Pada hari sabtu yang lepas, satu program yang menarik telah berlangsung di surau al-firdaus iaitu Program Rehlah Badar Masyi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para peserta menghayati peristiwa perang Badar yang berlaku di dalam Bulan Ramadan.Program ini telah berjaya diadakan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta .
Program ini bermula dengan qiamulail. Peserta telah turun untuk qiamulail bersama-sama dengan urusetia seawal jam 4.30 pagi. Setelah selesai melakukan qiamulail, para peserta bersahur beramai-ramai dengan menjamah sedikit makanan yang telah disediakan. Walaupun sedikit, tetapi berbaloi untuk mengalas perut hingga ke waktu berbuka. Para peserta kelihatan berselera menjamah makanan yang dihidangkan walaupun hanya beberapa keping roti dan beberapa teguk air.Di sini, kita sudah dapat melihat nilai-nilai yang diamalkan oleh nabi diterapkan supaya para peserta menghayati Rehlah Badar Masyi ini.
Setelah semua perut di isi, tibalah masanya untuk menyahut seruan ilahi, semua para peserta mengerjakan solat subuh berjemaah bersama-sama.
Tugasan : Para peserta diberikan sedikit taklimat mengenai peraturan dan perjalanan program . Peserta diberikan kertas majong untuk pembentangan di akhir program.
checkpoint 2 : di Perpustakaan
Tugasan : Peserta dikehendaki mencari sampul surat yang terdapat nombor kumpulan masing-masing.Di dalam sampul surat tersebut mengandungi soalan yang perlu dibentangkan dan dibincangkan di akhir program. Peserta juga telah diberikan senarai beberapa orang para sahabat yang terlibat di dalam perang badar dan perlu mengingati nama-nama tersebut untuk disebutkan selepas pembentangan.
walaupun hujan turun dengan lebatnya, namun langkah tetap diayun dengan penuh waja |
Tugasan : Mendengar tazkirah mengenai Perang Badar
checkpoint 4 : di Surau
Tugasan : Para peserta perlu membentangkan soalan yang diterima
Sekian......
0 ulasan:
Catat Ulasan