan semua warga IPG Kampus Sultan Mizan.
2)    Melatih pelajar supaya memiliki kemahiran berpersatuan dan kemahiran mengendalikan sesuatu program.
3)    Memperdalam dan memperluaskan ilmu pengetahuan di samping dapat mempelajari tentang agama Islam dengan lebih mendalam.
4)    Mencungkil bakat-bakat para pelajar yang jarang atau tidak pernah ditonjolkan.

MATLAMAT

Mewujudkan suasana keislaman dalam kalangan guru pelatih melalui aktiviti yang berlandaskan syariat islam bagi melahirkan  insan guru yang soleh dan solehah.

ANJURAN

Biro Agama dan Pendidikan, Jawatankuasa Perwakilan Dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

TENTATIF PROGRAM

(Tekan untuk paparan penuh)




HARAPAN

1.      Diharapkan agar program ini dapat berjalan dengan jayanya dari awal hingga ke akhir penutup.
2.      Untuk menjayakan lagi program ini, komitmen daripada semua pihak amat diperlukan dengan memberikan respon yang positif terhadap setiap aktiviti yang dijalankan.
3.      Penghayatan tentang kebudayaan dan kesenian Islam perlu dirasai oleh semua warga IPG KSM agar dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
4.      Pihak institut dapat menambah aktiviti-aktiviti keagamaan untuk para pelajar.
5.      Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

PENUTUP

Sesungguhnya Bulan Kefahaman dan Penghayatan Islam yang akan dianjurkan ini diharap dapat memberi kesedaran kepada para pelajar agar mengekalkan seni Islam yang indah di samping menerapkan nilai-nilai Islam itu sendiri dalam diri mereka melalui pengisian aktiviti-aktiviti yang akan diadakan.
Selain itu, kebolehan dan keterampilan pelajar akan dapat dicungkil dan diserlah melalui penglibatan mereka dalam mengendalikan sesuatu program. Perkara ini amat penting bagi menampilkan citra guru yang unggul di sebalik empat aspek utama perkembangan individu iaitu jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. Peluang dan pendedahan kepada pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan serta pengalaman sedia ada dalam pengalaman baru yang bakal diperoleh ini amat baik sebagai proses pengajaran dan pembelajaran untuk persediaan pada masa akan datang.
Melalui kerjasama daripada semua pihak, maka Bulan Kefahaman dan Penghayatan Islam tahun ini diharap dapat diadakan dengan lancar sepertimana yang telah dirancang dan  ditetapkan. Semoga program ini dapat menghimpunkan kesepaduan, keakraban dan kemesraan dalam seluruh kalangan warga Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...