kelab rakan masjid: Sambutan Maulidur Rasul 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012

Pada tanggal 16 Februari 2012 bersamaan 23 Rabiul Awal 1433 H, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Biro Hal Ehwal  Agama Islam dan Kerohanian Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan telah mengadakan satu program kerohanian iaitu Majlis Sambutan Maulidur Rasul.  Selain daripada majlis ini, program sambutan ini juga telah berlangsung pada 13 Februari 2012 iaitu dengan aktiviti pertandingan membaca khutbah. Tambahan lagi, pertandingan multimedia kreatif juga diadakan sepanjang minggu sambutan tersebut.
Pertandingan multimedia kreatif adalah satu pertandingan yang berkisar menghasilkan video berkaitan dengan Rasulullah. Hal ini bersesuaian dengan objektif menyemai perasaan cinta dan kasih terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pertandingan ini terbuka kepada semua warga IPG KSM. Pertandingan boleh disertai secara individu atau berkumpulan. Sebuah kumpulan yang terdiri daripada guru pelatih 3PISMP telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan ini.
Bagi aktiviti kedua pula ialah pertandingan membaca khutbah, pertandingan ini telah berlangsung pada 13 Februari 2012 iaitu pada hari Isnin. Pertandingan bermula selepas solat maghrib berjemaah di surau al- Firdaus dan juga disambung kembali selepas solat Isyak. Pertandingan ini berakhir dalam pukul 11.00 malam.Pertandingan ini terbuka kepada semua guru pelatih muslimin. Guru pelatih iaitu Shauqi telah memenangi pertandingan ini.
Maka, tibalah pada hari kemuncak sambutan iaitu pada 16 Februari 2012 bersamaan 23 Rabiul Awal 1433 H. Kemuncak sambutan ialah dengan mendengar ceramah Perdana Maulidur Rasul. Majlis bermula pada pukul 10.45 pagi dengan pergerakan semua warga IPG KSM ke Dewan Bendahara. Pada pukul 11.00 pagi, ketibaan Pengarah IPG KSM, En. Zakaria bin Hussin, pensyarah- pensyarah serta penceramah. Tepat pukul 11.15 pagi, ceramah Maulidur Rasul yang bertajuk “Ummati, Ummati, Ummati” dimulakan. Ceramah disampaikan oleh bekas pensyarah IPG KSM iaitu Ustaz Ahmad bin Salleh. Selepas ceramah disampaikan, penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para pemenang dan penceramah. Selain itu, beberapa persembahan telah diadakan dan juga bacaan selawat.  Selepas persembahan, majlis bersurai pada pukul 1.30 tengah hari.
Dengan berakhirnya kesemua pertandingan dan ceramah maka berakhirlah program Sambutan Maulidur Rasul 2012.  Penceramah dan para pensyarah  telah  dijemput  untuk menikmati jamuan. Syukur,  program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Semoga program ini akan memberi ilmu yang berguna bagi para peserta dan mengamalkan dalam hidup mereka seharian. 







Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...