kelab rakan masjid: Qiamullai dan program betulkan bacaan Al- Fatihah

Qiamullai dan program betulkan bacaan Al- Fatihah

Pada 26 April 2012 bersamaan 4 Jamadil Akhir 1433 H, Biro Hal Ehwal  Agama Islam dan Kerohanian Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral serta Kelab Rakan Masjid telah mengadakan satu program qiamullai perdana dan betulkan bacaan al- Fatihah. Program ini adalah terbuka kepada semua guru pelatih insitut ini dan tiada sebarang yuran penyertaan yang dikenakan kepada guru pelatih. Semua pensyarah di insitut ini juga dijemput hadir bersama- sama bagi menyertai program ini. Program ini diadakan di Surau Al-Firdaus, IPG KSM.
Program ini bermula pada jam 11.00 malam bagi muslimin dan selepas menunaikan solat Isyak bagi muslimat. Program ini diadakan bertujuan untuk memantapkan rohani para guru pelatih dan juga disamping mengeratkan silaturrahim antara guru pelatih IPG KSM yang hadir.
            Antara aktiviti yang dijalankan ialah membetulkan bacaan al- Fatihah pada sebelah malam dan kemudian guru pelatih muslimin akan tidur beramai- ramai di surau untuk qiamullai pada keesokan harinya. Program membetulkan bacaan diketuai oleh Ustaz Muhammad Kamil dari JAPIM. Selepas qiamullai, sesi tazkirah disampaikan oleh Ahamad Syakir bin Makhtarudin, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Kerohanian. Beliau juga telah mengetuai bacaan al- Mathurat pada pagi itu.
Akhirnya, program ini berjaya ditamatkan pada pukul 6.30 pagi. Syukur, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Semoga program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.




Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...