kelab rakan masjid: 7. Mekah kembali diperintah oleh Keturunan Nabi Ismail AS

7. Mekah kembali diperintah oleh Keturunan Nabi Ismail AS

Sebelum ini Mekah diperintah oleh Kabilah Jurhum setelah mereka berkongsi telaga Zamzam dengan Siti Hajar. Selepas itu Nabi Ismail berkahwin dengan perempuan Jurhum, maka Mekah terus diperintah oleh zuriat Nabi Ismail sehinggalah datang Bani Khuzaa'h merampas Mekah dari keturunan Nabi Ismail dan Jurhum. Jurhum dihalau keluar dari Mekah. Bani Khuzaah yang dipimpin oleh A'mru bin Lahayy telah membawa agama syirik masuk ke Mekah dan akhirnya tersebar ke seluruh Jazirah Arab. Ada juga keturunan Nabi Ismail yang terus tinggal di Mekah tapi mereka tak punya kuasa dan tidak mendapat tempat lagi di Mekah. Namun keinginan mereka menguasai Mekah kembali tidak pernah padam walaupun Khuzaah telah meguasai Mekah selama 500 tahun sehingga datang Qusai bin Kilab. Qusai bin Kilab ini dari keturunan Nabi Ismail AS dari anak cucu Fihr yang digelar Quraish. Ketika itu Qusai merupakan salah seorang bangsawan Mekah. Allah telah memberi kekuatan dan kekayaan kepadanya.

Akhirnya dia berjaya mengahwini anak perempuan Hulail Ketua Mekah dan Ketua bani Khuza'ah ketika itu. Setelah Hulail mati, Qusai ingin mengembalikan Mekah kepada keturunan Nabi Ismail AS. Dengan itu dia mengistiharkan dirinya menjadi ketua Mekah. Berlaku peperangan antara Quraish yang diketuai oleh Qusai bin Kilab keturunan Nabi Ismail yang merupakan penduduk asal Mekah dan yang mewarisi telaga Zamzam dari Nabi Ismail dengan Bani Khuzaa'h yang merasa mereka juga berhak ke atas Mekah kerana Mekah telah berada dalam tangan mereka lebih dari 500 tahun. Setelah berlaku peperangan yang tak berkesudahan itu, kedua dua pihak bersetuju mencari hakim untuk menyelesaikan pertelingkahan. Mereka memilih salah seorang Hukamak dan orang bijaksana dikalangan Arab untuk menjadi Hakim dalam perebutan mereka. Kedua belah pihak akan bersetuju dengan apa saja yang diputuskan oleh Hakim ini. Nama hakim ini Ya'mur bin Auf. Mereka masing-masing bersumpah dan membawa saksi bahawa mereka akan menerima apa saja keputusan Hakim ini. Ya'mur memanggil kedua belah pihak dan meminta mereka membentangkan hujah masing-masing bahawa merekalah yang berhak keatas Mekah. Bagi Qusai, Mekah ini adalah kepunyaan datuk neneknya. Nabi Ismail adalah orang pertama mendiami Mekah. Zamzam terbuka kerana Nabi Ismail. Nabi Ismail yang membina Kaabah. Khuza'ah walaupun dah memerintah lama tapi mereka adalah perampas kuasa. Sedangkan Khuza'ah ketika itu tak mempunyai hujjah yang konkrit. Ya'mur memutuskan bahawa segala-galanya dikembalikan kepada Qusai bin Kilab. Keistimewaan Siqayah, Rifadah, Hijabah, dan semuanya menjadi hak Qusai bin Kilab. Selepas itu Qusai ini memerintah Mekah dengan bijaksana dan adil. Kehidupan orang Mekah makin makmur dan orang makin sayang dengan Qusai. Qusai membina Darul Nadwah kepada orang-orang Mekah. Darul Nadwah menjadi pusat pemerintahan Mekah, tempat berbincang, tempat melaksanakan akad Nikah dan upacara-upacara social lain. Rasulullah Saw adalah dari zuriat Qusai bin Kilab ini.

Selepas kematian Qusai bin Kilab, kesemua kemulian Quraisy - Rifadah, Hijabah, Sidanah, siqayah, nadwah diwariskan kepada anak sulungnya Abdul Dar. Selepas kematian Abdul Dar perkara ini dibahagikan diantara anak anak Qusai yang lain dan anak anak Abdul Dar. Abdul Mutalib datuk Rasulullah Saw telah mewarisi Siqayah iaitu hak memberi minum kepada jemaah haji. Ketika itu Zamzam sudah tidak ada lagi, sudah hilang sejak Mekah dirampas oleh Bani Khuzaa'h, sejak Amru bin Lahayy membawa masuk agama syirik ke Mekah. Allah selamatkan zam-zam dari kedurjanaan mereka. Abdul Mutalib mengambil air dari luar Mekah untuk jemaah haji. Orang Quraish ini kerana pemurah mereka, mereka juga mencampurkan kedalam air yang disediakan itu, susu dan madu. Begitulah pemurahnya datuk nenek Rasulullah secara khusus dan bangsa Arab secara amnya ketika itu

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...