kelab rakan masjid: 5.Abarahah ingin meruntuhkan Kaabah

5.Abarahah ingin meruntuhkan Kaabah



Abrahah masih belum puas hati, dia mahu pujuk Najashi lagi. Lalu dia membina sebuah gereja yang paling besar ketika itu di Yaman. Abrahah namaknnya Al Qulais القليس. Abarahah menghantar lapuran kepada Najashi bahawa dia telah membina sebuah gereja yang paling besar di Yaman dan dia akan memerintahkan semua kabilah Arab datang membuat haji di Yaman. Mulalah Abrahah menghantar utusannya kepada kabulah-kabilah Arab supaya mereka datang haji di Al Qulais. Bila berita ini sampai pada salah satu kabilah Arab yang paling memebesarkan kaabah iaitu Ahlun Nasi' أهل النسيئ . Ada salah seorang dari mereka datang senyap seyap ke Al Qulais lalu dia buang air besar disitu dan disapunya kedinding Al Qulais.

Bila Abrahah tahu bahawa orang yang membuat angakra ini kepada Al Qulais adalah dari Ahlun Nasi' yang sagat membesarkan dan mencintai Kaabah. Abrahah naik berang lalu mempersiapkan tenteranya untuk meruntuhkan Kaabah. Dia membawa sekali gajahnya yang besar yang bernama Mahmud. Dalam perjalanan Abrahah menuju ke kaabah ada beberapa kabilah Arab datang menyerang tentera Abrahah untuk menyekatnya dari meruntuhkan Kaabah. Namun semuanya dikalahkan dengan mudah oleh tentera Abrahah yang gagah dan lengkap dengan senjata itu. Bila Abrahah sampai ke Taif, orang Taif tak berani nak menyekat Abrahah. Sebaliknya mereka berlepas tangan dari Kaabah, bahkan mereka menghantar wakil mereka untuk menunjukkan jalan dan Kaabah kepada Abrahah. Nama wakil orang orang Taif ini Zu Rughal ذو رغل, Sebelum sampai ke Kaabah Zu Rughal mati, dia ditanam ditempat kematiannya. Setelah itu kuburnya jadi tempat orang Arab merejam sebagai penghinaan kepada orang yang khianat kepada kaumnya. Sampai hari ini nama Zu Rughal ini jadi perumpamaan kepada orang yang khianat dikalangan orang Arab. Orang yang khianat disebut Zu Rughal.

Jadi bila tentera Abrahah sampai dekat dengan Mekah, mereka merampas binatang-binatang ternakan orang orang Mekah. Diantara yang mereka rampas 200 ekor unta Abdul Mutallib. Abdul Mutallib datuk Nabi kita yang ketika itu merupakan ketua Mekah datang mengadap Abrahah. Bila Abdul Mutalib masuk mengadap Abrahah, Abrahah turun duduk dibawah dengan Abdul Mutallib kerana menghormati Abdul Mutalib. Melihat perawakannya saja sudah jelas kehebatan dan ketokohannya. Abdul Mutallib minta Abrahah kembalikan binatang ternakannya dan binatang ternakan orang Mekah yang telah dirampas oleh tentera Abrahah. Abrahah terkejut mendengar permintaan itu, Abrahah fikir Abdul Mutallib nak minta belas kasihannya supaya jangan ganggu Kaabah. Kata Abdul Mutallib, Wahai Abrahah, aku ini tuan unta unta ini sebab itulah aku minta dibebaskan unta unta ini, Kaabah itu ada tuannya, yang menjaganya, kalau Kaabah itu Rumah Allah pasti Allah menjaganya

للبيت رب يحميه
Kaabah ada Tuhan yang menjaganya

Dengan itu Abrahah mengembalikan ternakan yang dirampas dan berjanji tidak akan mengganggu orang Mekah, yang penting dia nak robohkan Kaabah. Jadi Abdul Mutallib pulang ke kaumnya membawa semula binatang ternakan mereka yang dirampas dan mengajak mereka keluar dari Mekah ke bukit yang berhampiran. Dari bukit itulah orang orang Mekah dengan hati yang hiba dan cemas memerhatikan apa yang akan dilakukan oleh Abrahah kepada Kaabah.

Pada hari yang telah takdirkan oleh Allah Abrahah mengarahkan tentera bergajahnya ke arah Kaabah untuk merobohkan Kaabah. Maha Besar Tuhan, dengan kuasa Allah Rabbul kaabah, gajah tidak mahu bergerak walaupun dipukul, bila digerakkan ke arah lain dia mahu bergerak, bila dihalakan ke arah kaabah gajah tak mahu bergerak. Ketika itu juga kelihatan awan hitam dilangit, bila kehitaman hitam itu makin dekat rupanya sekumpulan burung burung Ababil setiap seekor burung bawa tiga biji batu kecil. Bila tentera Abrahah tiba burung burung ini melepaskan batu batu kecil ini kepada tentera Abrahah. Maha Besar Tuhan yang maha Gagah, bila batu batu kecil ini mengenai tentera Abrahah mulalah daging-daging mereka berguguran dan menjadi cair. Ramai tentera Abrahah yang mati, bila Abrahah melihat hal itu dia lari menyelamatkan diri tapi batu sudah mengenai badanya. Akhirnya Abrahah dan semua tenteranya semuanya mati tampa kecuali. Allah telah menceritakan pada kita umat akhir zaman cerita ini dalam Al Quran.

ألم تر كيف فعل ربك بأصحاب الفيل الم يجعل كيدهم في تضليل وأرسل عليهم طيرا أبابيل ترميهم بحجارة من سجيل فجعلهم كعصف مأكول

Terjemahanya :

Maha Besar Tuhan, dengan peristiwa ini bertambah besarlah penghormatan orang orang Arab kepada Kaabah terutama bangsa Quraish dan orang orang Mekah yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepala mereka sendiri. Dengan itu tahun itu dinamakan Tahun Gajah عام الفيل. Bermula dengan kejadian ini orang Arab menyusun taqwim mereka dengan peristiwa ini. 5 tahun sebelum tahun gajah, 2 tahun selepas Tahun Gajah, dan seterusnya. Maka Rasulullah SAW Nabi Besar junjungan kita dilahirkan pada tahun ini. Iaitu pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah

Share this post:

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...