kelab rakan masjid: Peristiwa peristiwa sebelum kelahiran dan kenabian RAS

Peristiwa peristiwa sebelum kelahiran dan kenabian RAS

Rasulullah saw lahir hari isnin 12rabiulawal thn gajah bersamaan 20 april 571 M. Rasulullah saw wafat hari isnin, 13 rabiulawal thn 11 Hijrah, bsmaan 8hb. Jun 0633 M

Firman Allah :

لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الأخر

Sabda Rasulullah :

أدبني ربي فأحسن تأديبي

Sejarah yang paling agung, inilah sejarah Rasulullah SAW, siri sejarah ini kita harapkan bukan saja dapat mengajar Umat Islam tentang agamanya dan peribadi agung Rasulnya Muhammad SAW tapi juga kita harapkan pengajian sirah ini dapat mengajar kita berbagai perkara. Tanpa memahami sejarah tidak mungkin kita memahami Al Quran. Banyak ayat Quran yang tidak mungkin difahami melainkan kita kembali kepada Asbabun Nuzul (sebab sebab ayat diturunkan) sedangkan Asbabun Nuzul ini ada dalam sejarah Rasulullah SAW.

Kita mulakan dulu dengan peristiwa-peristiwa sebelum kelahiran RSAW supaya kita juga dapat mengetahui sejarah bangsa Arab sebelum kelahiran RAS. Sehingga nanti kita dapat melihat perbandingan. Bagaimana mereka sebelum dan selepas kedatangan RASW. Bagaimana perubahan yang berlaku Jaziratul Al Arabiah. Satu perubahan yang sangat besar dan luar biasa. Ianya hanya akan boleh kita fahami bila mana kita menghayati sejarah RASW yang agung ini

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...